Senin, 27 April 2015

Aneh Selama 400 Tahun Tidak Terima Hujan, Pokok Pelik Ini Tetap Tumbuh Subur


 Bahrain 's Tree of Life adalah sebuah pokok mesquite yang besar, di Bahrain, yang telah mencapai titik tertinggi dalam pertumbuhannya. Pokok ini, yang di negara Bahrain disebut sebagai Shajarat al-hayah atau "Syajaratul Khuldi", merupakan keajaiban alam yang tiada taranya.

Tumbuh sendirian di tengah padang pasir yang kering, jauh dari tumbuh-tumbuhan lain dan tak ada pokok lain yang menemani. Ini adalah satu-satunya pokok yang ada di padang pasir yang terpencil, nyaris terpinggir jauh dari mana pun.



 Hamparan padang pasir yang panas terik dan gersang. Mustahil rasanya ada tanaman yang mampu tumbuh subur di tanah berpasir itu. Namun jika anda bertandang ke Bahrain, pasti andaian anda singgah di The Tree of Life atau Shajarat-al-Hayat.

Di tengah padang pasir yang luas, kelihatan sebatang pokok berdiri menyendiri. Pokok itu digelar The Tree of Life atau Shajarat-al-Hayat. Hampir 10 kilometer dari Askar, dan kira-kira 3.5 kilometer ke arah Barat dari Jaww.

Pokok Latin Prosopis cineraria, merupakan pokok berbunga yang mampu menyesuaikan diri sangat baik di gurun pasir kering. Di kawasan dengan curahan hujan serendah 150 milimeter per tahun, ia masih mampu hidup.

The Tree of Life itu, tumbuh di kawasan yang tidak pernah hujan selama 400 tahun. Persekitar kawasan yang sangat kering, sedikit pun tidak membuat ia layu. Daun-daunnya tetap menghijau.

Penduduk tempatan menganggap ianya sesuatu fenomena yang sangat misteri. Mereka percaya, pokok itu mengambil air dari sumber yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Menurut penduduk, ada Taman ghaib atau Taman Firdaus yang keberadaannya tidak dapat di lihat.

Tapi sebenarnya, ia boleh dijelaskan secara ilmiah. Kedudukan pokok hanya sembilan hingga 12 meter di atas permukaan laut.

Teorinya, Prosopis cineraria dapat menyerap air sedalam 50 meter dari tanah. Ertinya, sangat mungkin ia mendapat sumber air dari situ.

Bagaimanapun, keberadaannya yang misteri membuat The Tree of Life menjadi primadona. Kira-kira 50 ribu pelancong datang setiap tahun. Malangnya, mereka selalu berniat merosakkan pokok. Sebab, pemandu pelancongan menyarankan mereka meninggalkan jejak pada batang pokok.

Kini, bermacam tulisan terukir di batang pokok luar biasa itu. Akhirnya, sebuah pagar besi dipasang melingkarinya, menjaga pokok ajaib itu dari tangan-tangan jahil.






0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive