Kamis, 30 Mei 2013

Hospital Lama Changi

 

Perhatian: Ini adalah perkongsian secara santai sahaja dan tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak atau menjatuhkan imej sesebuah tempat yang dijadikan bahan penceritaan. Read by your own risk.



Tahukah korang kalau aku cakap yang bandaraya di Singapura merupakan kawasan yang paling berhantu di Asia mengalahkan Jepun? Haa...tak sangka woo, Jepun yang selalu buat filem hantu, komik seram, kaya dengan urban legend bagai semua tu pun boleh kalah.

Yang bestnyer, tak jauh jer dari Malaysia, bawah kite je ahaks! Dan salah satu tempat di Singapura yang dikatakan paling keras adalah Changi. Apa yang menyebabkan Changi feymes gile dengan cerita-cerita seram dan menjadi sarang kegiatan supernatural adalah satu ketika dulu di zaman pendudukan Jepun, banyak kawasan di Changi merupakan tempat peyeksaan dan pembunuhan ramai bangsa Tionghua dan tahanan perang oleh tentera Jepun. So kiranya banyak roh tak aman yang bergentayangan di situ lah.

Dan salah satu tempat yang paling ditakuti dan sering kedengaran cerita-cerita seram di situ adalah Hospital lama Changi. Sebut saja nama hospital tu kat orang Singapura especially yang duduk kat Changi memang dah masak sangatlah dengan keseraman hospital tersebut.




Mengikut sejarah hospital tersebut asalnya merupakan markas ketenteraan tentera British yang diambil alih oleh tentera Jepun selepas British kalah perang. Dan disitulah dijadikan tempat penjara, pembantaian dan pembunuhan masyarakat Tionghua dan tawanan perang lainnya.


Jumlah yang mati cukup banyak dan ramai saksi yang menjumpai hantu di situ dalam keadaan tidak berkepala, cedera parah sesuai dengan jenis penyeksaan yang diterima ketika hidup malah cik Pon pun ada.

Selepas Jepun kalah perang, markas tersebut ditukar kepada hospital. Tetapi kemungkinan keadaan hospital yang mempunyai banyak gangguan mistik atau sebab lain maka lokasi ditukarkan ke tempat lain pada tahun 1994. Dan semenjak hari itu, hospital ini terus dibiarkan sepi dan menjadi sarang kehidupan makhluk paranormal.

Ada berbagai cerita yang didengari di kalangan mereka yang gemar meneroka hospital tersebut hanya untuk mencari bukti ataupun sebagai aktiviti santai. Tetapi pernah juga terjadinya kes orang hilang selepas memasuki hospital itu.

Dan disebabkan inilah sebuah filem realiti tentang Hospital lama Changi diterbitkan untuk menunjukkan keadaan sebenar yang terdapat di dalam bangunan hospital. Dan juga menyelitkan beberapa footage sebenar yang berjaya dirakam oleh pembikin filem ini yang terdiri dikalangan beberapa anak muda Singapura yang berminat dengan dunia paranormal.




Okay ! sebelum aku nak mengakhiri entri ni, aku nak selitkan kisah seram mengenai seorang pak guard yang pernah bekerja dekat hospital lama tu. Ceritanye macam ni...
Ada seorang pak guard ni...dia dah lama kerja kat hospital lama Changi. Tapi sekarang tak tahulah...kat mana dia sekarang, hidup lagi ke tak.

Ayah aku pun pernah kerja kat hospital tu...sebelum kena tutup. Aku ingat lagi, ada sorang pak guard tua selalu lepak kat situ. Ayah aku kenal pak guard tu dan dieorang berdua selalu borak-borak kosong.



Satu hari tu, beberapa bulan sebelum hospital kena pindah ...ayah aku dengan dia tengah bercakap-cakap time tu. Aku pun ada sama. Aku ingat lagi apa yang dieorang perbualkan "Sedihlah...hospital ni nak kena tutup...nanti kat mana aku nak carik makan? Lagipun aku dah lama kerja kat sini, aku dah biasa dengan tempat ni." kata pak guard tu dengan nada sedih.
Baru-baru ni, aku dengan member 16 orang ada pernah try masuk hospital tu, saje nak rase feel tengok hantu tu macam mana.

Mula-mula masuk kat tingkat satu dengan dua takde papa...Kiteorang 16 orang tapi lampu suluh ada 2 je, parai-parai...tapi bila masuk tingkat 3 jer!

Lampu suluh kiteorang tetiba je buat hal! Yang satu tu padam terus dan yang satu lagi tu bateri jadi weak. Apalagi yang pompuan startlah jadi takut, mula gelisah semacam. Mata meliar pandang kiri, kanan, belakang, depan atas kot-kot ada benda melintas.

Then nak tau apa jadi?

Tetiba je ada pak guard datang dari arah tangga tak jauh dari kiteorang. Dari susuk tubuh die macam kenal tapi muka die tak nampak lah coz gelap sangat.

Pak guard tu langsung tak bawak lampu suluh dan suruh kiteorang turun ikut direction yang die bagi. Baik sungguh pak guard tu...

Bile kiteorang turun, aku dengan member sama lelaki pelik coz yang perempuan terus lari lintang-pukang sambil menjerit. Kite orang apa lagi, lari samalah!

Bila dah selamat keluar dari situ, kiteorang tanyala kat budak perempuan kenape dieorang terus lari pecut seribu.

Dieorang cakap...bila dieorang sampai je kat ground floor, dieorang nampak yang kaki pak guard tu takde tapi hanya seluar die je bersambung dengan kasut. Entah macam mana dieorang tengok pun aku tahu.

Aku dengan curiosity aku yang memuncak-muncak malam tu, balik je terus tanya ayah aku kot-kott dia ingat lagi pak guard tu.

Nak tahu apa ayah aku jawab "Oooo...orang tua tu...dia dah meninggal."

Aku terkejut sangat dan meremang bulu tengkuk sekali. Betul ke ape yang aku tengok tadi?

Aku betul-betul terkejut dan sampai sekarang aku tertanya-tanya, betulkah dia adalah orang yang sama yang menyelamatkan kami dari terus sesat dalam hospital tu.

Tapi ada jugak aku dengar dari orang lain, yang mereka pernah terserempak dengan lembaga seperti seorang lelaki tua berpakaian seragam sekuriti berjalan-jalan dalam bangunan hospital tu..
 
 
 
Sumber:   Misterihouse

Rabu, 29 Mei 2013

Nyanyian Burung Hantu

    
Cerita Rakyat dari Kepulauan Mentawai

Mentawai Scops Owl, dalam bahasa latin di sebut Otus mentawi, dikenal dengan nama burung hantu mentawai adalah burung hantu endemik dari Pulau Mentawai

Di hutan Bat Kokok, pemukiman pertama orang-orang Katurei, Hiduplah dua ekor burung di pohon beringin. Salah satu Si Kemut, burung hantu, yang satu lagi bernama Si Turugou’gou’, burung ruak-ruak.
Kedua burung ini biasa bertengger di dahan pohon Beringin yang bernama Si Sokut. Kedua burung ini mempunyai perbedaan baik bentuk badan maupun cara dan waktunya mencari makan. Si Turugou’gou’ ‘ mencari makan di siang hari, tetapi Si Kemut mencari makan malam hari.
Pada suatu sore, ketika Si Turugou’gou baru pulang mencari makan, dilihatnya  Si Kemut sedang tidur dengan nyenyak. Sambil memanggut-manggut Si Turugou’gou’ bernyanyi mengejek
Si Kemut...Kemut si mata cekung
Ada orang pura-pura menari
Ada orang tidur siang bolong
Kalau malam keluyuran
Dasar memang burung hantu
Si Turugou’gou’ cepat-cepat terbang ke pohon lain setelah mengejek Si Kemut. Si Kemut kesal dengan ejekan itu. Dilemparnya ranting pohon ke arah Si Turugou’gou’, tetapi tidak kena. Si Kemut bertambah kesal. Walau begitu dia tidak mengejar Si Tutugou’gou’. Setelah menggeser sedikit tempat bertenggernya, Si Kemut melanjutkan tidur di sore itu.
Kini malam telah tiba. Si Turugou’gou’ sudah tidur dan Si Kemut pergi mencari makan. Memang demikianlah hidup burung hantu. Mereka tidur siang hari dan mencari makan di malam hari. Di waktu malam lah burung hantu biasanya berburu tikus dan binatang malam lainnya.
Saat fajar hampir merekah dan suara monyet di hutan sudah berbunyi, Si Kemut pulang. Dilihatnya Si Turugou’gou’ sedang tidur lelap. Si Kemut berpikir, inilah kesempatan untuk balas dendam. Maka dia pun bernyanyi.
Turugou’gou’ si ruak
Si betis kurus ada orang dia lari
Si Ruak-ruak sok pandai menari
Kakinya kotor sekali
Ejekan Kemut membangunkan si Turugou’gou’. Dia marah sekali pada Si Kemut. Sambil mengantuk Si Turugou’gou’ menyanyikan lagu ejekan Si Kemut. Si Kemut pun membalas menyanyikan ejekan. Mereka terus saling mengejek, hingga burung-burung lain yang tinggal di dahan dan ranting Si Sokut menjadi terganggu.
Akhirnya Si Kemut dan Si Turugou’gou’ bertengkar. Mereka ribut sekali. Burung-burung yang tinggal di pohon lain juga terganggu. Melihat kedua burung bertengkar sambil menuding dan menepuk dada, Si Sokut yang tadinya diam kini angkat bicara.
“Jangan bertengkar wahai sahabat-sahabatku. Jangan membeda-bedakan apalagi menghina kawan”, Si Sokut menasehati Si Kemut dan Si Turugou’gou’.
Mendengar Nasehat Si Sokut kedua burung yang hampir berkelahi kini berhenti dan saling minta maaf. Maka kedua burung itu, Si Kemut dan Si Turugo’gou’ kembali hidup tentram dan damai bersama Si Sokut, si pohon beringin. Walaupun berlainan jalan hidupnya.           
Dongeng ini biasa dibawakan oleh orang tua untuk mengantar tidur anak-anaknya. Konon menurut cerita orang tua dulu, burung hantu dan ruak-ruak pandai menari.  Nenek moyang orang mentawai meniru gerakannya. Turuk biasanya menirukan gerakan-gerakan hewan. Itulah yang dinamakan uliat. Makanya dalam gerakan turuk ada Uliat Kemut dan Uliat Turugou’gou’.


Melati


Photo Credit:  Google Images

Salam Seram Misteri kepada pembaca budiman sekalian.Adakah anda percaya ttg benda2 ghaib ni..mmg susah kita nak caya selagi kita tak nmpk dgn mata sndiri.Tp dlm alQuran pun byk kali Allah sebut jin dan iblis dan mereka mmg ada d sekeliling kita.. kita mmg tak nampak dengan mata kasar.. Tentula ada sebab Allah hilangkan mereka dari pandangan kita...Sesungguhnya Allah sahaja Yang Mengetahui.

Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati ngan cerita seram kali ini.Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta..jauh skali kalau cerita cara memasak rendang ayam.Kalau nak tau.. Melati ni la sejak dahulu hinggala sekarang masih lg menjadi penghuni tetap d kawasan asrama ITM(uitm) sabah.Sebut sahaja Melati, rata2 penghuni asrama Uitm tau sapa Melati. Siapa yang tdk tau ni..mmg saja mau cari psal..

Menurut senior2 yang terdahulu..Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri.Tp ada jg yg ckp,Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermcm2 cerita yg diceritakn ttg cara Melati membunuh diri..tp realitinya..dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar diasrama tersebut.

Selalunya..'dia' ini akan mengacau bila tibanya dkt time exam..ntahla mcm ada musim pla..Sewaktu aku masih menuntut dulu kat ITM(Uitm)..aku ada dgr, pelajar perempuan pernah tggl dkt blok B dan C.Tp sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D,E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.Menurut pihak asrama pd waktu itu,pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan peristiwa(histeria) berulang kembali..mrk yg 'bijak' ini beranggapan pelajar lelaki tidak mudah terkena histeria krn kuat semangat(ya la tu)

Waktu kami mula2 menetap dahulu, stiap tandas d blok B dan C tidak mempunyai cermin krn tlh dibuka oleh pihak asrama.Menurut mereka..ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas.Setelah diperiksa berulang kali..mereka tidak menemui seorang perempuan pun..so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.(ada cermin atau tiada..'dia' ttp ada dsitu)

Pernah ada bdk junior yg baru dtg,tinggl d blok B(satu blok asrama la).Apabila dceritakn ttg Melati ini..mrk dgn eksen(poyo) ketawa dan berkata kalau mereka nampak Melati nnti,diorang akan minta nombor ekor.Pagi keesokkan harinya, mrk berjumpa ngan kami..mereka kononnya tlh diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat.Kerana ada diantara mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah2 ada orang sedang melompat diatas katil.Betul atau tidak cerita ini, hanya mereka sahaja yg tau.

Sebenarnya..percaya atau tidak semuanya terletak pd diri anda..

 

Hantu Kum-Kum


Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah vagina perawan.
Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

Matlamat

Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.


 

Penelitian secara ilmiah

Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1970-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini. Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu. Hantu kum-kum juga kembali popular ketika kumpulan al-Arqam (sudah diharamkan tetapi masih aktif sebagai kumpulan Rufaqa') mula aktif di Malaysia yang menyaksikan pemakaian purdah yang di kalangan wanita pengikut kumpulan itu[1]. Purdah adalah sejenis pakaian yang menutup hampir keseluruhan diri wanita kecuali mata.

 


Petikan Dari:  http://en.wikipedia.org/wiki/Hantu

Batu Puaka

Gamabar Hiasan

 

Assalamualaikum. Ini ada satu cerita yang  mesti aku paparkan iaitu Batu Berpuaka.

Pada suatu hari, ayah aku membuat perancangan untuk pergi ke Pulau Langkawi memandangkan cuti sekolah sudah bermula. [cerita ini berlaku pada Mei1995] Ayah aku pun mengajak emak bapak dia pergi sama. Kami pun sampai bla...bla...

Hari 4 kami bercadang untuk ke Telaga Tujoh. Ketika kami sampai di sana, kami kena panjat/daki bukit [entah ler aku pun tak tahu]. Sampai di pertengahan jalan, datuk ku pening dan apabila pandang belakang jauh sangat dan minta turun balik. Kami ambil keputusan untuk berehat sebentar. Ketika sedang berehat kami ternampak batu cantik berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak aku tak tau].

Kami ambil lebih kurang 11 batu itu untuk dibuat alat hiasan rumah dan pokok bunga. Hari sudah tengahari dan ayah mahu pulang. Malam tu..datuk aku menyimpan batu itu di dalam almari berdekatan dengan tempat tidur dia. Dia pun bermimpi...suatu hari tu. Dia menebas pokok pisang di belakang rumah tiba-tiba namanya dipanggil 'Bakar,Bakar' (bukan nama sebenar) seperti suara seorang perempuan [nak tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya dipanggil 'dupa,dupa' begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arahnya dengan bauan yang amat wangi serta terapung-apung di udara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit [seperti histeria tapi tak lah sangat].

Dia mengamuk da dia menyuruh aku dan nenek pergi tengok di luar. Alangkah terkejutnya aku seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum kearah aku. Kemudian nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku tetapi aku menghalang nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia nenek berkata itu bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang kayu dan nenek mengambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek aku ni memang pantang jumpa makhluk ghaib kerana dia mempunyai ilmu kekuatan. Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can' kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu hendak membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena.Dia tidak sedar bahawa aku ada di belakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran bintang-bintang turun ke tanah. Keluarga aku hanya mampu menengok melainkan datuk. Bintang-bintang itu membentuk seperti puteri itu juga, aku bilang lebih kurang 10 orang puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga turun membawa parang, kayu dll. Tiba-tiba puteri itu menoleh ke belakang dan bergabung membentuk boleh digambarkan seperti raksasa ngeri dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali mendepangkan tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku teringkat akan batu itu lalu aku ambil  dan berikan pada datuk. Datuk segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian makhluk itu keluar menjadi puteri kembali dan kemudian mengundur ke belakang.
Tiba-tiba seorang daripada mereka berkata "Kami akan kembali" Datuk membaling batu tersebut lalu mengenai mereka dan selepas itu mereka ghaib.

Keesokannya kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam. Dukun berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain. Tetapi meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa.
Sekarang batu itu masih dalam tangan datuk ku dan keluarga ku. Kita akan saksikan kisah selanjutnya tentang puteri itu muncul kembali 3 tahun selepas itu pada masa-masa akan datang dan saya akan cerita kisah yang lain pula.




Dipetik Dari: http://xpoision00.tripod.com/seramserammmm/id2.html

Selasa, 28 Mei 2013

Info : 9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia (9 Gambar)


  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tuen Mun Road – Hong Kong

Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan.


A229 – United Kingdom

The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama dikatakan sebagai seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari perkahwinannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah hantu yang sering menumpang kereta dan berbual tentang semua hal dengan pemandu kereta . Setelah pemandu tiba di destinasinya, hantu ini menghilang.



Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat

Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang merentasi seluruh Boone County, Illinois. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri, dan bahkan seorang kanak-kanak yang pernah digilis kereta api. Beberapa pelajar sekolah juga pernah maut ketika bas terbabas dari jambatan di daerah ini.



M6 –United Kingdom

M6 di UK telah wujud selama hampir 2000 tahun, justeru tidak menghairankan terdapat lagenda seram disampaikan dari waktu ke waktu. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penjajahan Rom di UK, dan sehingga kini dikatakan roh tentera Rom masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang berjalan melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita di sepanjang sisi jalan.



Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat

Menurut cerita, sebuah pasukan pengakap kanak-kanak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an menyertai sebuah ekspedisi di kawasan ini. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, salah seorang peserta lelaki dengan sengaja membakar kawasan perkhemahan itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan mengorbankan seluruh pasukan. Meskipun tidak ada catatan atau bukti nyata dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tetapi terdapat banyak cerita tentang kegiatan paranormal dan kemunculan hantu di kawasan ini.



A75 Kinmont – Scotland

Digelar sebagai “jalan hantu,” jalan di barat daya Scotland ini telah menjadi tempat ratusan kes penampakan hantu yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pemandu telah dilaporkan dapat melihat beberapa hantu berjalan di depan kenderaan mereka, burung-burung terbang ke cermin hadapan kereta dan kemudian menghilang, orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.


N9 – Afrika Selatan

Bahagian jalan di antara Uniondale dan Willowmore dikenali sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom ini sangat sinonim dengan hantu yang dikenali sebagai Roux Charlotte Marie, iaitu seorang gadis yang maut dalam kemalangan kereta pada tahun 1968. Sejak itu, hantu Roux Charlotte Marie dikatakan sering menjadi penumpang belakang kenderaan yang melalui jalan itu, dan kemudian menghilang secara misteri.



Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat

Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih dan biru. Wanita itu dikenali sebagai Annie, dikatakan maut setelah kepalanya dipenggal pada malam perkahwinannya dan mayatnya telah diseret sepanjang jalan. Pemandu yang melalui jalan itu pada tengah malam mendakwa mereka dapat melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan selalunya muncul pada ulang tahun kematiannya pada setiap tahun .


Terowong Belchen – Swiss

Terowong ini merupakan sebahagian dari jalan tol A2 dari Basel ke Chiasso. Jalan ini terkenal dengan kemunculan hantu wanita yang memakai pakaian putih dan sering melintas di depan kenderaan malah kadang-kadang berbual dengan pemandu kenderaan di situ.
 
 
Sumber:   Penpatah

Kuntilanak Kamar Mayat

 

Kuntilanak Kamar Mayat
SutradaraNayato Fio Nuala
ProduserGope T. Samtani
Subagyo S
PenulisEry Sofid
PemeranJulia Perez
Mandala Shoji
Rizky Mocil
Imelda Lubis
Uwie Jasmine
DistributorRapi Films
Durasi85 menit
NegaraIndonesia
Kuntilanak Kamar Mayat merupakan film Indonesia yang dirilis pada 19 Maret 2009. Film ini dibintangi antara lain oleh Julia Perez, Mandala Shoji, Rizky Mocil, Imelda Lubis, dan Uwie Jasmine.

 Sinopsis

Andini (Imelda Lubis) seorang mahasiswi selalu bermimpi tentang kakaknya, Miranda (Uwi Jasmine) yang bekerja sebagai perawat rumah sakit. Rasa rindu Andini makin bertambah sejak Miranda pergi meninggalkan rumah karena mutasi pekerjaannya. Mimpi itu pun berubah menjadi penampakan. Kejadian penampakan itu membuat ia, Robby pacarnya, dan Mocil (Rizky Mocil) teman kuliah pergi mencari kabar Miranda.
Andini mendapat informasi dari Vivian, teman Miranda mengenai tempat tinggal dan rumah sakit tempat Miranda bekerja. Semakin ia mengetahui tentang kakaknya semakin sering pula ia dihantui oleh penampakan. Andini terkejut begitu mengetahui kenyataan tentang kakaknya hamil 5 bulan dan itu alasan yang membuatnya pergi dari rumah.
Andini pergi menemui Dokter Indra (Mandala Shoji) teman kerja Miranda. Indra terakhir melihat Miranda pada malam ketika Indra berkunjung kerumah Miranda. Sejak saat itu ia pun sering diganggu oleh penampakan–penampakan yang menakutkan, bahkan sosok kuntilanak yg ia jumpai ketika ia bekerja di kamar mayat. Sarah (Julia Perez) tunangan Indra yang juga teman kerja Miranda juga sering dihantui kuntilanak yang ia temukan di kamar mayat. Kejadian ini membuat Indra stress.



Sumber:  http://en.wikipedia.org/

Bergambar Che Pon Tumpang

Photo Credit:  Google Images

Genting Highland


seperti biasa... cerita yang di kopi paste dr forum cari.com kredit to pumpkinhead :)


aku ada satu cerita pelik/aneh yang aku tak berapa pasti akan jadi cite seram ke tidak.tapi aku cerita je lah.masa umur aku 15tahun,tahun 2000 dulu, hampir setiap bulan abah aku bawak jln2 genting highland.nak makan mcD pun sanggup pegi genting highland makan lepas tu balik.macam la umah shah alam takde mcD haha.dulu samaada balik hari atau tido dekat amber court.amber court tu memang hodoh dari luar,tapi dalam bilik cantik je.alhamdulillah takde benda scary happens kat family aku selama lepak amber court.

ape yg aku nak cerita ni berlaku dekat parking lot cable car tu,ape nama dia?parking lot awana eh? parents aku dah BAN genting highland so maaf lah aku lupa nama parking tu.kalau boleh aku nak lupakan terus kenangan pahit ni tapi sesekali mesti teringat kan.so kali terakhir pegi genting highland bersama family tu,bapak aku decide nak balik hari dan takmo parking dekat atas area theme park.dia parking dekat tingkat atas sekali(tingkat 4 kot) parking lot yang bersekali dgn cable car tu.

sepanjang hari dekat theme park memang best sehinggalah kitorang balik time maghrib.lepas keluar daripada cable car tu terus la menuju ke parking lot.semua adik beradik dgn abah aku dah jalan ke depan so tinggallah aku jalan sebelah mak aku slow2 take our own sweet time.sambil jalan dengan mak aku kat sebelah tu aku borak2 la dengan dia.lepas tu dia hilang,pling! macam tu je.aku sendiri tak percaya.Bila sampai dekat van abah aku tanya la, "mana mak?" "tak tahu" aku jawab.so terus la kakak sulung aku mengamuk2 salahkan aku sebab tak pandai jaga mak sedangkan aku jalan sebelah je.masa tu aku memang lurus bendul, aku memang tak tahu mane mak aku hilang.aku nangis je la,dah ler aku tgh uzur.aku baca la apa2 ayat quran yang patut sambil merayu2 supaya aku jumpa balik mak aku.masa tu adik beradik yg lain pun dah menggelabah so berlari la kesana kemari jerit nama mak aku.

untuk pengetahuan korang, masa tu takde orang yang jalan2 baru balik dari theme park menuju ke kereta masing2 kecuali family aku.memang sunyi habis.cuma ada 2biji kereta yang berlumba antara satu sama lain(hampeh kat parking sempit pun nak lumba) turun dari atas ke bawah.aku tak ingat berapa minit atau jam cuma yang pasti kitorang cari mak lamaaaa sangat.terjerit sana sini macam org gila,dari tingkat 4 tu lari turun ikut ramp sampai ke bawah dan separuh adik beradik lain(masa tu kami 6beradik) pergi cari dekat area tangga.rasanya setiap sudut dan tingkat parking lot tu kitorang check tapi mak memang takde, memang tak terserempak.mak aku bukan jenis suka bergurau main nyorok-nyorok pun.

sambil cari tu sambil la dok baca ayat2 quran,aku penat cari sambil nangis (sambil taip pun nangis huhu teringat).aku rasa bersalah sangat, macam aku tatau jaga mak sendiri.macam aku anak yang jahat.so masa aku turun dari salah satu ramp kat hujung(ramp yang menghubungkan kereta untuk turun dari satu tingkat ke satu tingkat) aku minta sangat kat Allah SWT supaya tolong la pulangkan mak aku balik, better ganti dgn aku je.amik je la aku ni,aku ada lagi 2 adik kecik yang perlukan mak aku.lagipun aku tak tahan kene marah dgn kakak sulung aku yang garang tu (iyelah dia anak sulung,mesti dia panik gak).tiba-tiba mak aku keluar dari sebalik ramp tu,macam mana nak describe eh, kiranya aku nak turun dan mak pulak nak naik,so kitorang jumpa dekat ramp.masa tu ya Allah! leganya hati aku.mak pulak nampak letih sangat,muka sayu je tak cakap apa2.aku terus tarik tangan dia bawak pegi van.so sepanjang balik semua dalam van senyap je terutama bapak aku.berkerut-kerut muka dia sepanjang dia drive.takde sape nak marah2 aku lagi dah,macam lega dah jumpa mak.

sampai umah semua dikehendaki mandi,buat ape yang patut dan tido.so sebelum masing2 nak masuk tido mak aku cerita la,berkerumun semua pegi kat meja makan nak dengar apa yang dah jadi kat family kitorang sebenarnya? ni dari sudut pandangan mak aku pulak yer, dia cakap kali terakhir dia ingat dia jalan dengan aku.lepas tu tiba2 semuanya kosong.parking lot tu ade je kereta macam biasa cuma langsung takde orang.dia cakap dia perasan masa nak menuju ke van tu ade budak remaja berlumba kete, dengan bunyi kereta diorang yang bising setiap kali diorang drift selekoh turun ramp tu.tapi sekarang semuanya kosong! so dia jalan kaki tgh2 jalan diantara kereta2 yang berlambak parking tu.dia turun dari satu tingkat ke satu tingkat,still jalan tengah2 jugak.ikut logik, kalo dia jalan tengah2 mesti dah kena langgar dekat kereta budak remaja yang berlumba tu.sebab seingat aku banyak kali jugak diorang drift turun bawah lepas tu naik balik saje2.ape yang lagi pelik,mak aku cakap masa dia turun satu tingkat,dekat hujung dia nampak macam ramai orang tengah jln2 borak,makan minum tanpa mempedulikan dia.macam tak perasan dia wujud.macam dekat hujung ada restoran,lagilah tak logik sebab parking lot tu 4segi je,antara hujung ke hujung adalah dinding.kalo bawak kereta sampai hujung tak berhenti maknanya terjunam ke bawah la kan.so dia turun lagi satu tingkat,sebab dia ingat mane lah tahu kitorang tertinggal kan dia dan tunggu kat bawah ke ape.still bila dia turun lagi satu tingkat,kiri kanan memang takde orang langsung kat parking tu kecuali hujung kat dinding dia nampak orang yang sama,pakai baju yang sama,buat perbuatan yang sama.


masa tu barulah dia perasan dia dah kena main2kan oleh makhluk Allah lagi satu ni,macam dia dah masuk alam lain,dah kena sorok.dia bacalah ayat2 quran sambil jalan dengan niat dpt jumpa family semula,sampai tingkat bawah dia turun.lepas tu dia naik balik,masih jalan dengan tengah2 tu.setiap tingkat semua sama mak aku cakap,balik2 jumpa bende yang sama.pusing2 itu je.sampailah dia penat sangat,so dia berzikir la.dia cakap dia baca asmaul-husna, masa tu lah dia lepas dan terserempak dengan aku huhu.


susah nak diterima oleh akal tapi itulah,benda dah jadi.sejak peristiwa tu parents aku ban genting highland,abah aku bawak jalan2 tempat lain je.adik kecik aku pun takut nak gi sana,dia kata takut mak hilang lagi haha.tapi aku stop pegi sana dari umur 15 sampai masuk Universiti je lah.bila masuk U,kawan2 ajak pegi,aku pun rindu sangat so aku pegi je tanpa parents tahu haha.alhamdulillah tak jadi apa2 lagi.tapi lama2 parents tahu dah,diorang takde nak marah pun.cuma suruh tanggung risiko sendri je lah.sekarang aku dah keje,langsung dah tak pegi.lepas ni mungkin?haha.


so aku harap korang enjoy dan amik ikhtibar cerita aku, sebab aku rasa kalo kita takut sangat dgn benda tu nanti jadi khurafat pulak so redah je lah nak pegi genting tu! cuma beringat antara satu sama lain,jgn gembira sangat,banyakkan berzikir dgn niat hanya kerana Allah SWT.aku tak alim pun tapi aku nak pesan je lah supaya sentiasa ingat Allah, tak mampu buat yg sunat buat yg wajib dulu,sentiasa memaafkan org sekeliling dan diri sendri lepas tu bertaubat je sentiasa.


aku bersyukur ape2 pun makhluk yang sorok mak aku sekejap tu.... tak sorok aku sekali.aku rasa masa tu sebab "dia" fikir mak aku ni alim,baik dan mak paling best di dunia,baik dia uji mak aku.kalo dia sorok aku pun buang masa je,ape aku boleh buat sangat pun masa umur 15thn tu? nangis je kejenya.kang tak pasal satu hal pulak "dia" nak pujuk aku yg suka nangis ni,nak prepare kan aku dgn pelajaran lagi, PMR nak dekat masa tu haha.
selamat hari ibu untuk mak aku, lama dah aku tak teringat kenangan ni balik.
 
 
 
Sumber:   Misterihantuseram

Kereta Usang Menjelma Jadi Teksi

                                                            Photo Credit:  Google Images

  Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

  Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

  Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam.  Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.  Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

  Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

  Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

  Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

  Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.

  Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

  Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

  Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. 

  Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

  Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.

  Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

  Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi. 

  Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya,  Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

  Alanhkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

Kaki mencari jasad


Photo Credit:  Google Images

Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.


Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

"Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.


~Petikan dari Majalah Seri Dewi & Keluarga Mac 2000~

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

 

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Senin, 27 Mei 2013

13 Tempat Paling Berhantu DiMalaysia


Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.


Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:


1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR

HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.



2.BANGLO MONA FANDEY

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.


3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU


Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.



4.LEBUHRAYA KARAK


Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.


5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU


Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.


6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND


Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.




Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:



7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang - lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8.Institusi St Michael, Ipoh - Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak - Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur - Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku, Kuala Lumpur - Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok, Sabah - Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu -  Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
 
 
 
 
Sumber:   Akubudakkola

Minggu, 26 Mei 2013

DIGANGGU PENANGGAL DI PULAU UBIN


Pristiwa ini berlaku dalam 1967 semasa saya dan rakan rakan mengadakan perkhemahan di pulau ubin.  Saya masih ingat lagi tempat dimana kejadian menakut kan itu berlaku.  Setiba di pulau ubin kira kira 10 pagi, kami berlima terus mendirikan khemah disatu tapak yang terletak bersebelahan dengan pohon kayu besar, berhampiran sebuah pondok usang.
Setelah penat merenta sekeliling pulau itu, kami berehat rehat sambil memasak nasi dan lauk pauk untuk makan malam.  Kira kira 6 petang, angin mulai bertiup kencang, diiikuti pula dengan guruh di langit.  Tidak lama kemudian, hujan mulai turun dengan lebatnya.  Disebabkan khemah yang kami dirikan tidak begitu kukuh, habis kami berlima basah kuyup didalamnya.
Hujan mulai reda kira kira 9 malam.  Kami berlima pun keluar ubtuk mengeringkan badan dan menuju ke pondok usang tidak jauh dari khemah itu.  Setelah menunaikan solat isyak, kami berjalan pulang ke khemah untuk mengeringkan bahagian khemah itu dan mengukuhkannya semula.
Tidak lama kemudian, sedang kami berehat rehat sambil berbual didalam khemah, tiba tiba terdengar sayup sayup suara perempuan sedang berbual , diikiuti pulak dengan bunyi gemersik daun daun.  Kami ingin tahu lalu keluar.
Suara tadi semakin jelas dan datangnya dari atas pokok besar.  Salah seorang rakan menyuluh lampu picitnya kearah suara tadi.
Alangkah terkejutnya kami apabila suluhan lampu picit itu mengena tepat dua kepala berambut panjang tanpa badan, tetapi berusus-tergantung didahan pokok besar itu.  Hantu Penanggal!!!
apalagi, seperti kilat kami berlima berebut rebut masuk ke dalam khemah sambil berpeluk pelukan ketakutan.\Entah berapa banyak ayat suci kami baca beramai ramai sehinggalah malam bertukar pagi, tanpa melelapkan mata walau seketika pun.
Setelah cuaca terang, tanpa berlengah lengah kami pun berkemas dan pulang. 

Roh ibu melawat mayat anak

 
Photo Credit: Google Images



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti me
mbaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya me
mbawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa me
mbantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak se
mbahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya ke
mbali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan se
mbahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

-sekian-

Blog Archive