Rabu, 03 Juni 2015

Kanak-kanak 5 Tahun di India Dipenggal Kepala Untuk Disembahkan Kepada Dewa.


Seorang budak 5 tahun berasal dari India jadi mangsa seorang dukun. Dia dipenggal untuk hidangan kepada dewa kepercayaan si dukun. Ayah mangsa berkata, anak lelakinya bernama Sanatan Bag semula dipujuk akan diberikan sesuatu oleh Nanu MIRDHA ke sebuah kuil.

 Tragis, anaknya malah dibunuh dengan kejam untuk dijadikan persembahan Dewa Kali. "Sanatan diberi coklat oleh dukun itu, kemudian anak saya dipenggal di depan altar,"kata Sajan Bag, kepada televisyen tempatan, seperti dikutip AFP, Sabtu.

 Penduduk tempatan yang geram apabila mendapati jasad mangsa tanpa kepala terus memburu dukun itu dan membunuhnya sebagai balasan. "Kami masih menyiasat sama ada kes ini murni amalan ilmu hitam atau ada kemungkinan dendam peribadi yang berujung pada insiden tersebut," kata Ketua Polis Daerah Sonitpur, Sajukta Parasar.

 Di India, masih ada beberapa mazhab penyembahan yang menggunakan korban manusia sebagai sajian. Amalan kejam itu biasanya dijumpai di kawasan terpencil dan miskin.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive