Minggu, 17 Mei 2015

Sahabat Sejati Rela Dukung Rakan Sekelas ke Sekolah Selama 3 Tahun.



Persahabatan dua lelaki seringkali lebih romantis daripada segalanya. Xie Xu dan Zhang Chi telah menjadi  sahabat yang sangat memberi inspirasi kepada kebanyakan orang

Dua remaja ini selalu pergi ke sekolah bersama selama tiga tahun. Zhang tidak boleh pergi ke sekolah tanpa digendong sahabatnya, Xie kerana menderita penyakit otot (distrofi) yang perlahan membuat otot ruangnya yang semakin lemah dan berpotensi memendekkan hidupnya.

Xie dengan sukarela membantu Zhang agar boleh tetap ke sekolah. Dua pelajar Sekolah Menengah ini merupakan paling bijak di kelas. Selain menggendong, Xie bahkan membawakan makanan sahabatnya setiap hari.




"Dia adalah pelajar yang paling mengagumkan," kata ketua  sekolah Daxu High School.

"Xie mempunyai pengaruh positif pada pelajar lain, yang siap membantu Zhang. Dengan bantuan mereka, Zhang tidak pernah ketinggalan satu kelas pun, "tambahnya.

Gambar kedua sahabat ini telah dipostkan di Sina Weibo. 'Bromance' ini mendapat mesej sokongan daripada anggota masyarakat. Namun, Xie dan Zhang tidak akan membuat perjalanan bersama lagi untuk lebih lama lagi. Kedua sahabat itu akan belajar di kampus yang berbeza sehingga Zhang harus mulai berdikari.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive