Kamis, 21 Mei 2015

Cerita Sebenar Video Ibu Dera Anaknya Yang Jadi Viral Dilaman Sosial


Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral

Ini adalah Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral yang berlaku di Ipoh. Video tersebut telah viral bermula 2 3 hari yang lepas. Jadi pihak Polis telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan kes tersebut. Jadi jom kita baca kenyataan dari pihak PDRM.

SIARAN MEDIA

PERKEMBANGAN KES BAYI DIDERA DI IPOH, PERAK

Susulan penyebaran video bayi didera yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatapps sejak beberapa hari lepas, hasil siasatan mendapati mangsa iaitu bayi dan saspek yang merupakan ibunya sendiri merupakan individu yang sama seperti kes yang pertama dilaporkan pada 19 April 2015. Siasatan juga mendapati saspek ada membuat rakaman yang lain selain rakaman yang telah manjadi viral sebelum ini. Oleh yang demikian tidak timbul isu adanya kes penderaan yang baru yang dilaporkan.

Bayi berkenaan telah dijaga oleh neneknya sejak dikeluarkan dari hospital untuk pemeriksaan. Perintah jagaan juga telah dikeluarkan oleh mahkamah dimana hak penjagaan bayi tersebut diserahkan kepada neneknya. Bayi berkenaan tidak pernah diserahkan semula kepada saspek iaitu ibu kepada mangsa.

Saspek dalam kes ini telah diberi kaunseling oleh Victim Care Office (VCO) Perak dan bayi berkenaan diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayi tersebut kini dalam keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor didapati tiada sebarang kecederaan di badan dan kepala mangsa.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

SUPT ANUAR BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH (OPERASI)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH
19 MEI 2015 1315 hrs

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive