Rabu, 06 Mei 2015

Menakutkan! Suku Ini Akan Membunuh Siapa Saja Yang Datang Dekat.



Dari langit, pulau ini kelihatan sangat indah. Pantai menakjubkan dengan hutannya yang lebat. Namun, tidak ada pelancong ataupun nelayan yang berani menjejakkan kaki ke pulau di Lautan Hindi ini. Reputasi para penghuni pulau ini sungguh menakutkan.

Para pengunjung yang berusaha atau berlabuh terlalu dekat ke Pulau sentinal Utara ini akan diserang oleh ahli suku misteri. Konon, mereka menolak peradaban moden. Memilih tidak mempunyai hubungan sama sekali dengan dunia luar.

Ketika mereka berinteraksi dengan dunia luar, pasti ada kekerasan di sana. Suku Sintinelese membunuh dua orang ketika memancing secara haram pada 2006. Mereka pakar dengan menerbangkan senjata panah berapi dan membaling batu pada pesawat atau helikopter yang sedang terbang rendah untuk misi pengintipan.

Letaknya di Teluk Bengal, Pulau Sentinel Utara, sebahagian dari India ini masih menjadi teka-teki besar,  penduduknya sudah menghuni sejak kira-kira 60 ribu tahun lalu. Tidak tersentuh peradaban moden, sedikit sekali yang diketahui tentang Suku Sentinel, bahasa, ritual, dan pulau yang jadi rumah mereka ini.


Bahaya sekali untuk mendekat ke sana. Sikap permusuhan mereka terhadap orang luar jelas dizahirkan. Mereka jarang di terfoto dari jarak dekat, dan hampir tidak pernah dirakamkan di video. Sebahagian besar foto dan potongan video berkualiti .

Namun, ada juga laporan bercanggah tentang penduduk suku ini. Sebahagian besar mengira-ngira pada julat beberapa dozen sehingga beberapa ratus manusia.

Belum ada maklumat jelas juga, apa kesan terjangan tsunami 2004 lalu terhadap penduduk dan pulau misteri yang merupakan bahagian rantai Kepulauan Andaman di India tersebut. Nyatanya, suku terasing ini berjaya dari lolos dari kehancuran.



Selepas tsunami, seorang penduduk yang diambil gambar cuba melepaskan panah pada helikopter Petugas Pantai India. 'Suku zaman batu', demikian mereka disebut, walaupun pada hakikatnya mereka mampu menyesuaikan diri dari masa ke masa.

Sentinelese barangkali adalah suku yang paling terpencil di dunia. Kerajaan India memilih tidak ikut campur ke dalam urusan mereka. Sudah ada usaha dari kerajaan untuk menjalin hubungan. Namun, semua usaha ditinggalkan, dan membiarkan suku ini hidup dengan pilihan mereka, di pulau bersaiz bandar Manhattan di Amerika Syarikat.




Kerajaan India menetapkan, sesiapa yang pergi ke sana untuk melakukan hubungan dengan Sentinelese adalah kejahatan. Adalah haram pergi dalam jarak tiga batu dari pulau.

Suku Sentinelese hidup dari alam, dan memburu makhluk laut. Namun, perairan sekitar berada di bawah ancaman para nelayan haram. Badan International Survival melaporkan, pada akhir tahun lalu, pihaknya menerima laporan nelayan yang mensasarkan kawasan tersebut. Tujuh nelayan haram ditangkap oleh Pengawal Pantai India.

Survival International menyokong masyarakat akan hak suku tersebut. Mereka menggambarkan, Sentinelese sebagai masyarakat paling terdedah di planet bumi. Mereka tidak punya kekebalan terhadap penyakit umum seperti selesema dan campak.

Berkat pengasingan lengkap tersebut, kemungkinan mereka musnah kerana wabak sangat tinggi, menurut organisasi tersebut. Dalam satu kenyataan, Pengarah Survival International, Stephen Corry, mengatakan, "Suku-suku Andaman Besar di Kepulauan Andaman India musnah oleh penyakit semasa Inggeris menjajah pulau di tahun 1800-an."

 

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive