Kamis, 05 Januari 2012

Bila BFF Kamu Telah Dimiliki...

As Salam semua

Seseorang kawan bertanya dengan aku masa tengah makan-makan tadi. 

"BFF kau ramai lelaki kan?"
Aku angguk pelan. 
"Kenapa?"
"Apa perasaan kau kalau satu hari nanti BFF kau yang lelaki tu kahwin atau pun bercinta dan dia lebihkan kekasih dia daripada kau sendiri?"
Aku tersentak jugak. Diam kejap. Bulat mata aku tembus retina mata dia. Kunyah sekejap dan kemudian mula otak aku menerawang cari jawapan di celah lampu kuning kedai makan tu. 




Iye  tak iye jugak ek. Macam mana agaknya perasaan aku, sebagai BFF kalau dia dimiliki orang lain. Mesti masanya terhad dengan aku. Mesti dia tak macam dulu. Mesti dia akan lebihkan segalanya buat kekasih hati dia. Dan aku? Diabaikan sahaja. Sepi sorang diri. Aduh, kala tu apa yang perlu aku buat? Mesti sakit hati tengok perlakuan mereka. Mesti itu...mesti ini... oh, sedihnya! 

Wait, think positive as you can buddy! Gitu tau. Pandailah kau cakap. Betul. Cuba ini dulu...

Satu. Betulkan niat kau.
Kau bukannya kekasih dia, kau adalah kawan baik dia. Sepatutnya kau happy dengan hubungan dia. Bukan condemn dia dan merajuk tak tentu pasal. Mesti nanti dia akan fed-up dengan kau. Lantas dia terus tak nak kawan dengan kau. Lagi rugi...Jadi, niat kau mesti dibetulkan. Kau ikhlas berkawan dengan dia. Kau patut menyokong hubungan dia kalau kau tengok pasangan dia tu yang terbaik buat dia. 

Dua. Kenali kekasih hati dia
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Cubalah kau mintak BFF kau perkenalkan diri kau dengan kekasih hati dia. Tapi ingat, bukan untuk compare-kan sapa hebat sapa tak. But get along with her/him. Memang pada mulanya kau akan rasa janggal, atau mungkin kau akan rasa diri kau menyibuk tapi rasanya tak salah kan. Cumanya, kau kena kentalkan hati kau sikit. Jangan cemburu sangat ye! Makan hati....

Tiga. Perlukan BFF kau yang dulu
Orang Malaysia sangat menjaga hati. Walaupun kat dalam sentap nak mati, tapi kita tetap akan tunjuk muka manis dihadapan orang lain. Itulah budi bahasa namanya. Pendapat aku kan, kalau lah diri korang masih tak boleh terima kekasih hati BFF tu, apa kata kau berterus terang dengan BFF kau tu *but in a proper manner ye* Jangan nampak kan sifat cemburu kau tu dan cakap yang kau juga perlukan "Kawan Baik" kau yang dulu. 

Empat. Ingatkan memori lama anda
Tipulah kalau korang BFF takde kenangan manis. Korang cuba lakukan aktiviti yang korang sama-sama minati. Yes, aku faham mesti korang buntu kan macam mana nak 'rampas' BFF korang daripada kekasih hatinya, caranya ialah ---aku sendiri tak tahu---kau kena cuba jugak. Tapi jangan sampai bergaduh. Buruk rupanya. 

Lima. Cari BFF baru
Oh, ini cara paling tak boleh blah. *entah celah mana aku dapat idea ni* Tapi kalau orang dah tak endah kita, buat apa kita terhegeh-hegeh kan. Cari kawan baik yang lain. Ramai lagi. Beri peluang pada mereka pulak. Memang pahit, tapi tak lah sepahit korang cemburu melihat BFF dikebas orang! 

Pada asasnya, bergantung pada BFF korang jugak. Ingatkan dia supaya jangan abaikan kawan-kawan yang lama. Sebab kawan adalah satu tempat yang takde di muka bumi ini. Tempat untuk kita ketawa, menangis bersama. Memang mudah nak dapat kekasih hati. Tapi bukan senang nak dapat BFF yang baik hati. Kenangkan masa bersama dan janganlah jadi "Kacang Lupakan Kulit". Bahagikanlah kasih seadilnya. Kasih antara seorang sahabat dan seorang kekasih. Kan dia BFF korang, mesti kau tahu macam mana nak nasihatkan dia tanpa mengecilkan hatinya. 

Actually, senanglah aku cakap. Sebab aku tak rasa kan, cuba kalau aku yang rasa. Baru tahu macam mana sakit dan pedihnya hati ni bila kita terasa diabaikan dan kehilangan orang tersayang. Hish! Tak terbayang aku. 



0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive