Selasa, 11 September 2012

Sekelip Mata

As Salam semua

Macam mana ye nak mulakan ayat ni. Alahai, bila hati dah terlalu gembira, otak aku macam tak berfungsi pulak nak mengarang ayat. Kehkehkeh. Dia macam brain freeze sekejap. Yang paling penting dari tadi aku tak lepas ucapkan syukur Alhamdulillah. 


Memang tak terduga dan tak tersangka lah. Aku bersyukur sangat. Dengan sekali cuba, berjaya. Sebelum aku cuba tu, memang dalam hati dah niatkan untuk mak dan ayah. Mungkin agaknya urusan aku dipermudahkan sebab niat gitu. Sebab kalau ikut logik akal macam mustahil untuk semudah itu. Itulah kuasa doa mak dan ayah kan... Alhamdulillah.

Menangis aku terharu. Sungguh besar kuasa Allah. Sungguh segalanya dipermudahkan. Amin.




p/s: Ya Rabb, hidup dan matiku mengharap redha-Mu Ya Rabb, demi mak dan ayah, apa jua aku sanggup lakukan. Kau permudahkanlah urusan hidupku, kau bimbinglah aku dan aku redha dengan ketetapan-Mu Allah! 





0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive