Rabu, 03 Juni 2015

Pelik, Ladang Ganja Tumbuh Subur di Tengah-tengah Bandar Kazakhstan


Polis Astana, Kazakhstan tampak terkejut melihat penemuan ribuan tanaman ganja yang tumbuh subur dan ditanam di taman bandar. Padahal, ganja dilarang keras oleh negara itu. Penduduk Astana melaporkan kepada polis sebab selalu mencium aroma luar biasa setiap berjalan di taman kawasan Auezova. Pihak Dewan Bandar menghantar pasukan untuk menyiasat sama ada ganja itu ditanam dengan unsur kesengajaan atau tidak.



Juru lanskap yang bertanggung jawab dengan keindahan alam sekitar juga sudah melakukan penyelidikan berkaitan penemuan ladang ganja di Taman Bandar. "Jika benar ia tanaman ganja, kami akan terus memusnahkannya," kata juru bicara itu, dikutip dari Reuters.




Salah seorang penduduk tempatan bernama Mihail Malorod, menduga tanaman ganja itu sengaja ditanam di sepanjang bahu jalan Dzhangeldina Street. Kerajaan tempatan sebenarnya sudah sejak lama melarang peredaran ganja, termasuk mengambilnya. Namun, di Kazakhstan ganja boleh didapati dengan mudah. Bahkan, ditanam di kawasan padat penduduk yang ramai dikunjungi pengunjung di tengah bandar.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive