Jumat, 24 Mei 2013

ORANG MINYAK DAN KEPALA IKAN MERAH


Semasa kami tinggal di Kampung Bedok Laut dulu, mak cikku pernah mengalami suatu peristiwa yang menggerikan. Pada suatu malam, pakcik, seorang kelasi, pulang dengan membawa seekor ikan merah yang baru ditangkapnya semasa dikapal. Ikan itu agak besar dan tidak muat untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Oleh itu, makcik memotong dua ikan tersebut. Sebahagiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk sementara sebahagia lagi mahu dihantar ke rumahku yang terletak kira kira satu setengah kilometer jauhnya.
Setelah membungkus ikan yang masih berdarah itu dengan suratkhabar, makcikku pun terus keluar meningglkan rumahnya.
Apabila tiba dikawasan pohon buluh, makcikku terasa seperti ada sesuatu mengekorinya. Dalam hatinya berkata ' jangan sesekali toleh kebelakang jika terasa ada sesuatu mengekori. Tapi kalau pencuri bagaimana? ' Kalau pencuri sudah tentu makcikku diterkamnya.
Makcikku pun mempercepatkan langkahnya. Begitu juga dengan langkah dibelakangnya. Beliau kemudian berhenti, bunyi langkah tersebut turut berhenti. setelah mencekalkan hatinya, makcikku menoleh ke belakang.
Alangkah terperanjatnya beliau apabila melihat lembaga manusia berkulit hitam berkilat dengan hanya mengenakan seluar dalam, berdiri tidak jauh dibelakangnya. Matanya yang merah merenung tajam. Makcikku cuba menjerit, tetapi suaranya tidak keluar.
Lembaga itu menerpa dihadapan makcikku. Ian merentap kain yang dipakai oleh makcikku dan mengoyakkan seluar dalamnya. Makcikku meronta ronta, tetapi tidak berdaya.
Bungkusan ikan yang dibawanya tercampak kedalam semak berdekatan. Tangan lembaga itu kemudian meraba raba dicelah celah kelengkang makcikku. Disangkanya makcikku kedatangan haid. Alhamdulilah, pada waktu itu, makcikku tidak uzurJika tidak, sudah tentu dihisap darah kotornya.
Dengan tiba tiba lembaga itu menghilang, menuju ke semak berhampiran.
Apa lagi, waktu itulah makcikku lari lintang pukang ke rumahku. Beliau mengetuk pintu rumahku macam nak roboh.
Keesokan harinya beliau menceritakan perjara yang berlaku kepada kami sekeluarga.
Kata nenekku, mungkin lembaga itu menyangka darah kepala ikan yang hanyir itu adalah darah hais makcikku. Sebab itulah ia mengekorinya. Itulah gara gara kepala ikan merah.


Sumber:   Kisahseram

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive