Senin, 25 Juni 2012

Memaafkan Kawan Yang Busuk Hatinya

As Salam semua

Manusia mana yang tak pernah lekang melakukan kesilapan. Baik kecil, tua dan muda. Ada kala, kesalahan tu sangat besar di mata kita sehingga merasa terasing dan seolah-olah satu dunia menghukum kita. Berlawanan bagi kesalahan, adalah sifat pemaaf. Maaf bukan sekadar maksudnya melupakan perbuatan tu, malahan maaf juga perlukan keikhlasan. Jangan maaf hanya di bibir, tapi ada dendam kesumat.  Perkara memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain ini sangat besar manfaatnya, begitu juga besar pahalanya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ikhlas memaafkan kesalahan orang lain? Lagi-lagi yang melibatkan kejujuran, kesetiaan, amanah dan kepercayaan. 


Sifat pemaaf ni juga merupakan penghalang kepada sifat dendam. Manusia bila marah, sudah pastilah mahkluk yang teramat suka melompat gembira ketika itu adalah syaitan. Tak pernah putus cucuk jarum suruh kaum adam ni bertelagah dan bermasam muka antara satu sama lain sehingga terputus sillaturahim yang terbina. Namun, kalau dilihat secara rasionalnya, insan yang bermasam muka ni sangatlah tak matang. Orang yang matang, berpendidikan, waras akal fikiran tak de nya nak layan perasaan marah tu sampai berbulan-bulan, bertahun-tahun, sampai ke anak cucu. Duduk baik-baik. Cakap elok-elok. Bawak berbincang dan huraikan satu persatu. Yang salah ditegur, yang tak betul dibetulkan dan yang dah elok diperkemaskan. Barulah hubungan sesama manusia menjadi harmoni. 

Aku pernah dengar quotes yang kata, "Trust is like a paper, once it crumpled it can't be perfect". Tang tu aku tak nafikan. Bila seseorang telah meletakkan kepercayaan kepada kau, jangan sekali-kali kau musnahkan kepercayaan tu. Never and never! Kepercayaan adalah satu sifat yang memerlukan terlalu lama masa untuk dibina, tapi nak musnahkannya....phewwww...sekejap je! 


Aku sendiri pernah rasa, bila mana kawan baik hilang percaya pada aku. Menuduh aku dengan segala keburukan. Melupakan segala kebaikan yang pernah aku lakukan. Hanya kerana cakap-cakap insan yang berhati busuk melihat kebahagiaan kami bersahabat. Sungguh, ketika itu aku menangis semahunya. Aku sedih dan rasa teraniya sebab dia meninggalkan aku, yang dulunya dijanjikan sebagai sahabat baik dunia akhirat hanya kerana termakan cakap-cakap manusia bijak yang bodoh itu. Dan ketika itu, aku berdoa supaya Allah tunjukkan siapa yang sebenarnya kawan dan siapa lawan

Aku percaya pada janji Allah, janji yang tepat dan pasti. Walaupun sebagai kawan yang diputuskan, aku tetap berdoa supaya kawan baik aku tu mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam dan berjaya ke menara gading. Aku tetap sayang dia.  Akhirnya, manusia yang memutuskan sillaturahim antara aku dan kawan aku tu mendapat pengajaran. Iya, kami diantara yang berjaya dalam peperiksaan tapi dia tak kemana. Cita-citanya tak kesampaian. 

Dan ketika itu, aku bersyukur. Bukanlah kata aku gembira sebab cita-citanya tak kesampaian, aku simpati juga, tapi dia perlu sedar bahawa khilaf memutuskan sillaturahim itu besar dosanya. Berat balasannya. Dia perlu muhasabah diri dan jangan buat lagi.  Sungguh, itulah waktu yang paling sukar untuk aku lalui. Waktu yang aku terpaksa lupakan mereka semua sebagai insan yang pernah mekar dalam hati aku sebagai sahabat sejati. Alhamdulillah, kini aku bahagia dengan manusia yang ikhlas menjadikan aku kawan. Bukan untuk mengambil kesempatan apatah lagi untuk mentelagahkan sesama kawan. Syukur!  Dan sebagai kawan, aku juga mendidik hati aku untuk terus ikhlas memaafkan mereka, walaupun sehingga hari ni tak pernah satu pun ucapan kemaafan dihulurkan. Aku ikhlas...


p/s: Sama-sama kita maafkan sesama kita sebelum kita tidur.


0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive