Minggu, 19 Agustus 2012

Raikan Kemenangan, Pohon Kemaafan!

As Salam semua



Satu Syawal. Hari buat kita semua umat Islam bergembira meraikan kemenangan. Kemenangan dalam melawan segala nafsu serakah. Kemenangan melawan bisikan-bisikan syaiton. Dan juga kemenangan dalam merasa kemanisan beribadah. Semoga segala amal ibadah kita Ramadhan ini menjadi tiket untuk kita ke syurga-Nya. 

Dalam gembira, jangan sekali kita lupa pada insan-insan yang telah tiada. Kita juga bakal menyusul seperti mereka. Kita semua sama. Yang membezakan kita hanyalah amalan di dunia. Begitu juga pada manusia-manusia yang susah dan tiada upaya. Ingat! Hidup ini umpama roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Kita sendiri tak tahu nasib kita? 

Dengan ini, saya memohon ampun dan maaf menyusun sepuluh jari meminta agar segala salah dan silap, terlebih bicara dan tingkah laku agar dimaafkan. Segala bentuk ayat mahupun perkataan yang pernah terbit di blog ini yang sekiranya dalam sedar dan mungkin tanpa sedar saya, yang mungkin mengguris perasaan mana-mana pihak agar memberikan kemaafan kepada saya. 

Sesungguhnya itu semua adalah khilaf dan kelemahan saya sebagai manusia. Segala kebaikan dan kelebihan itu datangnya dari Ya Rabb. Moga kita semua berada dalam lingkungan hidayah dan barakah-Nya jua. Salam Aidilfitri. Salam Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin! 




p/s: Sudi-sudikanlah berkunjung ke rumah saya ye!



0 komentar:

Poskan Komentar