Selasa, 19 Mei 2015

Suasana Seperti Filem Seram, Bandar di Australia Dihujani Bayi Labah-Labah.



Pernahkah anda melihat hujan labah-labah? Baru-baru ini, sebuah bandar kecil di Australia dihujani yang luar biasa. Pasalnya, beratus-ratus labah-labah kecil turun dari langit.

Tidak dapat tidak, fenomena unik itu pun membuat suasana bandar nampak seperti di filem-filem seram. Seorang warga kota Goulburn yakni Ian Watson menceritakan bagaimana matahari hampir tertutup dengan labah-labah kecil jenis Arakhnida dan jaring labah-labah yang terus berjatuhan ke tanah selama beberapa hari.




"Seluruh tempat ditutupi jaring labah-labah berwarna hitam dan ketika saya melihat matahari, itu seperti terowong jaring yang menjulang beratus-ratus meter ke langit," kata Ian. Ia menambahkan labah-labah kecil juga meringkuk di rambutnya.




Fenomena tersebut rupanya disebabkan kerana labah-labah jenis Arakhnida yang sedang melakukan penghijrahan. Mereka melakukannya dengan cara naik ke atas pokok dan kemudian melompat menggunakan jaringnya sebagai payung terjun.

Teknik penghijrahan itu disebut sebagai teknik belon. Banyak saintis yang menganggap teknik migrasi ini menjadi salah satu alasan mengapa labah-labah boleh didapati di benua manapun.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive