Kamis, 28 Mei 2015

Pelik, Nenek Ini Lahir Bayi Kembar Empat Pada Usia 65 Tahun.


 Bagi sebahagian orang, mempunyai 13 orang anak, sudah lebih daripada cukup. Namun, tidak demikian adanya bagi Annegret Raunigk.

Wanita berasal dari Jerman berusia 65 tahun itu, baru saja melahirkan bayi kembar empat.Perkara itu tentu saja menjadikan Raunigk sebagai wanita tertua yang berjaya melakukan keajaiban itu.

Keempat bayi kembar tersebut, membuat Raunigk mempunyai 17 orang anak. Selain itu, Raunigk juga sudah mempunyai 7 orang cucu dari anak sulungnya.

Perjuangan Raunigk melahirkan kembar empat itu juga tidak mudah. Alasannya kerana dia melahirkan secara pra-matang. Bayi itu dilahirkan pada usia 26 minggu atau kurang dari 7 bulan . Raunigk melahirkan melalui pembedahan caesar.



Kini keempat bayi yang diberi nama Neeta, Dries, Bence dan Fjonn itu, masih berada dalam inkubator dan mendapatkan rawatan intensif.

Ini bukan pertama kalinya Raunigk menjadi tajuk utama pemberitaan. Sepuluh tahun lalu, wanita yang berprofesion sebagai guru tersebut mendadak terkenal selepas berjaya melahirkan bayi perempuan, Leila, di usia 55 tahun.


Adapun, permintaan Leila merupakan alasan Raunigk untuk cuba hamil lagi. Anak perempuan bongsunya itu ingin punya adik.


"Bagi saya, hidup dikelilingi anak-anak adalah perkara yang luar biasa," kata Raunigk dalam sebuah wawancara. "Terdapat banyak cabaran yang perlu anda hadapi setiap harinya, dan itu membuat anda sentiasa muda," tambahnya.


Untuk kembali hamil, Raunigk, yang merupakan ibu bapa tunggal, menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF), di mana dalam rahimnya ditanamkan telur yang sudah disenyawakan.


Ketika diketahui dia mengandung bayi kembar empat, doktor telah meminta Raunigk mengugurkan satu atau dua janin, demi kesihatan kehamilannya. Namun Raunigk menolak.


Meskipun demikian, Raunigk bukanlah perempuan tertua yang pernah melahirkan. Rekod itu kini masih dipegang wanita berasal dari India, Rajo Devi Lohan. Dia melahirkan bayi perempuan di usia 70 tahun, juga terima kasih kepada teknik IVF. Putrinya, Naveen, tahun ini akan berusia 7 tahun.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive