Selasa, 20 Agustus 2013

Sumpahan Boneka

Cerita Seram Singapura
Sumpahan Boneka Di Pasir Ris


Semasa saya berusia 8 tahun, kakak saya dan saya kerap pergi kerumah kawan ibu saya untuk mengulang kaji pelajaran dan menghadiri kelas-kelas agama . Rumahnya terletak hanya bertentangan dengan West Plaza . Malangnya, selepas kejadian seram yang kami alami itu, kami berdua berhenti menghadiri kelas-kelas kami di sana.
Biasanya sebelum menghadiri kelas, kakak saya dan saya akan bermain dengan rakan-rakan kami di taman permainan berhampiran dengan kelas tempat berlajar. Ditaman permainan itu terdapat sepohon pokok besar yang sangat using dan ketiggiannya mencecah hampir tujuh tingkat bersebelah rumah pangsa disitu. Kami sangat gemar bermain di bawah pokok itu kerana ia memberikan kita teduhan dari matahari petang dengan dahan-dahannya yang rendang dan dedaun lebar hampir melimpah keseluruh taman permainan itu. Pangkal pokok itu sangat besar kira-kira lima pelukan manusia dan ianya sangat sesuai sebagai tempat persebunyian semasa bermain sembunyi-sembunyi.
Hari itu, kita sedang bermain sembunyi-sembunyi. Jasman (bukan nama sebenar) adalah pencari dan kakak saya, rakan-rakan dan saya sepatutnya menyembunyikan diri. Entahlah samaada kami bernasib baik atau sebaliknya, kakak saya dan saya dapat bersembunyi lagi di bawah pokok yang using itu. Pokok itu adalah begitu besar sehingga ianya berjaya untuk menyembunyikan kami kedua-duanya.

Hari itu ketika kami sibuk bersembunyi kami mendapati bahawa terdapat sebuah anak patung dicelah dahan pokok besar itu. Anak patung itu kira-kira bersaiz pergelanggan tangan saya, dengan ciri-ciri seperti manusia. Ia mempunyai senyuman sinis yang menakutkan dan anak patung lelaki itu mempunyai mata yang sangat besar seperti guli. Memakai pakaian tradisional Cina, anak patung itu telah digantung dan disematkan kepada dahan pokok dengan menggunakan benang merah.

Terperanjat dengan keberadaan dan merasa sangat pelik bagaimana ianya sampai di sana, saya tiba-tiba terdorong untuk menyentuh anak patung itu. Sedetik setelah menyentuhnya, dunia di sekeliling saya berasa sangat kecil, pelik dan tubuh-badan saya terasa seram sejuk. Kemudian saya mula menyedari bahawa saya telah bertukar menjadi boneka, dari tangan saya seterusnya ke kepala saya.

Kakak saya melihat saya tergantung keudara dengan kedua-dua belah kaki saya tigak menjejak bumi sambil tangan saya tak semena-mena memegang erat kepada anak panting itu. Melihat keadaan saya yang sangat menyeramkan, kak saya menjerit ketakutan bergegas lari dan bukan itu sahaja dia mededahkan tempat persembunyian kami. Saya juga mula merasa panik dan cuba melarikan diri tetapi saya seolah-olah tiada daya kuasa keatas diri saya dan mula merasa seperti berada dialam lain. Melihat keadaan saya yang longlai  anak patung itu memberi satu lagi senyuman yang lebih sinih dan sangat mengerunkan  Kakak saya bersama Jasman dan rakan-rakan yang lain memelut badan saya dengan dan mereka sama-sama berjaya menarik saya keluar dari khayalan itu.
Anak patung itu kemudian menjerit dengan kuat dan nyaring. Dalam ketakutan, kami berlari ke dalam kelas kami.

Menurut cerita-cerita orang sehingga kini, anak patung itu masih berada di sana, entahlah.....saya masih merasa gerun dan sangat takut untuk memastikan samaada ia masih  disana. Berhati-hati jika anda melihat anak patung yang mempunyai perihal  dan ciri-ciri yang sama seperti yang saya telah sebutkan. Berdasar dengan kajian yang saya lakukan, anak patung itu sebenarnya adalah suatu kutukan yang dibuat oleh bomoh-bomoh  melayu di era rusuhan kaum Cina-Melayu  di Singapura. pada masa lalu.. dan dengan membuat demikian mereka berharap bahawa mereka boleh menangkap anak-anak cina sebagai membalas dendam.

Sekian

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive