Jumat, 31 Agustus 2012

Baby Biadap

As Salam semua

Semua orang suka pada budak-budak. Budak-budak kan comel, manja, keletahnya selalu mencuit hati, bijak dan segala macam benda baik ada pada budak-budak. Yelah, budak belum ada dosa. Mereka suci. Hati mereka ikhlas. Tak macam kita ni, orang dewasa. Sebab tu budak-budak ada tarikan mereka sendiri.


Tapi kena diingat, peranan mak ayah dalam mendidik anak-anak kecil sangat penting. Budak-budak ni masih belum punya akal. Yang dia tahu, imitate from others. Apa yang orang lain buat, dia pun akan buat. Apa yang orang lain cakap, dia dengar and then dia pun akan cakap exactly the same. That's why as a parents, we must show a positive behaviour in front of them. Especially in talks! 

Aku came up dengan entry sebegini sebab aku sedih dengan anak jiran belakang rumah aku. Usia budak kecik tu baru 2 tahun setengah tapi ayat yang keluar dari mulut dia. Masya-Allah!!! Dasyat! Gaduh dengan kakak dia keluar perkataan babi, sial, bu*oh semua. Yang lagi aku terkejut, budak tu berani keluar ayat macam tu depan mak dia. Depan orang lain pun dia sebut laju je maki orang. And you know what, his mother doing NOTHING!!! Takde pun nak marah ke, cubit ke,  apatah lagi nak cili bagai. Pelik aku dengan sikap mak dia yang membiarkan anak bertutur perkataan kasar dan biadap macam tu. 

Masa aku kecik dulu, bukan kata nak sebut babi ke sial, nak sebut bodoh pun dah kena kejar dengan mak siap bawak cili api kat tangan. Kena genyeh sedas dua kat bibir. Pedas woh. Bengkak bibir tiga hari tiga malam kalau kena tu. Memang tak berani. 

Maybe budak kecik tu tak tahu pun maksud perkataan tu. Tapi as a parents, you must take an action. Orang lain yang mendengar, melihat akan rasa yang anak kecil tu biadap dan jelaslah yang anda sebagai mak dan ayah gagal mendidik anak. Cuba jauhkan anak-anak tu daripada kawan-kawan yang bersikap kasar percakapannya. Setiap kali anda dengar mereka sebut perkataan tu, marah dengan serta merta supaya dia beringat dan tahu yang perkataan tu salah dan tak boleh diucapkan. Anda juga kena jaga percakapan anda di hadapan anak-anak. Jangan main sedap laju je sebut perkataan bukan-bukan. Sah-sahlah budak tu akan sebut balik perkataan anda tadi tu! 

Ingat ye, anak-anak adalah cerminan ibu bapa juga! 




p/s: geram dengan baby yang merangkak sambil pakai pampers, omey!! 










0 komentar:

Posting Komentar