Minggu, 01 April 2012

Selalu Dalam Blog. Sekarang Depan Mata!

As Salam semua

Bukan sekali dua, malahan dah banyak kali dah perempuan ini muncul dalam entry-entry aku. Malahan dia juga menjuarai carta aku untuk 7 Blogger Wanita Cantik Dambaan Hati. Dan memang selayaknya dia juara carta. Cik Puan Bunga. Awesome as her name. Dia memang cantik. Bukan sekadar cantik, mulut pot-pet-pot-pet macam dah lama kenal. Padahal itulah kali pertama jumpa. Sah! memang menjadilah ubat guna-guna dia dekat aku. 

meet the gorgeous, Cik Puan Bunga
Memang mencabar jugak nak jumpa CPB ni. Masa first time planning, tak jadi. Sedih. Tapi tak kan nak mengalah kan. Insya-Allah kalau jodoh kuat memang tak kemana. Alhamdulillah, pada hari yang bertaqdir ini dipertemukan juga dua hati yang saling sayang-menyayangi. Ecececeh! Bukan tu je, CPB bawak sekali buah hati pengarang jantung aku Adam Irfan Xaharis yang memanglah super adorablenya. Keletah dia buat CPB tak senang makan. Padan muka.... 

tang mata dengan bibir tu. sapa tak tergoda woi!
Since first time aku kenal CPB ni di blog, memang hati aku dah terdetik yang dia ni jenis kepochi macam aku. Kiranya kau letak pelusuk mana pun dia boleh hidup. And it's true beb! Ngam je kepala aku dengan kepala dia. Ada je benda nak cerita. Sekejap serius, sekejap ketawa. Maklumlah semua benda dikongsi bersama kan! Sumpah, aku rindu saat-saat kita bersama kak! 





Terima kasih banyak-banyak untuk lunch treat tadi. Pizza Hut rasa enak sepuluh kali ganda bila ada orang belanja. Kehkehkeh. Terima kasih jugak buat peluk cium akak yang memang ikhlas dan syahdu tadi tu. Oh, sungguh blog menyatukan dua hati. Sungguh aku sayang CPB dengan Adam sangat-sangat. 

Yer, mengikut saiz! 
Sesi men'jinak'an Adam
and finally Seha yang untung. Sebab Adam pose comel!!!
So CPB, next is my treat! Pekena kopi stesyen dan roti bakar. Barulah boleh sembang kencang kak! Jangan lupa kakak, raya kita buat bara-an sebab mak kita kata dia nak tengok Adam pakai baju besday dia. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak. To be honest,  aku rindu dah kat CPB ni. Lagi-lagi si kecik handsome k-pop tu! 



p/s: Next, blogger mana yang sudi dating dengan aku?



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive