Kamis, 12 Januari 2012

Bertudung & Berjubah Juga Boleh Dikira Tabarujj?

As Salam semua






Perempuan itu mana pernah lekang dengan kecantikan. Setiap perkara, dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya, semuanya dititikberatkan. Sebab apa? Sebab Allah menyayangi kaum wanita. Dilindungi dan diberi penghormatan yang tinggi dalam Islam. Sebab itulah, bila ada yang menegur berkaitan diri kita ini, seorang wanita jangan cepat melatah. Jangan melenting dan memulangkan paku buah keras. Aku tertarik dengan satu artikel yang aku baca ni. Berkaitan tabarujj di kalangan muslimah hari ni. 

Ada pendapat yang kata 

"Eh, bersolek atau bertabarujj tu haram! Memikat kaum lelaki! Tak boleh, hanya untuk suami je boleh!"

Ada pula yang kata

"Yang penting balik pada niat!" 

Jadi mana satu yang betul? Pendapat mana yang perlu kita ikut? Sebenarnya kedua-duanya adalah betul. Kedua-duanya perlu kita beri perhatian. Aku sendiri suka pada kecantikan. Tapi takdelah bersolek sampai 7 kaler pelangi aku bubuh kat kelopak mata. Make-up 16 inci tebalnya. Tidak sama sekali! 


Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.      


Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarangJadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.   Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.


Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang dibenarkan syari'e. Begitu juga dengan pemakaian shawl. Jika pemakaiannya adalah berbeza daripada sekeliling, ia boleh menarik perhatian, maka boleh dianggap bertabarujj. Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak.


Dalil tentang perkara ini adalah;

                                                       زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا   

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [An-Nur (24):31].


Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.  


Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak.  Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. 


Oleh yang demikian,  seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya.  Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah berfirman;

  

Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [ Al-Nur (24) : 31]

yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.



Wallahualam, aku sekadar berkongsi. Fikirkan pada trend kita hari ni.... bagaimana ye? 





p/s: Juga sedang cuba memperbaiki diri sendiri.




    

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive