Kamis, 01 Maret 2012

Jangan Suka-Suka Letak Nama Anak!

As Salam semua


Tahniah buat Mawi dan Ekin atas kelahiran baby comel. Nama pun sedap. Cahaya Malaika. Bunyi arab dengarnya kan. Sorang lagi artis, Bienda pun selamat dapat baby girl kan. Namanya Lavienda Namieraz. Bunyi apa rasanya? Entah. Aku pun tak tahu. Macam Sepanyol ada. Macam Itali pun ada. Yang penting mak bapak Melayu Islam. 

Berkaitan hal nama, aku rasa parents hari ni macam berlawan-lawan pulak nak letak nama baby. Dah jarang kita dengar baby  nama Aisyah, Radhiah, Mashitah mahupun Aminah. Semua nak bubuh yang bombastic-the-bomb gitu. Anak AC Mizal nama Damien Reeves, anak Khatijah Tan Pierre Andre, anak Irfan Khairi Cinta Strawberry Abadi, tak lupa ada jugak kaum kerabat aku sendiri letak nama anak dia Adam Eiffel! Bila aku tanya kenapa, sebab budak tu lahir kat Paris nun.  

Aku tak tahulah, apa yang parents mereka fikirkan. Mungkin nak mengabadikan nama artis kegemaran, nama tempat yang banyak memori atau benda yang mereka suka. Tapi perluke nama anak jadi taruhan? Kalau orang Barat tu lantak dorang lah. Nak letak nama anak Brooklyn ke, Paris ke apebenda. Tapi ini anak seorang Islam. 

Islam menganjurkan ibu dan bapa meletakkan nama anak dengan makna yang baik juga dengan cerminan seorang Islam. Nama tu kan satu doa. Setiap kali ibu dan bapa atau sapa je panggil nama anak tu, dia seolah-olah berdoa akan kesejahteraan anak tu dan mengharapkan anak tu membesar jadi sebagaimana namanya. Betul, nama itu juga ilham yang diberikan Allah. Tapi, ilham juga boleh dipengaruhi dengan faktor sekeliling. Maksud aku, suasana pesat membangun kita hari ni yang persis Barat. Malahan, nama juga membawa kepada rezeki kita. Sampai mati, nama akan kekal pada kita. Ayah aku sendiri pesan pada aku, kalau nak letak nama anak, biar senang Allah sebut nanti di Padang Masyhar. Bukan main taram je. Asal sedap di dengar terus bubuh. Fikirkan maknanya terlebih dahulu. 

Sama jugak bila nama kita berunsur Islamik contohnya Muhammad, Aishah, Fatihah dan lain-lain. Kita perlu jaga peribadi dan perlakuan kita supaya selari dengan nama kita. Sebab tu lah orang tua dulu suruh kita Jaga Nama Baik. Sebab nama kita dah elok, baik perlu diletakkan di tempatnya.  Jangan nama elok, perangai buruk. Memalukan je! Jadi, nama kita adalah tanggungjawab kita. 

Nasihat aku buat semua *sebab Insya-Allah one fine day semua akan merasa ada zuriat kan* pilihlah nama anak yang elok-elok. Yang membawa makna yang baik dan paling penting bercerminan Islam. Supaya anak tu tak lari dari track Islam. Supaya dia ingat asal usulnya. Aku bagi contoh bayangkan nama anak  Aaron Isaac, kau rasa kalau dia buat tak senonoh besar nanti ada sapa syak tak yang dia Islam. Dahlah muka ala mat saleh, nama pun mat saleh. Jadi, tak heranlah kalau gaya hidup mat saleh kan? Maknanya, dia boleh hidup dengan cara barat? So think twice and for the future of your beloved son and daughter ;) 


p/s: as usual a very nice reminder for my own self too...



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive