Rabu, 11 Januari 2012

Kenapa Susah Sangat Siti Nurhaliza Nak Bertudung Sempurna?

As Salam semua

Aku adalah salah sorang peminat Siti Nurhaliza. Dia memang cantik. Dia memang beruntung. Dari gadis kampung biasa, jadi seorang yang terkenal. Kaya raya dan popular. Dan yang paling penting, aku suka dia sebab dia sopan dan sangat humble. Personally aku jumpa dia, dia tak pernah mintak dilayan as VVIP. Salute! 

Cuma sayangnya....



Kalaulah selepas dia pulang dari mengerjakan haji dulu tu, dia bertudung litup kan bagus. Aduhai... pasti bertambah-tambah manisnya. 

Dulu aku pernah terfikir, agaknyalah kan kalau Siti pakai tudung dengan sempurna, mungkin susah untuk dia memperagakan baju dia, anting-anting dia, rantai dia. Ye lah sebab kena tutup paras dada kan. Silap-silap orang tak nak sponsor agaknya.

Tapi... 

Entahlah. Bila fikir balik, Siti tak perlukan segala aksesori tu semua untuk kelihatan manis dan anggun. Dia punya kecantikan yang semulajadi. Semoga Siti cepat-cepatlah bukakan hatinya untuk bertudung dengan sempurna. Bukan kerana dia pegang title Hajah, tapi kerana dia adalah ikon Malaysia. Aku pasti, kalau dia bertudung dengan sempurna for sure she will become a trendsetter. Just like Yuna! Pasal tudung Yuna, tak mau komen pape! Sebab nanti panjang lebar pulak entry aku ni. Kang ada pulak kata, aku ni kuat mengutuk orang...kehkehkeh

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive