Senin, 05 Maret 2012

Malaysia's Next Top Blogger

As Salam semua

Sebelum ni, aku hanya silent reader je kat Blog Mak Dara ni. Tapi hari ni rasa nak join pulak segmen yang dibuat Mak Dara ni. Maybe it's simple, tapi bagi blogger ia sangat bermakna. A token of appreciation from your reader. Lets start. 

KLIK SINI untuk turut serta dalam segmen
Namakan 3 orang Blogger dan link blog mereka yang anda rasa bakal menjadi Blogger Yang Hebat.. Famous dan Berjaya pada masa yang terdekat ini.. Yang anda rasa bakal menjadi Malaysia's Next Top Blogger!  dan berikan alasan kenapa anda memilih mereka.


Kalau nak diikutkan hati, memang ramai idola-idola aku dalam dunia blog. Sebab masing-masing ada kekuatan sendiri. Tapi, MD suruh pilih 3 je kan. So nak tak nak terpaksa memilih terbaik dari yang terbaik. Jadi, ini adalah antara blogger kegemaran aku dan aku yang memenuhi kriteria yang MD tetapkan. 

1. NAMEE ROSLAN
Isu perdebatan mengenai jantina sebenar blogger ni satu masa dulu memang betul-betul menaikkan namanya. Ada yang kata dia adalah seorang lelaki dibalik nama perempuan. Walhal hakikatnya, dia memang cantik! No offence. Tapi dia bukanlah naik sebab isu tu semata-mata. Penulisan entry nya cukup bagus. Simple, berhemah dan yang paling penting mesejnya jelas. Namee selalu mengetengahkan isu gender dalam entrynya. Biasalah isu gender ni kan seronok dibaca. It's more about psychological of human being. Tak cukup dengan tu, Namee jugak kreatif. Selalu selitkan karikatur yang sempoi untuk menyampaikan mesejnya. Tak percaya.. Kau pergilah terjah blog dia di  http://nameeroslan.blogspot.com/


2. LYSSA FAIZUREEN
Blogger muda yang sangat berjaya. To be honest, aku bukanlah orang yang menilai blogger hebat berdasarkan bilangan follower. Tapi aku berpegang pada, kalau dah ramai suka... mesti ada daya penariknya. Yes. Betul!! Lyssa memang ada daya tarikan tersendiri. Di blognya, dia banyak berkongsi ilmu tutorial mencantikkan blog. Itu kekuatan utama Lyssa. Kedua kekuatannya ialah, dia adalah blogger yang tak sombong sama sekali. Ini memang ramai yang mengakuinya. Dia memang rajin komen, datang blog dan follow blog-blog picisan macam aku punya ni. Tak pilih bulu pun... Itulah Lyssa Faizureen. Blogger muda yang hebat. Cuba bertegur sapa dengan dia di http://www.lyssasecret.com/


3. THE OTHER KHAIRUL
Sebagaimana yang pernah aku bagitahu, tujuan utama aku berbloging adalah untuk pencarian dan penambahan ilmu. Dan sebab itu aku sangat-sangat bagi high-rated untuk blog ini. Kau taulah kan, dunia lelaki ni misteri. Apa yang lelaki fikir selalunya berbeza dari perempuan. Sebab tu lah aku suka blog Mr.K ni. Dia menulis dan berkongsi ilmu dengan penuh gaya dan mutu. Dia bercakap dari perspektif lelaki. Kiranya, dia membuka ruang untuk gegirls mengenali dunia lelaki. Straight to the point dan paling penting it is still on the track. The Islamic view and i really adored Mr. K's blog so much! Nak tau lagi dunia lelaki? Jenguk Mr.K di sini http://theotherkhairul.blogspot.com/



Jadi, apa pulak pilihan anda? Tak kan takde yang menjadi idola kot...


p/s: All the best buat semua kawan-kawan blogger. Jangan lupa LIKE gambar INI


0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive