Minggu, 28 Juli 2013

Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

 JALAN SUBANG AIRPORT

Aku nak rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer...,

Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb...

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah....

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi
belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho....

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam
keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti...

Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya...

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik
sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu...

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul....

Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul...

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and
becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat.

Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki,
ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman...

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini...

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa pun...

Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... semuanya dalam kekuasaanNYA.



Subject: Jalan bukit tinggi -bukit 7 gua musang-kuala lipis..

tarikh keramat 3 hb jun, aku pada masa tu mmg dah bersiap sedia untuk bertolak dari kl ke machang, kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak n adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari kuantan ke machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui kl - machang..


bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tgh malam - 7.30 pg ..

aku drive sorang2 sahaja mengekori keta abang ku bersama isteri, adik ipar nya dan anak kecil nya

melalui karak highway kemudian ke bentong dan raub serta melalui kuala lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan bukit tinggi antara kuala lipis gua musang dan juga bukit tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan..


betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2 lain..mmg aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2....

kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku x hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..time tu aku rasa mcm nak pitam.....semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...mmg aku tak nampak tapi aku bleh rasa ...sebelum kejadian nie aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu dengan hati2 ..

aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..time tu cd ayat2 al quran abang aku dah amik awal2 lagik :mad: :mad: so aku just pasang mp3 lagu2 lama2 dengan kuat sambil mulut membca ayat2 quran...

lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp nak call abang aku tapi time tu signal takde :mad: :mad:


aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..mmg terasa sgt aura dari belakang aku..keta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku...


keta abg aku di depan dan aku dibelakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2 gelap ajer ...mmg pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad: :mad:

apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas keta abg aku, abg aku time tu katanya dah perasan ada something wrong ngan aku, so dia bagi aku pintas dia.....time tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan sendiri nya...

kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan shingga sampai di ruang rehat gua musang...

masa tu lah abg aku bgtau ada benda kat belakang keta aku, aku mmg tak nampak benda tu...

peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari kl-kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak kurang hebat nya...
 
 

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive