Selasa, 10 Januari 2012

Jom Semak Saman Kenderaan Kita!

As Salam semua

Pagi ni bila aku online, aku tengok ada status salah sorang kawan aku kata dia kena 8 saman dari PDRM. Kebanyakannya akibat memandu melebihi had laju dan langgar lampu merah. Kau bayangkanlah kalau purata saman RM 300 X 8 = RM 2400. Gile. Mana nak cekau duit banyak tu! Bila gitu, aku pun cuak lah apa lagi. Sebab sejak ayah aku sakit ni, aku yang drive kereta. Boleh tahan jugaklah aku drive. Lagi-lagi kalau Jalan Air-Hitam-Kluang tu, memang sedapnya aku tekan pedal minyak.  Rasanya macam banyak je speed trap. Takut ada yang sangkut pulak. Mampus kalau ada saman! So, aku pun beranikan diri lah check saman kereta aku. Korang boleh check online / sms.


Alhamdulillah, bebas saman! Heheh. Kira terbuktilah aku pemandu berhemah kan? Korang pulak macam mana? Dah check saman korang? Semak cepat-cepat. Boleh kumpul duit untuk bayar saman. Dah kita buat salah kan, mestilah kena denda. Tapi jangan biasakanlah...tak elok sebenarnya drive kereta laju-laju ni. Ingat orang yang tersayang ye! 


Untuk semak saman anda secara online

------KLIK SINI-------
- Anda perlu register & log in
- Pilih PDRM Enquiry & Payment
- Masukkan Nombor I/C
- Tunggu result 

Untuk semak saman anda secara SMS

1. Semakan saman melalui nombor pendaftaran kenderaan
Hantar: POLIS SAMAN [nombor pendaftaran kenderaan]
SEND
01.jpg
REPLY
02-abc.jpg
*2. Untuk mendapatkan semua senarai saman terperinci melalui sms  
Hantar: POLIS SAMAN [nombor pendaftaran kenderaan] SEMUA
SEND
03.jpg
1ST REPLY
04.jpg
2ND REPLY
05.jpg
* Jumlah jawapan yang akan diterima adalah berdasarkan jumlah saman tertunggak yang telah dikenakan ke atas anda.
3. Semakan melalui nombor kad pengenalan 
Hantar: POLIS SAMAN [nombor kad pengenalan]
SEND
 06.jpg
REPLY
07-IC.jpg
4. Untuk mendapatkan senarai dan butir-butir terperinci saman yang dihantarkan terus ke email anda.
Hantar: POLIS SAMAN 630308071234 [alamat email anda]
SEND
08.jpg 
REPLY
09.jpg
Kos untuk setiap sms yang dihantar : 15 sen.  Kos untuk setiap sms yang diterima : 50 sen. 
Kos untuk anda pergi membuat semakan di balai pula bergantung kepada keadaan dan juga situasi anda.

Tertakluk kepada syarat dan peraturan

"DAPAT adalah cara mudah untuk mengingati nombor 32728"




p/s: Pandu cermat, jiwa selamat! 


0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive