Senin, 02 September 2013

Rendang Burung Wak-wak dan Daun Puding





Kiriman : Lynn Sham

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebelum ni, Jai ada bertanyakan pasal daun puding yang dimasak rendang.  Kebetulan semasa balik ke kampung Jumaat lepas, adik saya simpankan 10 ekor burung wak-wak yang telah disalai (tapi terover salai sebab BIL syok makan tengahari.. sampai lupa burung yang sedang disalai..  Taklah hangus, cuma sedikit kering daging burung tu..)  So, hari Sabtu tu adik saya masak rendang burung wak-wak + daun puding.  Pada tekak kami, memang sedap.. gambar saya sertakan..
Agak susah untuk dapatkan burung wak-wak kerana ia merupakan sejenis burung liar.  Setakat ni, saya tak pernah lagi dengar burung ini diternak seperti burung puyuh.  Saya tak tahu jika ada nama lain untuk burung wak-wak ni.  Saiznya lebih kurang sebesar burung merpati.  Saya tak ada gambar burung yang masih hidup atau yang belum dimasak untuk rujukan.  Maaf ya..
Saya sertakan gambar daun puding dan pokoknya sebagai rujukan.  MIL adik ada tanam beberapa batang di tepi halaman rumah.  MIL adik saya selalu masak rendang ayam bersama daun puding ni.  Kira saya ni menumpang tuah adik le.. he.. he.. he..  Ikut kata adik saya, terlalu banyak sangat pun campurkan daun puding ni tak boleh juga sebab akan terasa pahit.
Resipi rendang saya sertakan.  Tetapi, seperti biasa tiada sukatan khusus.. resipi campak-campak.  Sebenarnya, mudah sangat untuk masak rendang N9 ni.  Tak perlu bawang, lengkuas dan sebagainya..
pssttt.. Yanti, bila dah cuba, bagi le feedback.. he.. he.. he..
~Lynn Sham~
* * *
RENDANG BURUNG WAK-WAK BERSAMA DAUN PUDING
BAHAN A
10 ekor burung wak-wak, bersihkan dan potong 4 – jika tiada, boleh gantikan dengan ayam
Daun puding secukupnya, buang ‘tulang’/urat tengahnya
3 biji kelapa, perah santan secukupnya
BAHAN B
2 genggam cili padi – kuantiti ikut pedas/selera sendiri ya..
Sedikit kunyit hidup
5-7 batang serai, dititik
CARA
  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit dan sedikit garam.
  2. Sediakan kuali.
  3. Masukkan burung, bahan tumbuk dan serai ke dalam kuali.
  4. Masukkan sedikit air dan masak hingga daging burung empuk.
  5. Masukkan santan, masak hingga pekat dan terbit minyak.
  6. Masukkan daun puding, gaul dan masak sehingga daun puding empuk.
  7. Sedia untuk dihidang.



Sumber  

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive