Jumat, 22 Mei 2015

(3 GAMBAR) Aidil Zafuan Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini?


Dalam kemaskini terbaru Rita Rudaini itu, beliau mendedahkan nombor telefon yang didakwa sering menganggu dirinya dan siasatan OHBULAN! mendapati nombor telefon itu milik Zarema Zainal berdasarkan informasi di aplikasi WeChat.

Petang ini, Aidil Zafuan telah mengirimkan sekeping gambar menerusi akaun Instagram di mana beliau memegang satu salinan laporan polis tetapi tidak menyatakan maklumat lanjut berkaitan apakah laporan polis itu dibuat.

Namun, satu komen daripada kembar beliau iaitu Zaquan Adha mungkin memberikan gambaran tentang tindakan Aidil Zafuan membuat laporan polis hari ini.

“Be strong Aidil Zafuan, Zarema Zainal. Orang tak suka tengok kita bahagia, jangan minta simpati orang untuk jatuhkan orang lain. Diam tidak bermakna kita salah. Ingatan untuk diri sendiri juga,” tulisan Zaquan Adha yang dipercayai merujuk kepada isu Rita Rudaini.
Aidil Zafuan Sudah Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini? - ROTIKAYA
Semakin meruncing nampaknya perbalahan antara dua pihak ini jika benar laporan polis yang dibuat oleh Aidil Zafuan ini berkaitan dengan dakwaan Rita Rudaini. Mungkin sudah sampai masa untuk bertentang mata selesaikan sendiri antara mereka ‘kan? (rtky/m)

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive