Sabtu, 29 September 2012

Gampang. #UM Mock Trial 2012

As Salam semua

FESKUM, Festival Konvokesyen UM bakal berlangsung minggu depan. Yeah, semua orang tengah excited. Lagi-lagi bakal graduan. Tapi bagi aku, excitednya FESKUM adalah disebabkan MOCK TRIAL. Yeap, MOCK TRIAL.

Eh, tak tahu MOCK TRIAL tu apa? To be simple, ia adalah sebuah pementasan perbicaraan dalam mahkamah yang memaparkan kronologi sesebuah kes. Tapi yang syok bukan dalam keadaan serius. Dalam keadaan yang super duper lawak!  Sepatah kata Matthew, Head of Publicity MT2012 adalah 

"Tujuan Mock Trial ni dipersembahkan adalah untuk memperkenalkan prosedur dan cara sebuah perbicaraan kes dijalankan di mahkamah, di samping menghiburkan hati para penonton. Kitorang menggunakan cara yang santai dan lawak untuk mendedahkan proses mahkamah dan kehakiman kepada khalayak ramai demi merakyatkan undang-undang."

Tiap-tiap tahun, kalau FESKUM memang event ni lah yang menjadi Hot Seats. Kes yang dipaparkan sangat-sangat menarik, mengujakan dan penuh dengan kejutan. Kiranya macam korang tengok Live show untuk sebuah kes penyiasatan. 




2012, dengan tajuk GAMPANG, UM Mock Trial memaparkan sebuah kisah berkisar....



Seorang doktor telah dituduh melakukan satu pembunuhan kejam terhadap seorang wanita yang sedang mengandung 5 bulan. Hasil bedah siasat, mangsa dipercayai mati kerana kehilangan terlalu banyak darah akibat daripada, tikaman di tekak dan ditambah pula dengan belahan di bahagian perut berkepanjangan 10 cm, dengan menggunakan objek tajamMayat mangsa pula ditemui disuatu kawasan lain, iaitu ditanam dalam tong dipenuhi dengan simen di Lot 7 kawasan pembinaan perumahan Budu Residence yang dimiliki oleh Puncak Moh Besa Berhad. Disamping itu terdapat beberapa calaran dan kelaran di bahagian muka dan bahu mangsa hasil daripada bedah siasat yang sama.Bayi didalam kandungan mangsa dipercayai telah dikeluarkan dan direntap dengan kuat dari rahim mangsa, dan dipercayai dipotong dadu serta dikisar dengan menggunakan pengisar berkuasa tinggi berjenama Toyoshita yang ditemui di dalam makmal 7 aras 6 Hospital Karamsya, Ulu Kerang, Kuala Lumpur.


Haaaa... apa korang rasa??? Seram tak seram tak? Tu baru sikit tu. Kang kalau bubuh banyak-banyak ada yang tak tidur malam. Nak tahu lebih lanjut, kena datang sendiri saksikan UM Mock Trial 2012.


Well, maybe ada yang tertanya-tanya, sedap sangat ke Mock Trial UM ni??? Sabar-sabar, ni meh aku tunjuk ni. Bukan calang-calang orang tau peminat kami. Selalu korang yang minat dia kan, la ni dia minat UM Mock Trial jugak tau!


Nak datang? Silakan....untuk apa pertanyaan mengenai tiket korang boleh call dua nombor di bawah ni. Atas permintaan ramai, mereka sediakan 48 Hot Seats ye... Nampak tak nampak tak, macam goreng pisang panas ye tiket mock habis terjual! 



Tak dapat datang? Tiket habis? Don't worry... Show us your support dan dapatkan t-shirt ini.... Style sangat! 

Aku pulak yang exited. UM Mock Trial memang tak pernah menghampakan aku. Yang pasti GAMPANG akan menggegarkan malam-malam anda!



p/s: Tahun ni Hamis Jalikha datang tau.....



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive