Kamis, 26 September 2013

Liga Lawak Superstar (TV3)



Liga Lawak Superstar merupakan rancangan program realiti terbaru TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan selebriti terkenal tanah air dalam mempamerkan kreativiti mereka dalam sketsa komedi.

Rakaman Episod pertama Liga Lawak Superstar 101 bersiaran pada 6 Oktober 2013 dan siaran langsung Liga Lawak Superstar bermula episod kedua setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3

Liga Lawak Superstar terdiri dari kalangan 16 pelakon dari drama-drama terbaru di TV3 antaranya Zalif Sidek, Qazeem Nor, Akim Ahmad, Anad Ridzuan,  Hairi, Aman Nassim, Mikael Andre,  Idzham Ismail, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Sherry Ibrahim, Kamal Adli, Iqram Dinzly dan Nad Zainal serta 8 orang pelawak seperti Azlee Senario, Aziz M.Osman, Bell Ngasri, Ilya, Hamdan, Sathiya, Ropie dan Farouk Hussein.

Liga Lawak Superstar melibatkan 8 kumpulan yang akan berentap sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran mereka melakukan improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi. Setiap kumpulan diberi seorang pelawak komedi untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.

Program ini akan dikendalikan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara bagi menggamat. Manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie pula menjadi juri bagi musim ini.










0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive