Kamis, 26 Januari 2012

Pengantin Perempuan Disolek Macam Pondan?

As Salam semua

Aku memang kalau tengok pengantin, aku akan tengok tang solekannya. Entah macam mana semalam aku perasan, ada mak/pak andam yang pada aku menyolekkan pengantin jadi lebih buruk! Alahai kesian sangat aku tengok pengantin tu. Pada aku lah kan, less is more. Tak perlu lah solekan over-over gila nak mati. Dah macam bapuk dah aku tengok pengantin tu. Solekan memang kemas, tapi entah tak tahu apa yang tak kena, muka pengantin nampak sangat-sangat fake. Aku lebih suka kalau pengantin disolek bukan untuk menutup celanya tapi untuk menaikkan lagi seri wajahnya. Maksud aku, untuk menampakkan keanggunan dan keayuan seorang raja sehari. Ini tidak, make up dah macam pakai tepung gomak kat muka. Mata dah macam bulu burung merak. Kesian pengantin...


Seeloknya, aku rasa para pengantin kat luar sana pun perlu lah buat pre-caution dulu. Melabur sikit duit. Cuba mintak mak andam test make-upkan korang. Bukannya apa, supaya senang mak andam match-kan kesesuaian warna baju, solekan dengan rona kulit korang. Jangan time kahwin, time tu lah first time mak andam menyolek korang. Maklumlah, muka orang kan beza-beza. Tak boleh bantai semua sama. Salah gaya, disaster jadinya. 

Dah alang-alang aku becerita pasal make up ni, apa kata bakal-bakal pengantin semua usha sorang make-up artist ni. Hasil kerjanya sangat menarik. Simple, kemas dan ayu. Yuyu Zulaikha, blogger kecik femes tu pun dia dah make-up kan. Memang ohsem artwork kakak ni. Dan kebetulan, kakak ni jugak sedang mencari talent untuk dijadikan model kelas solekannya. Apa tunggu lagi, inilah masanya korang explore kecantikan semulajadi korang dan tonjolkan bakat terpendam korang! Ayuh KLIK SINI!

P/s: Ingat nak join jugak, tapi segan ah! 



0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive