Senin, 13 Agustus 2012

Cinta Internet

As Salam semua

Eh, subuh-subuh ni mata mana boleh lelap. Tup tup datang idea. Jari pulak macam rajin je nak menaip. Apa salahnya kalau diteruskan.

Selama aku jadi emcee orang kahwin ni, aku suka tanya kat pengantin tu macam mana dorang kenal. Eleh-eleh sweetnya moment kenal dorang. Aku tanya bukan nak busy body ke apa, tapi ye lah dari situ mana tau boleh dapat idea nak mengusik dorang masa dorang bersanding nanti kan. Well, kebanyakan pengantin sekarang ni, semuanya berkenalan melalui internet. Kiranya, dari zaman MiRC hingga Myspace lagi dah buktikan yang internet memang medium penghubung terbaik kan sampai jodoh pun boleh jumpa dalam situ. 



Bercakap pasal cinta internet ni, sejauh mana korang percaya cinta jenis macam ni? Kalau nak kata tak percaya, dah terbukti depan mata ada yang jadi. Kalau nak percaya seratus peratus, ada jugak kes kena tipu. Jadi macam mana? Maklumlah, semua benda ada baik buruknya kan. 

Untuk aku,  cinta internet macam gambling lah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Sepatah kata kawan aku, jodoh tu ada di mana-mana. Tak kiralah bila waktunya, yang penting kita kena bersedia. Sama jugak macam internet. Mungkin tanpa kau sedari, orang yang admire kat kau secara senyap-senyap jadi stalker facebook kau setiap hari. Tak pun, kau dengan dia chatting setiap hari... tukar-tukar pendapat tanpa disangka rupanya wujud perasaan cinta. 

Tapi, berapa jauh kebolehtahanan dan kebolehpercayaan cinta internet ni? Betul ke semua benda yang dia cakap kat internet tu benar belaka? Ye lah, kita tak nampak facial expression dia, intonasi suara dia, body language dia, eye contact dia. Mana tahu kalau dia tipu kita? Entah-entah dia perogol bersiri. Tak pun, suami orang yang dah ada anak bini. 

Walau apa pun cara cinta kita, kalau dah jodoh tu tak kemana. Amalkan lah sikap hati-hati. Sebab tak semua orang punya hati budi ikhlas dan jujur. Sedangkan rambut tak sama warna, inikan pula hati manusia. Lagi-lagi kalau melibatkan kewangan, maruah, keselamatan dan keluarga. Jangan mudah percaya. 

Cinta bukanlah tiket untuk kita bagi semuanya. Kalau dah bertahun-tahun menyulam cinta internet, apa kata jumpa empat mata. Baru tahu dia macam mana, jujurnya dia pada kita. Tapi kalau setiap kali ajak jumpa banyak je alasan.... hati-hatilah ye. Nampak macam ada benda yang tak kena. Sebelum terkena, baik jaga-jaga! 


p/s: oh oh cinta... tak ku mengerti...



0 komentar:

Posting Komentar