Senin, 25 Mei 2015

Restoran Kanibal di Nigeria Sajikan Masakan Dari Daging Manusia.



Sebuah restoran di Nigeria terpaksa tutup  sebab dituduh menjual masakan dengan bahan dari daging manusia. Restoran ini telah beroperasi bertahun-tahun tanpa disyaki penduduk sekitar. Polis tempatan baru menerima laporan adanya keanehan pada restoran tersebut baru-baru ini.


 Mereka kemudian menurunkan pasukan dan menyerbu restoran yang terletak di sebuah hotel di Wilayah Anambra. Hasilnya sungguh mengerikan, dijumpai kepala manusia berlumuran darah di dalam beg plastik di dapur. Kecurigaan semula datang dari pengunjung restoran yang menerima bil sangat mahal.

 Dia kemudian menyiasat restoran itu dan mencari fakta mengerikan. "Saat  pegawai restoran melihat reaksi saya, ia mengatakan bahawa sepotong kecil daging yang saya makan yang membuat harga makanan menjadi mahal," katanya, dikutip dari BBC. Saat itu, ia tidak tahu bahawa yang disajikan untuknya adalah daging manusia.

 Seorang saksi lain mengaku melihat aktiviti aneh di hotel itu ketika dia pergi ke pasar. "Orang-orang tidak pernah berpakaian bersih dan kelihatan sedikit aneh apabila mereka berjalan masuk dan keluar dari hotel, membuat saya curiga kegiatan mereka," katanya. Dalam operasi serbuan tersebut, polis juga menemui pelbagai senjata termasuk bom tangan. Sepuluh orang ditangkap berkaitan dengan kejahatan itu.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive