Rabu, 20 Mei 2015

Ucapan Hari Lahir Paling Sayu Afdlin Shauki Buat Arwah Harun Salim Bachik Yang Pasti Menitiskan Air Mata Anda


Sayu hati kami apabila terbaca kapsyen hari lahir di laman Instagram milik Afdlin Shauki.

Mana taknya, dalam kegembiraan menyambut hari kelahiran, Afdlin sempat menitipkan ucapan buat sahabatnya, Harun Salim Bachik. Betul kata orang, memilih sahabat biarlah sampai ke syurga.

Tak Mungkin Akan Terganti Permata Seperti Ini


Kalau korang nak tahu, hari ini juga merupakan tarikh kelahiran Allahyarham Harun Salim Bachik tau! Hmm, meruntun hati kami tatkala membaca ucapan dari seorang sahabat ini.

Kata Afdlin, Allahyarham ibarat permata yang tak terganti. Fuh! Meleleh air mata baca.

I Miss You & Will Always Love You Abang Harun


Sedihnya~ Kalau kami yang tak berkesempatan mengenali Allahyarham pun terasa akan kehilangannya, apatah lagi sahabat rapat seperti Afdlin yang berkongsi tarikh kelahiran kan?

Apapun, kami doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga Afdlin akan dikurniakan kebahagiaan serta kesihatan yang baik. Selamat hari lahir legend!

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive