Senin, 16 September 2013

Tarikh Tayangan Filem Kisah Paling Gangster



Pengarah : Brando
Penerbit : B & L Kreatif Sdn. Bhd.
Genre : Aksi, Drama
Tarikh Tayangan : 21 Nov 2013
Artis : Shaheizy Sam, Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal


Sinopsis Filem Kisah Paling Gangster

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive