Jumat, 19 Juli 2013

Misteri Loch Ness


Nessie Loch Ness merupakan satu lagi misteri yang tidak terungkai lagi sehingga kini. Ada yang mengatakan ia satu lagenda, mitos, fantasi, cerita rekaan dan pelbagai spekulasi yang berkaitan dengannya. Sebelum kita ke fakta yang lebih menarik apa kata kita mengenali dahulu mengenai Loch Ness. "Loch" bermaksud tasik, maka Loch ness dalam bahasa Melayu adalah Tasik Ness. Loch Ness terletak di bahagian utara Scotland. Tasik ini merupakan salah satu tasik yang terbesar di Scotland. Panjang tasik ini berukuran 37 kilometer, 200,000 meter lebar dan kedalamannya adalah 233 meter.

Sejarah Loch Ness

Pada sekitar 12,000 tahun yang lalu, Scotland pada asalnya telah diselaputi glasier besar. Ketika glasier itu mulai mencair, aliran air yang bergerak dengan perlahan juga telah mengikis batu-batu besar sekeliling hingga memenuhi kawasan tersebut. Apabila air mulai surut, kelihatan daratan telah wujud maka terbentuklah tasik. Faktor ini mungkin menyebabkan beberapa makhluk lautan telah memasuki ke dalam tasik tersebut mengikut aliran air. Selama beribu-ribu tahun, air laut masin di tasik itu berubah menjadi air tawar sehingga menyebabkan hidupan laut tidak dapat menyesuaikan diri lalu pupus. Namun tidak semua hidupan laut itu pupus kerana ada kehidupan laut yang berevolusi dapat menyesuaikan diri mampu hidup di dalam tasik itu.

Dasar tasik ini diliputi tanah yang berwarna hitam dan partikel-partikelnya mengembang di seluruh air tasik. Maka ini menyebabkan air tasik Loch ness berwarna hitam gelap. Faktor ini juga menjadi salah satu sebab kesukaran para pengkaji untuk menyelidik makhluk-makhluk yang tinggal di dalam tasik itu. Beberapa ahli geografi mengatakan bahawa Loch ness adalah tasik terdalam di Eropah. 

Kisah terawal Nessie telah dicatat di dalam satu naskah kuno dari abad ke-7. Di dalam naskah bertajuk  “Life of St Columba” ditulis oleh Adamnan, menceritakan mengenai seekor makhkluk raksasa berada di tasik Loch Ness. Ia menyatakan pada tahun 565 Masihi, sekumpulan pendeta St Columba menolong orang-orang Suku Pict yang telah diserang oleh seekor makhluk air raksasa ketika berlayar di Loch Ness. Dengan pelbagai usaha, pendeta St Columba berjaya mengusir raksasa tersebut. 





Antara Fakta-Fakta Saksi Melihat Nessie

Pada tahun 1725, sekumpulan tentera Inggeris telah tiba di Scotland untuk membina jalan menuju ke bahagian selatan tasik dan secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi aneh di dalam air. Lalu mereka melihat dua ekor raksasa sebesar saiz ikan paus berenang menyeberangi tasik.

Tahun 1919, Margaret Cameron dan tiga sudaranya telah berjumpa dengan seekor raksasa yang sedang bergerak di antara pokok-pokok menuju tasik di teluk Inchnacardoch. Menurut mereka raksasa  itu memiliki dua kaki kecil yang bulat dan bergerak seperti ulat.

April 1923, Alfred Cruikshank juga telah menyaksikan raksasa ini di darat. Dia melihat seekor raksasa setinggi 6 kaki dengan ekor di punggungnya berdiri dihadapannya. Menurut beliau, raksasa itu memiliki 4 kaki besar seperti kaki gajah manakala raksasa itu mengeluarkan suara keluhan yang besar.
Pada tahun 1933, para pekerja yang sedang membina jalan di sekeliling tasik telah menggunakan dinamit untuk memecahkan batu-batu besar. Letupan yang kuat itu menyebabkan batu-batu tercampak ke dalam tasik. Kejadian itu seolah-olah telah menggangu Nessie dan ia muncul ke permukaan air merenung para pekerja untuk seketika lalu kembali menyelam ke dalam air.
April 1933, sepasang suami isteri John Mackay yang sedang memandu di jalan raya sekitar Loch Ness mendakwa telah melihat Nessie sedang berjemur di tepi tasik.
22 Julai 1933, kisah ini berlaku di mana George Spicer dan isterinya melaporkan melihat seekor makhluk raksasa melintas di depan kenderaan mereka di sekitar tasik Loch Ness. Menurut mereka, raksasa itu setinggi 1-2 meter dengan tubuh sepanjang 8 meter, leher yang panjang sekitar 6-8 kaki, manakala kepalanya kecil. Raksasa itu melintas hanya berpuluh meter sahaja di hadapan kenderaan mereka.

Pada tahun 1934, Pengurus Hal-Ehwal Pertanian iaitu Kimberly mendakwa melihat makhluk raksasa. Dia menerangkan kepala raksasa itu berukuran 180 cm panjang, bentuknya seperti ular, ada bonggol di belakang badannya serta badannya berukuran 90 meter. Pada tahun yang sama juga, Asha Grand mendakwa menemui seekor raksasa sedang merangkak ke darat. Beliau menggunakan lampu di depan keretanya untuk melihatnya dan dia mendapati ia menyerupai sejenis hidupan prasejarah

Pada 5 Januari 1934, Arthur Grant, melaporkan melihat makhluk seperti “dinosaur” di bahagian tepi  utara tasik Loch Ness. Dia terkejut melihat munculnya leher yang sangat panjang di tepi jalan. Makhluk itu menatapnya hanya seketika sebelum bergerak masuk ke dalam air. Dia cuba mengejar makhluk itu, namun hanya melihat percikan air di permukaan tasik.
5 Jun 1934, Margaret Munro mendakwa telah melihat makhluk raksasa itu dalam tempoh 20 minit. Jarak antara dia dengan raksasa itu hanya 180 meter, ia kelihatan bergerak di tepi tasik Loch Ness. Dia menerangkan, raksasa itu mempunyai kulit yang kasar seperti kulit gajah, berleher panjang, kepala kecil dengan dua sirip pendek yang lebar menyerupai kaki. Tidak lama kemudian raksasa itu menyelam ke dalam tasik.

Mei 1943, CB Farrel dari Royal Observer Corps dikejutkan dengan kemunculan Nessie di Loch Ness. Dia yang ketika itu berada pada jarak 225 meter dari seekor makhluk raksasa yang bersirip berukuran 9.6 meter dengan leher yang panjang berukuran 1.6 meter secara tiba-tiba muncul dari dalam air. Dia kemudiannya melaporkan  secara rasmi kejadian tersebut ke London.

Disember 1954, sonar sebuah kapal nelayan Rival III mengesan imej seekor makhluk raksasa kira-kira 150 meter di bawah kapal mereka di tasik Loch Ness. Imej tersebut muncul di sepanjang pelayaran sebelum ia hilang dari pandangan.


Gambar-Gambar Nessie
Pada 12 November 1933, gambar ini diambil oleh seorang petani bernama Hugh Gray. Gambar ini menunjukkan imej "makhluk" yang sedang bergerak di permukaan tasik. “Makhluk” itu muncul di permukaan air selama beberapa saat. Hugh Gray mendakwa melihat “makhluk” itu mempunyai kulit berwarna kelabu dan kelihatan licin. Namun seseorang dari Muzium British mengatakan bahawa Foto Gray hanyalah sebuah batang kayu yang hanyut di tasik.



April 1934, Dr Robert Kenneth Wilson mengaku telah mengambil gambar Nessie. Namun pada tahun 1992, para ilmuwan menemui bahawa gambar tersebut adalah palsu. Seorang pemburu bernama Marmaduke Wetherell dan anak angkatnya membuat sebuah model dengan menggunakan periskop kapal selam dan mengambil gambar. Gambar itu telah diserahkan kepada Dr. Robert Wilson lalu diserahkan kepada suratkhabar Daily.

14 Julai 1951, seorang pegawai kehutanan bernama Lachlan Stuart mengambil gambar bonggol misteri yang muncul di permukaan air. Namun sekali lagi ia merupakan gambar palsu. Stuart mengaku mereka objek tersebut dengan menggunakan terpal dan jerami.

Tahun 1955, seorang pengurus bank bernama Mr. McNabb mengambil gambar yang menunjukkan sesuatu di permukaan air berhampiran Kastil Urquhart. Gambar tersebut boleh dianggap sebagai salah satu gambar Nessie yang paling jelas dalam tempoh masa itu.

Tahun 1960, Tim Dinsdale mengambil gambar sesuatu yang bergerak di permukaan air. Namun ramai orang mengatakan itu sebuah perahu. Gambar Dinsdale telah dikaji dan mendapati ada sebuah bayangan hitam di negatif gambar yang tidak terlihat di dalam gambar. Ketika mereka menelitinya, mereka melihat sesuatu kelibat seperti badan bahagian depan, sirip dan ekor milik haiwan yang tidak dikenalpasti.

Tahun 1972, Frank Searle seorang bekas kapten angkatan laut tiba di Lochness untuk mencari Nessie mengaku mengambil beberapa gambar Nessie. Namun, sekali lagi ia satu penipuan apabila dia mengaku itu hanya rekaannya. Gambar ini merupakan sebatang kayu yang terapung.



Gambar diambil pada tahun 1972. Tidak diketahui maklumat pemilik gambar. Kemungkinan ia diambil oleh orang yang sama seperti di atas disebabkan tahun yang sama. Tapi siapa tahu kemungkinan yang sebenar sama ada ianya benar atau palsu.
7 Ogos 1972, ekspedisi yang diketuai oleh Dr. Robert Rines telah berjaya mengambil gambar  yang menunjukkan sirip seekor makhluk misteri.

Pada tahun 1975,  gambar Nessie yang kelihatan lebih jelas. Imej pada gambar ini menunjukkan makhluk aneh yang besar, berleher panjang serta kepala berbentuk kuda.

Tahun 2009, gambar ini diambil oleh sepasang kekasih yang sedang bercuti di Lochness. Ketika kejadian Ian Monckton dan tunangnya Tracey  terdengar bunyi percikan air yang kuat berhampiran tasik Loch ness. Mereka kemudiannya dengan segera mengambil gambar di tempat kejadian lalu mendapati objek aneh. Kelihatan seperti bahagian belakang makhluk besar. Namun kebanyakan pendapat mengatakan ia boleh menjadi apa sahaja objek disebabkan ia tidak begitu jelas. Mungkin ianya permukaan batu atau sebagainya.

 
Tiada maklumat yang lengkap tentang gambar ini. Gambar ini dirakam dari satelit. Kelihatan satu objek tidak dikenalpasti sedang berenang di permukaan tasik Loch Ness.





 
Yang ini juga tiada sebarang maklumat yang lengkap. Gambar ini menunjukkan dua bahagian yang berbeza dalam satu gambar. Kelihatan objek tidak dikenalpasti berada di tengah tasik Loch Ness.





Yang terakhir pun sama juga tiada maklumat. Gambar ini menunjukkan sesuatu objek sedang berenang. Tapi seolah-olah satu gambar palsu atau rekaan.







Setelah kita meneliti segala fakta dan bukti melibatkan Nessie ia masih belum terungkai sehingga kini. Apakah benar ia merupakan haiwan prasejarah yang masih hidup? Atau ia hanya satu rekaan bagi menarik pelancong mengunjungi Loch Ness? Tidak dinafikan ianya wujud berdasarkan fakta saksi-saksi yang
melihat Nessie di depan mata mereka. Mereka benar-benar melihat Nessie namun mereka tidak berpeluang merakamkan sebarang bukti. Maka tidak semua dakwaan mereka diterima malah ada yang mempertikaikannya. Kita tidak boleh menyalahkan orang-orang yang tidak percaya dan mempertikaikan perkara itu kerana mereka sendiri tidak mengalami sendiri sepertimana para saksi bertemu Nessie. Fakta-fakta penerangan saksi dari awal kemunculan Nessie sejak 565 Masihi lagi sehingga sekarang seolah-olah bukan cerita rekaan kerana hampir semua berkaitan tentang Nessie adalah lebih kurang sama. Makhluk prasejarah, berleher panjang, mempunyai bonggol di belakang badan, kepala kecil menyerupai kepala kuda dan mempunyai sirip. Jadi bolehkah kita menganggap bahawa Nessie itu satu rekaan? Bagaimana pula bahan bukti seperti gambar yang berjaya dirakam? Walaupun kebanyakan sumber adalah palsu namun ada juga yang benar. Mungkin di luar sana ada seseorang yang berjaya merakamkan video Nessie tapi tidak menghebahkannya kepada pengetahuan umum. Ia mungkin satu kerugian bagi kita yang benar-benar ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kewujudan Nessie. Setakat ini sahaja mengenai misteri Nessis Loch Ness...jumpa lagi di masa akan datang..Eh? Nessie ke bawah tu??

 
 

1 komentar:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    BalasHapus

Blog Archive