Selasa, 23 Juli 2013

Kisah Seram: Hantu telaga

 
 


Ini cerita aku dan sepupu aku. Aku nak letak nama beliau dahiku..memandangkan aku ni mataku, jadi sepupu aku tuh aku namakan dahiku..kang kantoi pulak letak nama beliau yang sebenar.
Dulu masa kat kampung, belakang umah atok aku ni ada telaga. Kami sepupu sepapat selalu pergi jengah telaga tu. atok aku selalu cakap, siapa yang degil nak kena campak dalam telaga tu. aku ni tak payah cakap lah, selalu aje atok aku nak humban aku dalam telaga tu.
belakang telaga tu pulak ada tanah untuk atok aku bercucuk tanam. Dia tanam nenas. Aku ni punya la celaka gila, asal nenas tu baru nak menjadi, aku ambik sabit atau parang pergi cantas nenas dia. Si dahiku pulak memang geng sejati aku. Dia pon turut sama jadi geng celaka. Padahal dia budak baik. pernah atok aku hambat aku dengan getah paip semua lari masuk hutan. Aku menyorok bawah bangsal, dahiku panjat pokok mempelam. Semua sebab aku cantas nenas dia.
Masa tu aku baru lepas spm. Ayah aku memang tak bagi anak perempuan dia kerja. Dia suruh duduk rumah, belajar masak, belajar urus rumah tangga. Berkat paksaan ayah aku tulah, sekarang aku dah pandai masak. Dah boleh la kalau nak berlaki. Aku ni kalau bab-bab berlaki, sikit punya gatal.
Disebabkan aku ni dah menjadi pengumpul lemak-lemak yang berjaya dekat rumah, ayah aku hantar aku balik kampung 2 minggu. Dia suruh aku temankan atok aku. Saja buat hilang boring dia. Boleh ar kita orang lepak sambil pekena kopi dengan ubi kayu rebus. Nak dijadikan cerita, si dahiku pulak cuti sem. Haa memang kena lah. Dia pon asal tahu je aku balik untuk menyusahkan atok aku, dia pon join skali.
Malam tu, dahiku ajak aku lepak atas bumbung rumah. Standard rumah kampung yang di renovate banyak kali, dekat tingkat atas, ada tingkap yang kita boleh keluar untuk panjat naik ke atas bumbung. Berbekalkan ubat nyamok lingkar, cekedis, air mineral, gitar, kita orang pon panjat la bumbung tuh. Dari situ kita orang boleh nampak telaga dan pokok-pokok nenas yang atok tanam.
Sekali tengah sedap dahiku tengah menggoreng gitar, dia stop. Dia pon cuit-cuit aku. Weh mataku ko nampak tak apa yang aku nampak? tanya beliau. Aku yang tengah minum air tersedak-sedak. Ada benda tengah menjengah ke dalam telaga tuh. Dia berdiri lepas tu kepala dia tunduk. Rambut panjang gila doe. Aku dengan dahiku berpeluh-peluh tahap kronik. Sebelum dia pandang kita orang, baik kita orang baca apa yang patut. Sebelum aku sempat buka mulut lagi, benda tu pandang kita orang dan buka mulut dia luas-luas! mulut dia besar gila wei, boleh muat satu penumbuk . mata dia toksah cerita la, merah menyala. Mata dia tepat menghala pada kita orang.
Masing-masing takut nak berganjak dari tempat kita orang lepak tuh. Dahiku cakap, weh baca ayat qursi, baca banyak kali. Tangan aku dah sejuk. Aku pejam mata rapat-rapat. Aku pon buka la mata aku pelan-pelan, tengok benda dah tak ada. Dahiku pon ajak aku blah. Malam tuh, aku takut nak tidur sorang-sorang. Jadi aku pon tersengih-sengih nak numpang bilik dahiku. Kalau atuk aku tahu, cucu perempuan dengan lelaki tido satu bilik, mau kena nikah jugak aku dengan dahiku. Nasib dia tak tahu. Fuhh selamat.
Malam tuh, aku dengan dahiku tak boleh tidur. Last-last sekali kita orang main saidina. Punya la tak ada game lain nak main. Yelah takkan nak main congkak pulak. Sampai la ke subuh, aku dengan dia borak-borak, main saidina. Aku ada tanya dahiku, mana benda tu hilang eh,buka-buka mata je dia ghaib. Magik betul beliau. Dahiku pon geleng, tandanya dia pon tak perasan.
Esok nya, nak masak tengah hari, aku duk dapur dengan atok. Disebabkan dahiku je anak jantan tak berapa nak macho, atok suruh dia pergi ambik daun kari. Hah elok sangat lah tuh, daun kari memang sebelah telaga aje. Dia ajak aku teman. Atok dah pandang lain macam. Macam budak-budak, pergi ambil daun kari di siang hari, nak berteman-teman segalak. hah,kan dah cakap indon. Eh ayat ambil daun kari di siang hari tu, macam pantun pulak.
Lepas ambik daun kari, kita orang dengar air berkocak dalam telaga. Aku rilek je. tiba-tiba dahiku jerit. Weh jom blaa! Blahh!!! Bodoh gila. Terkejut nak mampos aku doe dengan tindakan beliau yang sangat drastik tuh. Nak lempang pon ada. Belum aku tanya dia kenapa dia jerit-jerit, dia dah buka langkah. Bongok, tak tunggu aku. Aku pon haper lagik, lari acara ganti-ganti. Kalau ada pertandingan ni, memang juara dah. Siap si dahiku tersadong kaki lagi dekat tangga. Aku gelak jahat. Bengkak jugak jari kaki dia beb.
Lepas tengok berita malam tu, atok masuk bilik nak tidur. Dahiku ajak aku lepak warung. Lepas cakap dekat atok yang kitaorang nak pergi melepak, dia membebel dulu sebelum izinkan. Dia kata anak dara tak elok duk lepak luar malam-malam ni. Aduh,kena sedas dengan beliau. Dah, mana aci dahiku je yang boleh keluar ngeteh ngan geng dia. Aku suka je nak ikut sebab member dia ada seorang tuh hensem. Kita orang lepak dekat warung, anis join sekali. Anis ni merangkap member sekolah aku. Dia kenal dahiku sebab satu kolej dengan dahiku. Mereka-mereka ni tua setahun dari aku.
Tengah melepak, dahiku buka cerita, dia nampak benda tu terjun dalam telaga. Tapi tak nak gitau aku, nanti aku terkejut. Gila, patutlah dia bersemangat waja lari tahap badak berendam masa ambil daun kari. Dia kata, ko pikir eh mataku, apesal tiba-tiba je air dalam telaga berkocak, macam orang tengah berenang-renang dalam tuh. Aku terdiam. Anis pon menyampuk. Lah hai mangkuk, telaga belakang umah atok korang kan ada penunggu. Yang korang pergi kacau tuh kenapa?
Aku berdebar doe. Tahap kencang gila. Aku kata sumpah tak kacau pon. Maybe masa tuh timing dia nak check in setelah penat terbang kot. Dah nampak kita orang tengah syok lepak, dia join skali. Sejak dari hari tu, aku dengan dahiku tak lepak dah malam-malam atas bumbung rumah. Port baru kita orang, beranda tingkat atas pulak. Kadang-kadang atok aku join sekali. Dia goreng keropok, air teh, makan ngan kita orang kat beranda. Syok woo duduk ngan atok.
Setelah beberapa hari tak lepak atas bumbung, tiba-tiba aje hati ni rasa rindu pulak nak main gitar kat situ. Jadi aku pon ajak dahiku. Dia taknak sebenarnya. Tapi on kan aje. Jadi pukul 9 lebih, aku pon panjat la naik ke bumbung. Main la gitar dengan syoknya.
Tiba-tiba aku terbau benda yang wangi. Serius wangi gila babeng. Aku pulak gatal pergi tegur. Aku cakap eh wangi nak mampos sambil sedut bau tu. pastu dahiku lempang aku. Woi apesal ko tegur hah? Diam-diam jelah. Dahiku marah aku. Dalam hati aku, hah sudah. Habeh la.
Lepas je bau wangi, datang pulak bau busuk. Busuk gila macam bangkai. Aku dah tahap tutup hidung. Kena penendang ngan dahiku. Dia marah, eh buat rilek je blh tak.ko ni kecoh la.
 
Hati aku rasa tak sedap gila dah. Tiba-tiba benda tu muncul betul-betul bawah bumbung yang kita orang tengah lepak. Aku tak perasan sebenarnya. Tapi tiba-tiba je dengar dahiku jerit Allah! Aku pejam mata rapat-rapat. Masa ni tak guna dah menyesal naik ke bumbung. Aku rasa nak nangis. Itulah keje pompuan, sikit-sikit nangis. Dah takkan nak buat joget lambak pulak di saat-saat begini.
Pastu lama benda tu tercangak bawah tu. kira taik ayam kot. Tapi dia tak kacau kita orang. Lepas tu, dia beralih pulak ke telaga. Dia nak check in la tuh. Benda ni nak kata dia jalan tak jugak. Nak kata dia terbang tak jugak. Dia macam jalan straight je. macam main skateboard. Canggih jugak beliau.
Bila sampai kat telaga, dia berenti. Aku dengan dahiku perhatikan je. masa ni nekad je. nak tengok sampai habis. Tiba-tiba dia angkat muka dia. Ya allah, mata dia merah. Dia hulurkan tangan dia tepat pada kita orang dan macam nak terkam. Aku dengan dahiku apa lagi, berkebuk lari. Aku berebut dengan dahiku nak panjat tingkap tuh. Sekali duk main tolak-tolak sbb berebut nak panjat tingkap, benda tu macam keluarkan satu bunyi arggghhh.
Aku berjaya masuk dulu. Aku pon tarik tangan dahiku. Dia kata woi jangan tarik lah. Aku ni niat suci nak tolong dia memandangkan aku dah panjat dulu. Sekali kaki dia dah pijak tingkap tuh, tapi tak gagah sangat,aku pulak tarik dia. Dahiku jatuh tersembam. Aku cepat-cepat tutup tingkap.
Dahiku jerit. Sakit nak mampos doe! Aku pon belek-belek muka dia, ya allah. Dahi beliau pecah. Darah tak berenti mengalir sampai mengalir masuk dalam mulut. Dia yang terkejut tengok darah nak pitam. Ish nak pitam pulak si mamat ni. Aku berlari ke bilik untuk ambil towel dan tekapkan dekat dahi dia. Aku bagi minum air. Entah apa jadah masa tu,aku bagi dia minum air. Dengan alasan tak bagi pitam. Ahh gasak lah apa-apa pun.
Masa tu dah tengah malam, aku tak tahu nak buat apa. Nak pergi klinik aku dah tahap tak boleh nak bawak kereta. Kaki aku dah ketar. aku ketuk pintu atok aku. Terkejut gila atok aku. Terus dia bangun pergi cari ubat gamat. Atok bersihkan luka dahiku sambil marah kita orang. Korang ni tak ada kerja ke? Tengah-tengah malam panjat bumbung, ko tu anak dara! Tak elok tau tak. Atok marah aku. Ni, korang main  apa sampai berdarah-darah ni.esok aku report kat bapak korang, siap lah. Bertuah betul potpet potpet. Lama jugak kena ceramah dengan beliau.
Kita orang sepakat tak nak bagitau atok pasal benda tu. biarlah, kang kena marah lagi. Sampai sekarang, kalo balik kampung je. aku dengan dahiku gelak-gelak pasal benda ni. Kita orang akan naik ke bumbung bila ada sepupu-sepupu yang lain ada sekali. Bila berdua memang tak lah wei. Aku dah serik.
Tapi kan sejak dua menjak dah menjadi dewasa ni hubungan aku dengan dahiku taklah rapat macam umur kitaorang belasan dulu. Jumpa pon jarang. Dah tak tau nak cakap apa. Malu kot. Yelah dia teruna, aku dara. Dah besar panjang. Dah boleh kahwin pun. Rindu jugak time-time aku kamcing dgn dia dulu. Sekarang segan pulak nak lepak-lepak dengan dia. dulu balik kampung je, mesti cari dahiku. Sekarang tegur-tegur gitu je dengan dia. bapak control ayu depan dia. haha.
 

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive