Jumat, 24 April 2015

Ngeri, Kelihatan Hantu Wanita Bergaun Ungu Pada Foto Selfie.



Perkra-perkara yang berkaitan dengan hantu dan penampakan hantu dalam foto selalu menarik untuk disemak. Begitu juga penampakan hantu yang pelik ini, dia muncul di sebuah foto selfie dan membuat ngeri si pemilik foto.

Bethany Harvey adalah pemilik gambar di atas. Wanita yang tinggal di Ireland Utara itu mempamirkan foto selfie miliknya kerana mendapati ada yang ganjil di dalam foto tersebut. Dia melihat sebuah penampakan separuh badan wanita yang memakai pakaian ungu, disiarkan oleh stomp.com.sg.

Saat itu, Bethany sedang di rumah hanya bersama bayi dan adiknya. Kerana bosan dan ingin merayakan moment bersama, Bethany mengambil sebuah foto selfie kemudian diupload agar rakan-rakan mereka boleh melihat keseruan mereka bertiga.




Bethany tidak menduga ada yang aneh di foto tersebut sehingga seorang rakannya menunjukkan sesosok menyeramkan dan misteri duduk di belakang mereka sambil melipat tangan.

"Seorang rakan datang ke rumah saya malam itu dan menunjukkan bahawa ada seorang wanita dengan kedudukan tangan terlipat di atas lutut, ini aneh kerana gambar diambil menghadap pintu ruang tamu," ujar Bethany.

Bethany yakin sepenuhnya bahawa di dalam rumah itu hanya ada dirinya, bayi anak saudaranya dan adiknya.

"Tidak ada orang lain ketika itu di ruang tamu, kecuali mungkin seorang hantu gadis yang memakai pakaian ungu," ujarnya.

Wanita tersebut mengatakan bahawa sering terjadi hal-hal aneh di rumahnya, bahkan sebelum foto tersebut diambil. "Banyak perkara menyeramkan berlaku di rumah. Saya tidak pernah mahu pergi ke ruang tamu ketika gelap, kerana takut mungkin saya akan melihat sesuatu,"

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive