Senin, 30 Januari 2012

Lagenda Cinta Seorang Perempuan & Rokok

As Salam semua

Kah-kah-kah-kah. Gelak besor aku bila baca part ini di entry salah sorang blogger lelaki. Kau cuba baca ek?

"Sebelum akad nikah, pastinya berhenti rokok 2 minggu dan mencari stamina sebaiknya untuk memberi first impression yang memberangsangkan pada bini aku nanti."- HB

Frankly said, it looks like "Well done, Tahniah sebab anda cuba berhenti merokok." But it is just on surface! 


Aku percaya dalam dunia hari ni,  9 daripada 10 wanita tidak menggemari lelaki merokok untuk dijadikan suami. Malahan, setahu aku lah kan, soalan-soalan lazim seorang perempuan masa awal-awal perkenalan mesti gini 

"Eh, awak merokok tak?"
"Kalau saya merokok, awak tak suka ke?"
"Bukanlah macam tu, tapi kalau boleh berhentikanlah ye!"
"Saya memang tengah cuba ni. Berhenti slow-slow, mana boleh mendadak"

Memang tulah janjinya kan? Dah tau dah. Standard lah kan. Tapi masa demi masa, tak jugak berhenti-berhenti. Sampai dah nak kahwin pun belum berhenti. Tu kau tengok HB cakap apa, lagi 2 minggu kahwin baru nak stop. Itu pun katanya untuk mencari stamina malam pertama *ceh*. Bukan untuk kesihatan sendiri dan anak bini kelak. Oh, lelaki! 

Mesti ada yang cakap,
"Eh perempuan, kalau tak suka lelaki merokok, apasal kahwin dengan dia?" 
Sebab perempuan percaya lelaki akan menunaikan janjinya jika dia sayang seseorang perempuan tu. Perempuan sentiasa memberi lelaki peluang untuk memperbaiki kelemahan. Perempuan sanggup menggadaikan nyawa untuk orang yang dia sayang. Tapi lelaki tak pernah fikir itu semua...

Aku dah banyak kali jugak perasan, lelaki yang tak ada sifat kepekaan ni. Merokok selamba badak dia je. Paling kesian, bila depan anak-anak dia yang kecik-kecik perghhh cool je kononnya dia menghembus asap rokok. Lagi parah bila merokok dalam kereta dengan anak-bini ada sama. Sumpah buruk perangai! 

Kalau nak kata tak tahu pasal keburukan asap rokok, dah melambak dah pamplet, iklan atau artikel yang menghebahkannya. Tapi kenapa tak diendah? Susah ke kalau awak nak merokok jangan depan family? Awak tak tahu ke, peparu anak awak yang 10 bulan dan 2 tahun itu masih merah. Masih elok untuk oksigen lalu. Masih kecil ruangannya. Dan tiba-tiba awak bagi mereka mendakan karsinogen dan nikotin disitu. Awak bayangkan ye, since umur anak awak 1 bulan sehingga anak awak 20 tahun dia menghidu asap rokok awak. *umur biasa seorang anak duduk jauh dari keluarga* jadi kira-kira dia dah jadi perokok pasif selama hampir 21 tahun tau tak? Dan fakta mengatakan perokok pasif adalah 75% berisiko menghidapi penyakit berbahaya akibat asap rokok awak tu! 

Saya cuma nak nasihatkan pada awak, si lelaki... fikirlah apa peri pentingnya rokok dalam hidup awak. Kalau awak kata rokok sebagai pelepas tension, ada banyak cara lagi yang boleh awak gunakan. Kalau awak kata rokok itu cool, cool di mata sapa? Perempuan tak suka lelaki merokok? Cool di mata kawan-kawan? Oh, kawan jenis apa tu nak suruh awak mati cepat? Fikir jauh-jauh. Fikir anak-anak awak. Fikir isteri awak dan paling penting fikir diri awak. Lagi-lagi tang paru-paru tu, organ terpenting dalam pembekalan oksigen untuk keseluruhan saraf dan badan awak. Kalau awak nak mati sangat pun, mati lah sorang-sorang. Jangan bagi orang lain mati sama akibat asap rokok awak tu ye! *sarcasm*


p/s: Untuk bacaan lanjut mengenai artikel HB, baca LAGENDA PERUT SETAN 





0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive