Minggu, 17 Mei 2015

Model Kapal Layar Dari Tulang Manusia Yang Buat Korang Rasa Teruja.


 Perang antara Tentera Laut Perancis Napoleon dan angkatan laut Raja George III dari England berlangsung begitu lama sehingga banyak tawanan Perancis yang ditangkap dan ditahan dalam masa belasan tahun.

Untuk menghabiskan masa yang lama itu, mereka harus memutar otak agar tidak bosan berada dalam penjara. Para tawanan Perancis yang ditahan di bilik bawah tanah selama perang Napoleon berlangsung ternyata punya cara sangat kreatif untuk tidak mensia-siakan masa mereka.

Cara yang dipilih iaitu dengan menghasilkan pelbagai karya seni. Idea ini cukup masuk akal, mengingat banyaknya para tahanan adalah seorang seni panggilan Napoleon, misalnya pemahat gading, penenun, pandai besi / emas / perak, pembuat perabot dan lain-lain.

Salah satu karya seni yang paling di cari di Eropah adalah model kapal layar yang bergaya kapal angkatan laut pada zaman tersebut. Para tahanan mengumpulkan tulang-tulang yang ada pada penjara dan menysunnya menjadi model kapal layar.

Tulang-tulang itu diperoleh dari sisa makanan para tahanan ataupun dikutip dari makam-makam kawasan sekitar. Untuk melengkapkan dan mencantikkan hasil karya ini, para tahanan Perancis biasanya menggunakan kayu, serta tisu tandas untuk membuat skrin.

Tempurung kura-kura, besi, dan sutera yang diperolehi dari penjual tempatan juga digunakan untuk melengkapi tubuh kapal layar tersebut. Sekarang, hasil karya seninya ini dilelong pada harga $ 10,000 USD.





0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive