Kamis, 22 Maret 2012

Sate KL vs Sate Kluang

As Salam semua

Aku percaya kalau dah nama orang Malaysia, mesti suka makan sate. *Ya Allah tak habis-habis cerita pasal makan aku  ni kan...sorry*  Sapa yang tak tahu sate pun bukan truly Malaysian lah jawabnya. Kalau korang penggemar sate kan, harga sate di pasaran selalunya memang mahal-mahal. Kalau kat KL ni, secucuk cecah harga RM 0.80-RM1.00. Itu bukan sate kajang lah. Sate biasa kat pasar malam. Kalau sate Kajang lagilah korang kena pikir 28 kali kalau nak makan. Maklumlah student kan. 

ini sate Kluang. RM 0.25 secucuk

Tapi, semua masalah harga sate tu boleh diselesaikan bila aku balik Kluang. Segala mengidam terhadap sate boleh dilepaskan di sini. Serius beb. Kat Kluang, harga sate masih ada lagi yang RM 0.25. Paling mahal pun RM 0.50. Iyerr.... Plus, saiz satenya boleh tahan besar dan sangat-sangat lah super duper sedap! Kira kalau kau beli RM 30 tu memang dah muai sangat nak makan satu family. 

Entahlah tak tahu kenapa dekat KL harga mack up sampai macam tu. Nak kata sedap sangat pun, tidak jugak. Nak kata barang mentah mahal di KL, I don't think so. Sebab harga ayam, daging semua kan terkawal. Pada aku kan, peniaga kena lah letak harga berpatutan. Jangan terlalu menekan pengguna. Kesian pengguna. Mereka pun ada banyak lagi keperluan lain. Jangan jadikan alasan "Ini banda besar!". Sebab dalam Islam sendiri menganjurkan peniaga mengambil keuntungan yang berpatutan.



p/s: Kalau aku teringin nak makan sate kat KL, aku tahan dulu....balik Kluang baru balun.



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive