Senin, 11 Mei 2015

Aneh, Cimpanzi Bernama Gina Mempunyai Hobi Menonton Filem P0rn0..


Pablo Herreros, seorang saintis berasal  dari Sepanyol mengatakan telah menemui seekor cimpanzi betina yang dinamakan Gina sangat gemar menonton filem porno. Minat cimpanzi yang ada di Zoo Kota Sevilla, Sepanyol dengan filem porno ini terlihat ketika cimpanzi itu lebih memilih tayangan khusus untuk orang dewasa apabila para saintis meletakkan televisyen saluran Freeview dan remote televisyen berada di kandangnya, seperti dilaporkan Daily Mail.

 Fenomena itu dikatakan Herreros telah diketahui sejak beberapa tahun kebelakangan, apabila ia melakukan penyelidikan di seluruh Sepanyol berkaitan perilaku cimpanzi.

Kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, Herreros mengatakan, "Untuk memeriahkan malam Gina, kami memutuskan memasang saluran televisyen Freeview yang ditempatkan di balik kaca agar selamat serta meletakkan alat kawalan televisyen supaya dia boleh menukar tayangan itu.

" Ia melihat cimpanzi tidak merosakkan televisyen atau alat remote televisyen tersebut ketika sang penjaga  zoo  memeriksa kandang Gina untuk mengetahui apakah semua berjalan sesuai dirancang seperti percubaan pertamanya. 

Herreros melihat kejadian mengejutkan selepas percubaan yang ke sekian kalinya, ia mengetahui jika Gina tidak hanya boleh menggunakan remote televisyen, namun juga selalu memilih chanel filem porno.

 "Ini sama seperti kebanyakan manusia lakukan," ungkap Herreros. Meskipun Gina hanya menonton filem porno selama kira-kira 12 minit. Herreros mencari fakta baru berkaitan nafsu seks antara haiwan dan manusia di dalam kehidupan masing-masing ternyata mempunyai kuantiti yang sama.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive