Rabu, 20 Mei 2015

10 Gambar Terlajak Mewah Rumah Arwah Sosilawati

1.png


ini berita terbaru mengenai kes pembunuhanDatuk Sosilawati Lawiyadan tiga individu lain, kononnya suspek utama ditumbuk, ditendang dan dipaksa dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan. Itu kata tiga peguam yang mewakili suspek utama dan adiknya. Okey..itu sedikit mengenai perkembangan terkini hal-hal berkaitan siasatan mengenai kes bunuh ini.

Di sini terdapat beberapa gambarrumah bangloDatuk Sosilawati Lawiya. Nama beliau berjaya diangkat sebagai antara usahawan wanita yang paling berjaya di Malaysia.
Ini hasilnya jika buat sesuatu dalam jemu dan ikhlas tanpa melibatkan kroni dan penipuan. Dan inilah hasilnya yang beliau capai sebelum ini. Pastinya beliau berjaya dengan produknya bukannya atas konsep kau angkat aku, aku angkat kau.Akhirnya tak terangkat orang bawahan. Bukan semua begitu, tetapi ramai yang terkena.


hall3
Laluan menuju ke ruang tamu dihiasi dengan candelier yang cukup ekslusif di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
chandelier
Apa yang boleh dikatakan candeliar yang digunakan menaikkan lagi ciri kemewahan yang terdapat dalamrumah BangloDatuk Sosilawati Lawiya
dining-room
Sekali tengok susunan yang dibuat di meja makan tampak seperti menghadiri satu majlis yang berbentuk formal. Ini pula ruang makan di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
kitchen
Ruang dapur di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya yang tampak kemas dan tersusun
hall2
Ruang Tamu di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
hall1
Ruang tamu utama di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya untuk digunakan oleh Allahyarhamah ketika menanti jemputan dan tetamu. Penataan cahaya yang cukup menarik dan terang menyerlahkan hiasan yang dibuat di ruang ini
bedroomRuang kamardalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya disusun dengan citarasa yang cukup mewah
P/S : Selepas kami baca balik artikel kali ini, ada iras-iras macam suara latar dalam rancangan Nona pun ada daripada segi susunan ayat. Layanrumah bangloDatuk Sosilawati Lawiya
Anggaran harta Datuk Sosilawati Lawiya :-

  • Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
  • Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
  • Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
  • Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
  • Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
  • Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
  • Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
  • JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta
INI BERITA TERBARU KES INI MAY 2015
ai TAK KENA GANTUNG LAGI YE..
lama2 sikit terlepaspulak..


Kes+Pembunuhan+Datuk+Sosilawati+Lawiya+-


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan ke 10 Ogos ini untuk mendengar rayuan empat lelaki dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain selepas seorang peguam menarik diri daripada mewakili seorang daripada tertuduh.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali dijadual mendengar rayuan itu selama lima hari bermula hari ini.

Bagaimanapun, pendengaran ditangguhkan selepas peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada mahkamah yang beliau menarik diri daripada mewakili tertuduh keempat R. Kathavarayan susulan surat dan laporan polis dibuat oleh tertuduh (Kathavarayan).

Peguam itu berkata Kathavarayan telah membuat laporan polis bertarikh 20 April tahun ini menyatakan dia tidak mahu beliau (Hisyam) mewakilinya atas alasan kepentingannya akan terjejas.

Kathavarayan juga menyatakan dalam laporan itu yang dia mahukan peguam bangsa India yang fasih bahasa Tamil mewakilinya untuk memudahkannya berkomunikasi dengan peguam itu.

Menjawab dakwaan Kathavarayan itu, Hisyam berkata alasan diberikan Kathavarayan dalam laporan polis itu tidak betul dan menurutnya beliau telah melakukan yang terbaik untuk melindungi kepentingan tertuduh.

Hakim Aziah berkata sebagai langkah awal, beliau terlebih dahulu telah meminta pendaftar mahkamah mendapatkan peguam bela seperti diminta Kathavaraya dan telah melantik M. Stanislaus Vethanayagam sebagai peguam yang dilantik mahkamah untuk mewakili tertuduh.

Beliau kemudian bertanya kepada Kathavarayan sama ada bersetuju diwakili Stanislaus dan tertuduh bersetuju.

Hakim Aziah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam kemudiannya membenarkan permohonan Hisyam untuk menarik diri.

Bagaimanapun, mahkamah tidak dapat meneruskan prosiding pendengaran itu selepas Stanislaus memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya yang bercakap dengannya sebelum bermulanya prosiding hari ini, mahu beliau mengemukakan hujahan baharu dan tidak menggunakan hujahan yang telah disediakan Hisyam.

Hakim Aziah yang membenarkan permintaan itu kemudian menetapkan enam hari iaitu 10-13 Ogos dan 17-18 Ogos bagi pendengaran dan mengarahkan Stanislaus mengemukakan hujahan bertulis menjelang 1 Julai.

Bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh

Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei, 2013, melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjit Singh, Thilaiyalagan oleh peguam Gurbachan Singh dan Matan oleh peguam Amer Hamzah Arshad manakala pihak pendakwaan diwakili lima timbalan pendakwa raya diketuai Ishak Mohd Yusoff.

sumber
Sumber: pennbiru

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive