Rabu, 03 Oktober 2012

Cemburu

As Salam semua

Manusia tak pernah rasa puas. Ada je yang dia tak cukup, tak senang dan mengeluh itu ini. Dalam hati mesti wujud rasa kurang. Tak banyak, sikit mesti ada. 

Aku sendiri pun. Kadang-kadang muncul perasaan tu. Perasaan malu atas apa yang kau ada, sedangkan kalau ditengok dan ditelek betul-betul... apa yang kau ada dan apa yang kau punya sudah mencukupi malahan melebihi daripada apa yang kau perlukan. Tapi dah nama manusia kan, normallah begitu. 

Secara jujur aku bukanlah siapa-siapa atau punya apa-apa untuk dicemburui oleh sesiapa. Aku tak punya kecantikan paras rupa, tak juga bentuk fizikal, apatah lagi dari segi kekayaan mahupun kebijaksanaan. Aku zero. Apa yang aku ada, segalanya kurnia. 

Aku jenis manusia yang kalau aku nak sesuatu, susah senang aku cuba buat sendiri. Cuba dapatkan sendiri. Aku sebolehnya dan semahunya tak nak susahkan mak ayah. Sebab sebagai mak ayah, sekali anak-anak keluar dari mulut nak kan sesuatu, dorang akan cuba dapatkan. Seusahanya. Tak lain tak bukan niatnya nak anak hidup senang, merasa bahagia. 

Bohonglah kalau dulu aku tak macam tu. Dulu masa kecik, akulah anak yang macam tu. Tak dapat merajuk. Main petik je cakap. Keluar dari mulut mesti dapat. Tapi tu dululah...sekarang dah lain. Sekarang ni Alhamdulillah, aku cuba berdikari. Pernah je selama setahun aku hidup di kampus, aku tak pernah mintak duit dari mak dan ayah aku. Sampaikan mak dan ayah aku risau dan fikir aku buat benda tak elok. Nauzubillah.  Ye lah, macam mana nak survive di KL ni kalau tak punya fulus. Aku masih kenal halal dan haram, mak ayah. Aku buat part time sebagai emcee. Itulah punca rezeki aku. Jujur. Penat dan terkadang mengais-ngais aku. Tapi, itulah rezeki Allah maha luas. Ada je kelapangan di setiap kesempitan yang diberikan. 


Dan salah satu kelapangan yang Allah berikan pada aku melalui kawan-kawan. Mereka sangat membantu. Mereka ikhlas. Tak mintak dibalas. Walau tak semua yang macam tu, tapi aku tahu. Aku kenal setiap sorang. 

Dan kerana mereka jua lah aku dicemburui. Dicemburui sebab punya ramai kawan yang baik dan sudi menjadi tempat mengadu. Aku tak sangka, aku yang tak punya apa-apa melainkan sahabat di sekeliling ni dicemburui dengan sebegitu dasyatnya. Hati manusia. Penuh tipu daya. 


Bersabarlah hati dengan permainan manusia sebegini...




0 komentar:

Poskan Komentar