Rabu, 18 Januari 2012

Apa Korang Fikir Bila Tengok Gambar Ini?

As Salam semua

Orang Timur ni memang kaya kan dengan adab sopannya. Aku sendiri suka dengan orang Timur. Lagi-lagi di Malaysia ni. Tak kira lah Melayu, Cina, India. Semuanya tahu menghormati sentimen adab ketimuran kita. Aku percaya, orang Malaysia akan menang bab sopan santun ni kalau dicompare dengan orang Barat yang lebih kasar, kejam dan kurang sensitif. *yang duduk luar negara boleh share pengalaman korang?*


Dalam fb Durex Malaysia, pihak Durex bertanya pada fan mereka, apakah pandangan mereka mengenai gambar kat bawah. Pada mulanya, jawapan yang aku sangka adalah "There are chinese, so what!!!" tak pun,"I love it!" Tapi bukan itu tau.... 








Walaupun mereka bukan Melayu, tapi disebabkan didikan dan menghormati budaya ketimuran yang menebal telah dididik dalam jiwa mereka, mereka tetap menolak perlakuan begini. Sebab tak sopan! Jadi aku memang berbangga sangat dengan rakyat Malaysia yang memberi komen kat atas tu. Kudos! 

Malangnya, masih wujud lagi segelintir antara kita, orang Melayu sendiri yang tidak tahu menjaga adab sopan. Kononnya berbangga dengan perlakuan sebegini di khalayak ramai sedangkan itulah yang ditegah agama. Pada hemat aku, tak kiralah kita di mana Malaysia mahupun luar negara kita tetap berpegang pada agama yang satu, hormat pada bangsa dan adab Melayu! 


p/s: masih memperbaiki diri sendiri...

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive