Sabtu, 03 November 2012

Dengan RM 1, Dapat Hamper The Body Shop RM 300. Percaya Tak?

As Salam semua

Tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia sapa tahu kan. Kalau dah rezeki memang tak kemana.  Tak dapat kat situ, kat tempat lain mungkin. Yang penting, ada. 

Last month, aku beli majalah Lisa. Sambil-sambil melepak tunggu train yang tak kunjung tiba tu, aku belek-belek lah majalah tu. Not bad gak. First time beli kan padahal dah 3-4 isu keluar. Selak punya selak, jumpa satu page kata Body Shop tengah buat promotion untuk 5 scent terbaru mereka dengan tema Scents of The World. Wow sounds good and hadiah pun macam awesome je kan. 

Teruslah, tet tet tet tet teet teet teet  Taip SMS. Tak payah pikir macam jawab soalan SPM, terus hantar. Done. Tak pikir apa dah. Ada rezeki ada lah kan. 

Selepas hampir sebulan lebih nampak gaya takde berita. So aku beranggapan takde rezeki lah. Dalam hati cakap, ala kalau contest SMS ni mesti nak yang paling banyak SMS. Baru boleh menang. Ini setakat SMS seketul sehinggit nak harap apa! Orang lain buat sampai topup 3-4 kali pun belum tentu menang.

Pasrah. 

Oh, rupanya bukan begitu plan Allah pada aku. 

Minggu lepas, tengah syok buat keje tiba-tiba dapat satu sms. 

TAHNIAH. ANDA PEMENANG PROMOTION LISA/BODY SHOP! 

WHATTTTTTTTTTTTT! 

Terbeliak woh mata aku. Pergh ini gempak. Sebab masa hantar SMS dulu, bohonglah kalau takde pasang niat nak menang kan. Aku hantar SMS tu sebab aku berkenan sangat bab-bab perfume ni. Meloncat gumbira aku. Sapa tak nak kan barang free. Terus cepat-cepat selak balik majalah Lisa and tengok balik apa yang aku menang. Dah lupa dah. Lebih sebulan kot. Tu diaaaa, aku menang set Body Shop worth RM 300. Lagi aku loncat tinggi. Tengok gambar terus berangan nak pilih mana satu agaknya.

Alhamdulillah syukur. Semalam aku dah redeem hadiah tu dekat office majalah Lisa di Damansara Heights. Syukur dua kali sebab scent yang aku harapkan, aku dapat. Pergh. Giur aku wei! Cuba teka bau mana? 

teruja. bangga. semua ada. 

Bau paling sweet, yang buat aku terbang ke awangan. Japanese Cherry Blossom. Feewit. Macam tau je hari tu aku buat Guest Book ala-ala Sakura Blossom ni kan.

Ni haaa... Lengkap semua ada. RM 300. Buat aku gila wei bau dia. Sedap! 

Kalau korang nak tau, scent baru TBS ni adalah gabungan bau signature Body Shop dan gabungan bau-bau seantero dunia. Contohnya ada Moroccan, ada Indian Jasmine, Atlantan, dan jugak ni yang aku dapat ni Japanese Cherry Blossom. Kehebatan baunya, adalah dia gabungan Vanilla Scent, dan Japanese Cherry Blossom. So dia jadi more sweet, more relax and more ladies!! Sumpah. Aku suka sangat baunya. Awesome dan stylish! 

Tamaknya aku. Kalau boleh nak semua! 
First time aku pakai baru je tadi, pergi event. Dari body lotion, lip balm sampai ke perfume nya aku guna. Konon nak feeling gadis sakura lah kan. Gitu. Memang sweet sampai ada orang tegur cakap bau sedap sangat. Alaahai malunya kita! Hehehehe. 



So, bila dah menang gini aku macam bersemangat pulak nak join contest off line ni. Macam seronoknya dapat. Mana tahu lepas ni rezeki tambah-tambah murah. Menang duit ke, tak pun Saya Menang Motorrrr! Macam dalam iklan Ali Cafe tu. Hahahaah. 

Alhamdulillah. Ni semua rezeki Allah. Aku terima. 




p/s: Wangi-wangi semua orang sayang kan?

0 komentar:

Posting Komentar