Selasa, 03 Januari 2012

Apesal Sibuk Cerita Amalina, Budak Dalam Malaysia Pun Ramai Berubah Jugak Apa!

As Salam semua



Heboh orang bercakap tentang Amalina Che Bakri. Yes, orang kampung aku. Johor! Teheee. Aku tengok kan ada dua fenomena yang berlaku. First, a group of person yang menyebarkan. Second, a group of person yang menolak dan menyelar tindakan yang menyebarkan tu dan seterusnya terjadilah perbalahan alam maya! Memang semua orang terkejut bila gambar tu tersebar di Cinta Muka Buku (read : Facebook). Aku sendiri tergamam sekejap. Tapi bila aku fikir balik, ini adalah apa yang terlintas... 

Memang sepatutnya kita jangan cepat percaya dengan apa yang disogokkan di alam maya ni. Sebab alam maya terlalu luas dan ratio kebarangkalian berita palsu sangat tinggi. Tapi, satu perkara lagi yang perlu kita ingat, semua benda ni tak mustahil. Itu Amalina yang duduk di luar negara, yang memang terdedah 24 jam dengan benda yang boleh mengubah dirinya tapi bukan ke ramai juga budak kita yang memang berubah padahal masih duduk dalam Malaysia lagi. Baru datang KL je semua dah terbukak, tercabut. Tak payah jauh, ramai jugak yang lepas waktu sekolah semua dah togel,  sikit lagi bogel. Haaa, yang itu macam mana? Ancaman luaran ke dalaman? Jadi fikir semula! 


p/s: Boleh mati sakit jantung orang Malaysia ni sebab banyak berita yang mengejutkan!

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive