Sabtu, 23 Mei 2015

15 Gambar Kejam Sami Buddha Terhadap Warga Rohingya

"Ya Allah engkau kuatkanlah iman mereka. Tabahkanlah hati mereka saudara seagamaku ya Allah."

Kekejaman Sami Buddha ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.

Guru agama dibunuh, bayi, kanak-kanak, lelaki dan wanita islam dibakar hidup-hidup. Semoga Allah swt melakhnat kaum jahiliah ini. Takbir Allahuakhbar. 

Begitulah post yang telah dikongsikan di fanpage Buletin Kelantan sehingga ia dikongsikan lagi oleh lebih dari 3,500++ orang.


Malah ia turut dikongsikan oleh admin fanpage Ustaz Azhar Idrus dan telah dikongsikan semula oleh 13,000++ orang (Kredit to Izwan Azman). Persoalannya, adakah benar gambar2 tersebut adalah sebenar2 kejadian seperti yang diceritakan dipost tersebut? 
Mari kita lakukan bedah gambar. 

1) Gambar pertama, gambar masjid terbakar.


Setelah diselidik, gambar kebakaran ini bukanlah di Myanmar tapi berlaku di wilayah Kashmir antara Pakistan dan India pada tahun bulan Jun 2012, malah bangunan yang terbakar bukanlah masjid tapi kuil penganut ajaran Dastageer Sahib yang berusia 200 tahun. (Sumber: http://www.jaintv.com/2012/06/25/latest-news/j-k-government-orders-probe-shrine-fire/).

2) Gambar lelaki terbakar sedang berlari.  


Pertama, mangsa yang terbakar tersebut bukanlah etnik Rohingya. Kedua, ia pun bukan berlaku di Myanmar, sebaliknya berlaku di New Delhi, India dan dilakukan oleh warga Tibet yang membakar dirinya dalam sebuah demonstrasi di luar bangunan Parlimen di India pada bulan Mac 2012. (Sumber:http://www.theguardian.com/world/2012/mar/26/tibetan-protester-on-fire-india)

3) Gambar objek terbakar dan mempunyai beberapa orang sami Buddha.


Yang dibakar itu adalah motor, bukan orang Rohingya, dan kejadian ini dirakam pada September 2007 sewaktu berlakunya pergolakan Junta di Myanmar, dan pada waktu itu yang menjadi mangsa adalah sami Buddha, bukan orang Islam. (Sumber: http://www.thestar.com/news/world/2007/09/27/burmas_junta_strikes_back.html)

Walaupun kita kesian pada mangsa Rohingya dan marah terhadap kerajaan Myanmar sehingga menyebabkan saudara seislam kita lari dari negara tanah air mereka sendiri, namun ia masih tidak membolehkan kita membuat dan menyebar fitnah terhadap perkara yang tidak betul. Nak berkongsi, berkongsilah perkara dan maklumat yang betul. Sama seperti dalam kes politik di Malaysia, jangan hanya mereka itu musuh kita maka kita dibolehkan untuk memfitnah mereka. 

Sebenarnya bukan susah sangat pun nak buat bedah gambar untuk selidik sama ada suatu maklumat dan gambar itu benar atau tidak sebelum anda buta2 je menyebar dan berkongsikan maklumat yang tidak betul. Anda hanya perlukan:

Come on la, takkan kita ni terlalu bodoh sangat sampai benda2 simple macam ni pun tak boleh nak fikir. Aku merayu tolong jangan la kita ni jadi umat Islam dan bani Melayu yang bodoh sangat. Kalau anda salah seorang yang share post tersebut di Facebook, maaf cakap tapi anda seorang yang ada otak tapi takde akal, senang cerita, anda bodoh. Kalau anda Melayu, anda Melayu bodoh bandwagon ikut2an yang takde otak.



sumber

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive