Minggu, 29 Januari 2012

Mencintai Dalam Diam Itu Sakit

As Salam semua


Eh, apasal dengan aku ni? Mood gatal menjelma ke? Dari tadi post pasal jodoh, kahwin, cinta. Aku usha barang kahwin, aku usha mak andam, pelamin, photographer semua bagai. Sampai ada kawan aku tanya, "Kau dah nak kahwin ke?". Aku senyum je lah yang mampu. Biar tuhan yang tahu. Korang doakanlah yang terbaik. Insya-Allah. Enough okeh. Back to our topic.

Mencintai dalam diam itu sakit. Kau akan sakit kalau si dia melebihkan orang lain. Kau akan sakit bila dia seolah-olah bagi green light pada kau, tapi kau tak sure pun. Kau akan sakit bila dia tak ada usaha pun meluahkan perasaan dia pada kau. Kau akan sakit sentiasalah senang cerita. Kenapa tak kau je luahkan? Apa salahnya? 

Awak...perempuan itu kaya dengan sifat malu dan segannya. Bukan mudah untuk meluahkan perasaan. Persepsi "Perigi Cari Timba" itu menghantui diri kebanyakan perempuan. Padahal semua orang tahu, "Sapa Cepat Dia Yang Dapat!". Apa kata kita delete Perigi Cari Timba tu? Cuba awak baca SINI. Personally, aku memang tak ada kekuatan langsung untuk meluahkan perasaan pada mana-mana lelaki. Aku rasa segan-gila-tutup-muka bila bercerita perkara yang berkaitan perasaan ni dengan orang lain. Tak kira lelaki atau perempuan. Sumpah, memang langsung takde kekuatan lah. Sebab dalam kepala otak aku ni, keep saying that "You'll be rejected by him!". Aku selalu je rasa diri ni tak sempurna untuk bercinta dengan lelaki yang aku admire tu. Dan kalau aku bercerita pada kawan perempuan pulak, aku takut cerita aku tu meng-annoying dia. Aku takut dia kata "Eleh perempuan ni, macam cantik sangat!" Oh no!!! Itu yang aku takut. 

Tapi, bila fikir lama-lama...

Aku percaya yang cinta akan datang bila tiba masanya. Cinta jugak akan datang bila dijemput sebenarnya. Bila dalam diri kau, kau niatkan untuk mencari cinta sejati. Maka yang datang adalah cinta sejati. Begitu jugak sebaliknya. Tahu tak pasal The Quranic Law of Attraction? Cinta tu luas definisinya. Cinta yang diredhai-Nya adalah cinta yang setulusnya. Moga Allah memberi peneman hidup terbaik buat kita semua. 


p/s: Aku takut sendiri



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive