Sabtu, 08 Desember 2012

Perhatian #2 Untuk Penerima Domain Percuma Dari Blog Coklateyes

As Salam Semua

Dah setel semua prosedur pendaftaran kan, so entry ini adalah untuk mereka yang dah setel prosedur pendaftaran.

Baiklah, first sekali... korang kena ingat... prosedur ini akan mengambil masa 24-48 jam WAKTU BEKERJA. Jadi, kalau korang apply hari minggu, In sha Allah hari Isnin atau Selasa baru dapat email pengesahan tu ye. Jangan risau.

Kemudian, korang dikehendaki check email inbox (email yang korang isi dalam form tu). Dan korang akan menerima 3-4 email daripada pihak admin.



Sekarang, mari kita bukak satu-satu email tersebut.



Email 1



Dalam email 1, titlenya adalah New Application To Register Domain Name. Ada beberapa perkara yang perlu disemak. Yang pertama, pastikan Domain Name yang anda mohon dieja dengan betul dalam email tersebut. Contoh, seperti yang aku bulatkan tu. Itu domain yang aku mohon.

Kedua, dibawahnya ada details yang korang isi dalam form tu. Pastikan semua betul.



EMAIL 2


Email kedua yang korang akan terima adalah REGISTERED DOMAIN NAME. Ini maknanya, domain korang telah berjaya didaftarkan. Dan korang sekali lagi pastikan domain korang betul. Semak macam yang aku bulatkan tu.



EMAIL 3


Email 3 bertajuk New Username Created. Baiklah dalam email ni, ada 2 perkara yang korang kena buat. Pertama, korang kena COPY USERNAME yang diberikan. Dan kedua, KLIK LINK yang diberikan dibawahnya.

Tapi ingat:

1. Link tersebut hanya valid selama 7 hari sahaja.
2. Hanya sekali KLIK dibenarkan.

Bila dah klik Link tu, korang akan dapat ini


Bila dah dapat ni, korang paste username korang tadi. Kemudian create satu password. Peringatan!!! Password mestilah 12-14 huruf dan mesti mengandungi huruf dan nombor. Than klik button RESET tu.  Lepas tu, korang kena hafal atau catat kat diari ke mana-mana password dan username ni.



EMAIL 4


Lepas dah create password semua. Korang akan dapat email yang ke empat. Yang ini, membuktikan bahawa akaun, username dan password telah BERJAYA didaftarkan.

Dan sekarang, tak payah risau... kita tunggu next email yang ada procedure untuk tukar kepada [dot my]. Yeaaaaaaaaaaaaaay!!!! Semakin hampir dah ni nak dapat domain sendiri.

Melalui admin, katanya paling lewat email tu akan dapat pada hari Isnin atau Selasa!!! ;)



p/s: Sayang-sayang semua... boleh tak korang share dan sebarkan dekat blog korang pasal benda ni. Ajak seberapa kawan yang korang ada untuk ambil hadiah best ni. Sebelum 25 Disember 2012. Pleaseeeeeeeeeeeeeeeee!!!! ;)






Perhatian #1 Untuk Penerima Domain Percuma Dari Blog Coklateyes

As Salam semua


First sekali, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada semua blogger/follower lama dan baru yang sudi menyokong dan mendaftar di bawah Projek 1MYID. Tapi jangan risau, masih banyak lagi domain free selama setahun untuk diberikan pada korang semua. But please, jangan tunggu sehingga tarikh-tarikh akhir, takut kuota habis... dah rugi korang. 

Baiklah kat sini, aku nak mintak PERHATIAN pada semua yang TELAH&AKAN mendaftar. Ada beberapa perkara yang perlu aku tekankan sebab aku tak nak nanti korang mengalami masalah di kemudian hari. Walaupun aku dah mention setiap step yang perlu diikut, tapi takpe untuk korang aku tak marah... cuma korang kena hati-hati sikit lah dan JANGAN SKIP LANGKAH kat ENTRY SEBELUM INI. 


PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN!!!


1. USIA PEMOHON MESTILAH LINGKUNGAN 18 TAHUN - 45 TAHUN & WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA

* Sekiranya pemohon berusia di bawah 18 tahun, jangan risau... masih boleh mendaftar dengan syarat menggunakan nama ahli keluarga yang telah berusia lebih 18 tahun. Seperti abang, kakak, mahupun ibu dan ayah. 


2. PROMOTION CODE MESTI DIMASUKKAN

* Ramai yang mengadu kata bil tidak bertukar kepada RM 0.00. Baiklah, caranya begini... ANDA MESTI MEMASUKKAN PROMOTION CODE 'coklateyes' ITU DI RUANGAN BAWAH FORM DETAILS. EJAAN MESTILAH BETUL. MENGGUNAKAN HURUF KECIL & SATU PERKATAAN. CODE 'coklateyes' WAJIB DIMASUKKAN sebagaimana langkah 7 dalam entry sebelum ini. 



7. Sekarang, scroll down anda akan jumpa part ini.


PART INI SANGAT MENDEBARKAN. KALAU TAK ISI DENGAN BETUL PART INI, ANDA TAK KAN MENERIMA PROMOTION TU. 

ANDA DIKEHENDAKI MASUKKAN PROMOTIONAL CODE 'coklateyes' DAN KLIK VALIDATE CODE. PASTIKAN EJAANNYA BETUL. DAN TAK ADA SPACE. HANYA SATU PERKATAAN'coklateyes'. UNTUK PAYMENT METHOD, BIARKAN SAHAJA DENGAN BANK TRANSFER.

DAN JANGAN LUPA UNTUK KLIK "I have read and agree..."



dan barulah BIL akan menjadi seperti dibawah ini....




Di bahagian Review & Checkout ini. Korang pastikan Domain Registration adalah nama url yang korang pilih. Kedua. Pastikan harganya RM 20. Dan pastikan korang dapat RM 20.00 One Time Discount yang mana membawa kepada Total Due RM 0.00. Dan total Recurring RM 20.00 Annually.



3. UNTUK MEMOHON LEBIH DARIPADA SATU DOMAIN

* Anda boleh memohon lebih dari satu domain dan menggunakan email/akaun yang sama. Tetapi, caranya adalah anda dikehendaki melakukannya satu per satu. Maksudnya, ada buat satu permohonan dulu dengan mengikut langkah-langkah yang disediakan tu. Bila dah selesai satu permohonan, anda ULANG SEMULA langkah tadi dan mohon untuk domain yang seterusnya. 



4. ISI MAKLUMAT DENGAN TEPAT & HATI-HATI

* Semalam ada kes yang mana maklumat diisi tidak tepat. Aku harap sangat-sangat, korang berikan maklumat yang benar kerana setiap permohonan akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara dan maklumat korang akan disimpan dengan selamat di bawah MOSTI. Seterusnya, SILA BERHATI-HATI DALAM MENGISI BORANG. IKUT SETIAP STEP. JANGAN LANGKAU.  Sekiranya pendaftaran yang diberikan salah, nanti korang akan mengalami masalah untuk next step. So, TOLONG-TOLONG-TOLONG berhati-hati. Baca dahulu Manual yang telah aku berikan tu. Tolong baca dan fahami ye. Aku dah bagi ayat paling simple tu, tak nak korang pening-pening ;)



5. GUNAKAN EMAIL YANG AKTIF

* Dalam borang dibawah ni, Email yang korang letak tu mestilah email yang aktif. Sebab melalui email tu lah yang korang akan terima next step dan verification username semua. Jadi, jangan letak email yang korang dah lupa password ke ape ye ;)





Jadi bila dah settel semua dan ikut langkah yang diberikan, korang akan dapat 3-4 email daripada pihak admin. Dan untuk ini, aku explain kat next entry ok. ;) Kejap je lagi.


Terima kasih banyak-banyak!


p/s: Kalau korang ada masalah, selain dari FB dan email aku... boleh jugak whatsapp aku di nombor 013-7197837.








Kamis, 06 Desember 2012

Trauma Traffic Light

As Salam semua




Aku ke Shah Alam semalam petang, atas urusan tugas. Sedang elok aku berhenti dekat satu traffic light, aku pun macam biasalah usha kiri kanan kan, mana tau ada rezeki abang-abang kacak lagi kaya raya. Boleh jadi lauk santapan. Kehkehkeh.

Memang!!! Memang pun aku dapat "rezeki". Tapi yang ni lebih pada rezeki tak berapa halal gitu. Cis!!! Dua orang lelaki yang tak kacak langsung, sedang berpelukan sambil melakukan adengan cium mencium dan gigit menggigit leher!!! Aku terkejut wei. Menjerit aku. Sampaikan member aku kat sebelah yang tengah syok main handphone panik sama. Memang jilake dua ekor tu! Eeiiiiiiiiiiii. Mengada-ngada. Aku tengokkan je dua makhluk songsang ni, tapi tanpa segan silu dia buat perangan Vavi dia tu! Dia tahu orang tengok. Makin ditengok makin menjadi. Macam perilaku monyet. Makin kita tengok, makin ngada-ngada. Trauma aku!

Sumpah. Lepas ni, aku tak nak usha lagi orang kat traffic light! Seram wei! Aku yang rasa berdosa amat-amat. Dia buat dek je. Macam masuk syurga!!!Ini kisah seram. Aku traumatized. Dalam hati menyumpah seranah. Geram yang entah macam mana aku nak khabarkan. Haish!!!!



p/s: Niat tak betul, memang tak betul lah yang aku dapat kan!


Senin, 03 Desember 2012

What Makes Me Confident : Pt.3 [Rough & Tough]

As Salam semua

Bermula dari pre-amble dan sekarang dah masuk siri ketiga. Alhamdulillah, siri What Makes Me Confident (WMMC) setakat ni diterima baik. Diberi respons yang positif dan juga menginspirasi orang lain secara positif juga. Alhamdulillah. Mungkin niat yang baik juga sebenarnya mendorong kepada hasil yang baik. Dari mula dulu aku stick pada niat aku ini bukan untuk membangga diri apatah lagi sampai timbul rias-rias riak. Tidak. Aku bercerita sebab orang selalu melihat aku kuat, aku confident, padahal nun jauh di hati aku tetap ada kocak gelombang yang kadang-kadang luntur juga setitis dua air mata. 



"Don't go through life, grow through life!"

Dalam hidup ni, manusia mana yang tak pernah mengeluh? Kita semua saban hari mengeluh. Tak puas hati pasal itu, pasal ini. Aku sendiri mengaku, aku adalah insan yang kerap mengeluh. Kadang di facebook, dan kadang di blog. Aku tak nafikan. Mengeluh lah. Sebab manusia yang normal memang akan mengeluh. Keluhan membawa erti kita mempunyai pandangan yang beda dari orang lain. 

Kalau kau pergi dari sorang ke sorang, kau tanya apa yang dia rasa masih belum cukup dalam hidup dia. Aku yakin jawapan yang bakal kau terima, tak akan cukup 3-5 helai muka surat kertas kajang. Lebih mahu. Aku nak kita fikir sama-sama.... kenapa kita mengeluh? Adakah kita memang tak cukup? Adakah kita tak bersyukur? Atau adakah kita memang inginkan kesempurnaan? 

Aku tak tahu, dari celah mana aku ada sifat macam ni. Tapi kalau kau kenal aku secara personal, aku adalah manusia yang selalu melihat kepada hikmah disebalik sesuatu. Yelah, kita selalu dengar "Every thing happen for a reason!" dan reason yang dimaksudkan adalah "HIKMAH". Macam tu jugak dalam Islam, kita diajar supaya percaya bahawa "Setiap kejadian pasti ada hikmahnya!" Pasti!!! Itu janji Allah. 

Dan ketika ini, akan timbul lagi ketidak puasan hati... "Sampai bila nak tunggu hikmahnya tu?" 

Well, hakikatnya... ada sekelumit manusia yang memandang sepi setiap hikmah yang Allah rezekikan untuk dia. Tak sedar atau tak tahu itu terpulang kepada kepekaannya. Kepekaan apa? Kepekaan dalam menghargai setiap perkara yang terjadi dalam hidup dia. Percayalah, hikmah itu datang setiap hari. Datang setiap masa, mungkin di saat engkau jatuh tunduk kebumi dan mungkin di saat engkau tinggi melambung ke awan. 

Kau tahu, daripada menghargai setiap perkara dalam hidup aku ni, aku belajar banyak benda yang tak akan aku belajar dari mana-mana jurusan. Setiap insan yang hadir dalam hidup aku, masing-masing bawak mesej tersendiri untuk disampaikan pada aku. Macam biasa, ada yang baik, ada yang buruk. 

Tak pernah sekali aku menyesal apatah lagi mengeluh. Aku cuba. Sebab mereka adalah anugerah. Anugerah untuk aku menjadi insan yang lebih matang, bersyukur, berfikir dan tidak mengeluh. Sebab sekali kau mengeluh, kau seolah-olah mempersoalkan segala ketetapan yang Allah telah lakarkan untuk kau, sedangkan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kau. Percayalah! 


Sabtu, 01 Desember 2012

Save Our Seafood Project. Fakta Yang Perlu Kita Ambil Tahu!

As Salam semua

Penglibatan aku dalam UM Cares memang dikategorikan agak baru. Tapi pengalaman dan pendidikan aku dapat melalui UM Cares sangat-sangat bermanfaat. Buat mereka yang masih tak tahu lagi, UM Cares adalah sebuah sekretariat alam sekitar Universiti Malaya yang based pada kerja-kerja kesukarelawanan. Fokus kami adalah tertumpu pada isu-isu alam sekitar. Banyak projek dah aku join dengan UM Cares ni, antaranya KLEFF 2012, Green Wardrobe, SLIM Symposium, Youth Environmental Expo dan banyak lagi. Memang seronok! 

Ok, kita hold dulu pasal volunteer work tu. Sebab untuk entry kali ni, aku nak ketengahkan satu isu mother-earth yang sangat penting. Mungkin tak ramai tahu, tapi as belia we should aware! That is the first step before we think how to solve the problem and take action. 

gambar dari : Innaniestagram @ http://instagram.com/innanieariff

Korang suka makan seafood tak? Sapa yang tak suka. Aku sendiri suka. Sedap kan. Manis dan lazat. Tapi, korang percaya tak kalau aku cakap dalam masa beberapa puluh tahun lagi, kita tak dapat lagi merasa nikmatnya seafood tu lagi. Kenapa? Sebab bekalan seafood kat laut bakal habis. Tak percaya???

"Eh, laut kan luas... tak kan ikan boleh habis?" 

Not to explain more. Try to read this.



Aku dapat guide book ni masa satu exhibition dua minggu lepas. Masa mula baca tu, aku sendiri terkejut dan tak sangka yang kita bakal menghadapi masalah ni. Macam korang jugaklah, eh laut tu besar kan. Tak kan habis ikan. Tapi itulah hakikatnya. 

Kau rasa kenapa masalah ni timbul? Personally, aku tak tahu. Sebab aku bukan dari keluarga nelayan, mahupun mereka yang terlibat dalam industri perikanan ni. But, sekali lagi as belia kita kena concern dan aware. Semuanya sebab ketidak lestarian penangkapan ikan. Kerja sapa? Manusia jugak. 


Melalui buku panduan ni, ada 3 kategori yang disenaraikan. Korang boleh baca penjelasan setiap group sebagaimana dalam gambar atas tu.

gambar dari : Innaniestagram @ http://instagram.com/innanieariff


gambar dari : Innaniestagram @ http://instagram.com/innanieariff

Menangis jugak lah bila aku tengok beberapa seafood kegemaran aku macam pari, kerisi, kerapu berada di group merah. Tapi nak buat macam mana. Kita yang salah. Jadi kitalah kena tanggung akibatnya. Kita lah yang kena bekorban. Kalau tak, generasi akan datang tak akan kenal lagi spesies ni semua. Sebab tu lah pentingnya Sustainability. Iaitu pembangunan atau penggunaan sumber semulajadi secara bijak dan berhemah. Jangan ikut nafsu dan materialistik semata-mata. 



Untuk maklumat lanjut, download guide book dan support project ni. Sila KLIK SINI dan SINI JUGA ;)



p/s: Kita tidak mewarisi alam sekitar dari nenek moyang kita, tapi meminjamnya dari anak cucu kita!



Jumat, 30 November 2012

What Makes Me Confident : Pt. 2 [Behind The Pose]

As Salam semua

Kita sambung lagi satu entry pasal photoshoot hari tu boleh? Tapi kali ni nak cerita pasal disebalik tabir nya pulak. Ecewah, gaya macam buat photoshoot besar-besaran pulak. Takpe, takpe. Kan prinsip aku orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jadi dah termakan budi tu, janganlah tergadai bodi, just make them happy :)

Bercerita pasal photoshoot, masalah orang macam aku *ehem plussize ni ye, yang kecik molek takde masalah rasanya* adalah penampilan dan gaya. Outfit juga biasanya menjadi masalah. Yelah, kadang beli baju ada yang terkecik kat punggug, sekejap kat dada, sekejap kat lengan. Ada je. Memang payah nak dapat yang betul-betul sesuai dengan badan kita. Kalau nak buat pulak, kadang tak berbaloi. Tailor sekarang mahal woi. But I'm very lucky, my outfit for the photoshoot ditaja oleh KZNABIHAH. A well-known boutique for a plussize ladies. Syukur sangat-sangat sebabnya, bukan sekadar dia sponsor baju, dia bagi terus baju tu kat I. Lagilah I syukur terharu sayang ooooiiiii.... Thanks Biha for this Qasriena Dress. Memang flowy, memang cantik.  



Susah jugak aku nak confident untuk pakai this half-peplum style yang sekarang memang tengah trending habis kan. But I used to put some confidence there. Actually, this dress kosong je. Tapi konon-konon nak menyerlahkan gaya pilihan aku dan Akim, Vintage Kontemporari katanya...so aku decide untuk letak  a little finishing. Guna lace as border partition. Aku google sikit, katanya this is a fashion-trick. This border-partition will help you to look more slim. Kononnyalah. Malahan boleh menyorokkan sikit-sikit lemak kebahagian di bahagian perut. Haaa... baru nampak vogue sikit kan. Untuk pemilihan lace, I would like to thanks a lot to my dear Kakak Cantik as well as Cikgu Blogger Hot Daerah Yong Peng, Cik Puan Bunga and her bff, Kak Inn. Sebab mereka bersungguh-sungguh teman aku pergi beli lace, pilihkan warna, bagi idea sampaikan menghantar ke tailor bagai. Thank you thank you! 

                                             
ha. kenal tak? kenal tak? Aku sendiri tak kenal. hahaha!

Next, make-up. Untung sangat dapat MUA yang sorang ni, namanya Kak Bainun dari Maharani Kouture. Seorang yang sangat friendly and tak lokek ilmu. Mukanya nampak garang and serius, lepas kau kenal. Hamek, kau tanya je selok belok dunia make-up, pasti jawapannya tak menghampakan. Lagi best, seorang yang boleh menerima pendapat orang lain. Dia akan cuba selaraskan apa yang customer nak dengan kebolehan dia. Memang superb. Make-up aku on that day, memang tampak cantik. Mula-mula aku tengok cermin, eh ni siapa? Sharifah Aini ke? Eh bukan. Eh, Adibah Noor ke pun bukan. Laaaaa... sekali Erra Fazira. *kehkehkeh.sila lempang sedarkan diri aku. Aku suka bila Kak Bainun kata prinsip dia mudah je. Satu. Dia nak luar dan dalam gambar memang nampak cantik. 




Next, studio. Studio yang kami gunakan ni memang superb. Dak Teropong Studio. Full-facilitate. Segala kemudahan ada. Malahan kalau kau nak tau, KZ Nabihah sendiri dan Minaz Boutique, yang famous tu pun buat photoshoot produk dia kat sini. Yang lagi aku bangga studio ni dimiliki anak Melayu muda. Bagus sungguh. Muda-muda dah ada big bisnes macam ni. Kalau korang berminat, eh jangan malu jangan segan tanya je big boss dia yang baru-baru ni keluar Utusan Malaysia. Tahniah! 

Last but not least, let me introduce you with my super-duper cute beautiful blogger-mates. Insan-insan inilah yang tak jemu-jemu buat aku gelak tak ingat kat studio tu. 


start from my side : Oniey-Kak Ieza-Kak Nadia-Kak Nory-Kak Eida-Kak Mila 

 1. Oniey @  http://letopkeypad.blogspot.com/ --- dia ni tak banyak cakap. Lembut je orangnya. Sekampung dengan Kak Nadia. Cakap slow-slow je ala-ala macam Fasha Sandha cakap tu. Blog dia memang sesuai dengan nama url-nya, memang LETOP! 

2. Kak Ieza @  http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/ --- kakak ni ada ala-ala model muslimah. Ecewah! Mula jumpa ingatkan senyap je orangnya, sekali dia naik syeih! Hamek kau. Non-stop talking. Paling banyak ketawa. Dan femes dengan panggilan "Mak". Ada aura ibu mungkin. Amin! 

3. Kak Nadia Farahida @  http://www.nadiafarahida.com/ --- inilah organizer program. Kakak kawasan kiteorang panggil. Alahai, kak Nadia ni pun sama. Cantik dan sangat lemah lembut orangnya. Nampak kegigihan dia dalam kepuasan hati pelanggan. Nak deal dengan dia pun senang. Sama macam yang lain, kepala hu-ha-hu-ha. 

4. Kak Nory @ http://noryzoulkefle.blogspot.com/ --- Comel je kakak ni. Kaki posing jugak ni. Semua gambar dia paling letop. Tak banyak sangat cakap, lebih suka mendengar. Tapi sekali dia borak tudiaaaa, sampai pukul 4 pagi laki dia diajak becerita. Heheheh. 

5. Kak Eida @ http://msieda.blogspot.com/ --- masa datang studio awal-awal, memang dah rasa dah akak ni ringan mulut. Dia tegur aku dulu. Baru kenal sehari, dia punya mesra rasa macam dah doploh tahun kenal. Paling havoc. Ada je idea dia nak menyakat aku dengan Akim. heheheh 

6. Kak Mila @ http://milaahmad.blogspot.com/ --- Orang kampung aku. Yes, Johor. Kalau dah nama orang Johor, haruslah mulut pun kecoh kan. Sama jugak, boleh menggila bercakap tanpa henti. Happy go lucky. Dan yang pasti, selalu bagi confident pada aku! 


So, apa lagi. Jom terjah blog kakak cantik semua ni! Mesti lagi meriah. Sayang mereka sangat-sangat lah! Mereka inilah yang menjerit suruh pose gaya itulah, inilah.  Mereka inilah yang aku pinjam bahu bila rasa letih kat studio tu. *satu hari kot!*. Mereka inilah yang masing-masing mulut tak berenti cakap. Ada je yang nak diborak. Nampak je pemalu masing-masing, tapi kau suruh dorang cakap, sampai 4-5 pagi belum habis cerita. Kehkehkeh. ;) Dan paling penting, semangat mereka inilah buat aku confident untuk beraksi depan camera! 


p/s: Syukur for this friendship! 




Rabu, 28 November 2012

What Makes Me Confident : Pt.1 [Photo Shoot]

As Salam semua

Sebelum aku cerita banyak lagi benda-benda best yang berlaku dua-tiga hari ni, setelah dicongak-congak aku rasa ini paling awesomelah yang aku lakukan. Well. Photoshoot session. Kalau korang dengar mesti rasa macam "What the budak gumuk ni pegi photoshoot bagai kan?" or maybe something like "Kehkehkeh nak jadi model ke? Layak ke tidak???!" 

Ah. Itu semua aku persetankan.  Bukan kata nak riak mahupun sombong, tapi demi kebaikan diri sendiri, demi keyakinan diri aku sendiri why not aku cuba sesuatu yang baru kan. As long as I believed that everybody had their own beauty. Just released out and show up! 


Photoshoot blogger yang dibuat di Dak Teropong Studio, Shah Alam tak akan aku sia-siakan. Selain dari jumpa kawan-kawan blogger yang hot lagi cun-melecun, deep down here actually aku belajar sesuatu yang lebih besar ertinya. Kehkehkeh. Ayat skema. I'm really glad that they are there, to support and boost up my confident level! Thanks you so much Kak Nadia, Kak Ieza, Kak Mila, Kak Eida, Kak Nory, last but not least Oniey. Thank you ladies. You just made my day!


Kau ingat, seumur hidup aku pernah ke MUA solekan? Pernah ke posing bagai depan photographer profesional? Pernah ke pakai bulu mata Rozita Che Wan? Pernah ke pakai shawl lilit-lilit sana-sini? Pernah ke pakai baju peplum yang biasanya untuk orang kurus? Pernah ke? Pernah ke????

TAK PERNAH! And you know what.... on that day, aku buat semua tu!!!! ;)

Kalau korang tanya macam mana aku dapat confident untu buat semua tu. Jawapannya adalah satu. Berani dan sokongan. Mula-mula bila Kak Nadia bagitahu nak join tak benda ni, aku terus je setuju tanpa ada rasa cuak bagai. But once bila dah sampai depan pintu studio, menggigil beb. Sejuk tangan gua ni ha. 

Masuk je studio aku tengok Kak Nadia tengah disolek oleh Mayang. Kak Nadia, as always lah... pot-pet-pot-pet. Kurang sikit nervous aku. Semua MUA sedang bertungkus lumus memberi solekan terbaik ala diva kat semua. Huh. Dalam kepala aku macam-macam rasa yang ada. Mulalah fikir negatif je. Sampaikan bff aku, Akim tenangkan aku. 

Lepas dah setel salin baju semua, terus aku tadah muka pada kak Bainun. Bila tengah di make-upkan tu haruslah aku korek seberapa banyak tips MUA kan. Bukan senang. Kak Bainun pulak jenis yang pemurah, tanya je apa semua dia jawab. Tak main lah MUA yang lokek-lokek ni. Kak Bainun steady je, make up aku sambil borak-borak. Memang superb hasil kerja beliau. Dia prefer solekan tu nampak cantik dalam dan luar gambar. But in the same time, natural. Alhamdulillah menepati ciri yang aku nak. Tak over sangat.

And now, haaaa aku dah mula gelabah lah bila Kak Nadia panggil aku. Berderau darah ni ha. Ye lah tak pernah wei nak pose ke apa. Setakat amek gambar buat peace pandailah. Kehkehkeh. Tapi nasib baiklah sebelum aku pegi tu, malam sebelumnya aku google kat You Tube, kehkehkeh... how to look gorgeous in photo shoot. Kelasssssssss! ;) kehkehkeh. Ni dorang semua tak tahu ni. Kalau tahu, kompem kena bahan.

Tambah lagi, bff aku Akim pun ada. Dia memang dah biasa jugaklah bab-bab photo shoot ni. So secara tak langsung, feel, chemistry and mood tu aku dapat sikit daripada dia. Thank you so much. Mula je lah kekok sikit. Than my confident level naik sikit demi sikit. Sampai Kak Nadia kata macam nak buat cover album dah. Hehehehe. Siap ada kawan aku kata macam gambar pre-wedding. Eh!!!




Love this photo. Look a-lil-bit classy and vintage 

ini gambar kontroversi. ah-ha not a pre-wed ye!!! 

kau tengok, belakang aku boleh nyorok ramai-ramai. nampak tak permainan mereka? hahahah

Beautybold-Ladies. Boleh gitu?
Once again, aku tak pernah sikit pun timbul rasa riak. Cuma sekali sekala aku teringin untuk cuba apa yang orang tak berapa bold buat. Yerp, out of the box. Walaupun cuaknya, segannya, malunya Tuhan je yang tahu. But as long as that thing will help you build up your confidence, so why not.

Aku bersyukur dengan apa yang ada, bangga dengan apa yang diberikan and never get down. Yang paling penting adalah pembawakan diri kita. Baik budinya, baik jugalah penerimaannya. 

Eh, ada yang berminat ke dengan studio, make-up, baju etc. atau minat kakak-kakak blogger cantik tu semua??? Boleh. Boleh. Aku update ye....



Tapi....tunggulah Part II. Boleh??? Heheheh. Nak sambung buat kerja sekolah kejap.





p/s: If you have no confidence in self, you are twice defeated in the race of life. 

Jumat, 23 November 2012

Anda Blogger? Anda Mahu Fun? Join Ini!

STICKY POST TILL 23 NOVEMBER 2012. SCROLL DOWN PLEASE ;)


As Salam semua

Macam mana Sunday Lazy Day anda? Bahagia? Happy? Untuk aku seharusnya lah aku suka sebab Sunday Lazy Day aku hari ni di rumah. Bila kat rumah mestilah mode princess automatik on kan. Haish untung betul jadi anak ni kan. Mak ayah sayang takde belah bagi. Syukur Ya Rabb.

Ok. Tu bebel awal-awal biasalah kan. Idea belum datang lagi. Sekarang dah ada. Heheheh. 

Next two week korang busy tak? Alaaaa janganlah busy. Save the date for me boleh? Ecewaah! Bukan apa, on 24 November 2012 blogger comey-lote Kak Nadia Farahida ada deal dengan sorang photographer hebat untuk buat blogger photo shoot. Bukan tu je wei, complete dengan make up artist semua dia bagi. Harganya??? No worries darling, RM 50 saja. Tak ke berbaloi tu? 

Fuh fuh fuh! Aku yang dengar ni pun macam terkebil-kebil sat. Ye lah, kalau nak tunggu orang offer amek photo shoot aku, macam mustahil je kan. Hahaha. Tak layak dek non oi aku nak jadi model bagai. Kalau nak mekap-mekap pulak, nak mengharap tangan sendiri ni...alahai tak berapa lembut lah nak pegang brush! So, why not kan. Aku join untuk have fun dan boleh lah kenal-kenal dengan sesama blogger yang ada! 

Dok membebel je dari tadi kan, meh sini baca details event dulu. 

Event: Photoshoot geng-geng blogger.

Tarikh: 24 November 2012, Sabtu
Masa: 12 tengahhari sehingga 5 petang. 
Tempat: Dak Teropong Studio, Shah Alam. 
Pakaian: sendirian berhad punya bajuuu. ;))
Makeup: Sponser by very young and talented MUA, Lili. 
Bayaran: RM50 per head. 



Masih tak sure lagi nak join ke tak? Meh sini, tengok dulu hasil tembakan Dak Teropong. Dia ni memang dikenali ramai jugak dalam bidang photoshoot. Kawan aku Cik Bihah from KZ Nabihah pun gunakan khidmat Dak Teropong ni untuk produk advertisement dia. Memang awesome! Nampak comel je semua gambar yang dia shoot, menawan qalbu gitu!





Korang risau sebab tak pandai nak pose? Habis kau ingat aku pandai? Takpelah. Kita-kita aje! hehehehe. Janji. Janji. Aku simpan rahsia! Kehkehkeh. Lantak lah nak tangan kaku macam kayu ke, muka ketat macam kena baling batu ke, lantak pi lah. Yang penting kita ENJOOOOOOOOYYYY! 

Tak pasti lagi nak join ke tak? Takut nak mekap-mekap? Malu? Segan? It is your time to shine darling! 
MUA yang baik hati ni, (sebab dia nak sponsor tau! clap-clap-clap) merupakan kakak MUA yang banyak pengalaman. Jangan bimbang, natural beauty korang tetap diserlahkan. Bukan dia cover tebal-tebal macam pakai tepung gomak. Malahan dia akan serlahkan lagi keayuan korang! Tudia promote baikkkkk punyaaaa! ;) 




Tak pasti lagi??? Meh sini lah aku simplify ye. Kawan-kawan, dengan RM 50 itu, anda akan menerima: 
  • photoshoot (potrait/group) selama 5 jam ++  *boleh kebas pipi senyum lama-lama ni*
  • makeup cantik-cantik dari MUA hebat (FOC ye) 
  • semua gambar korang akan dapat soft copy 
  • link akan dipromote di blog sesama peserta (for sure-lah darling!) 
dan paling dasyat tawaran ni ialah....



  • KORANG BOLEH JUMPA AKU! (hahahaha. puuiii bajet aku femes kah?!) at least kita boleh kenal sama-sama. Tak lah sekadar di pinggiran laptop saja kan? Ecewah! 
See. See. Banyak kan benefit yang korang dapat. Networking tu paling penting actually. Ni kalau korang tak nak join tak tahu lah aku nak pujuk macam mana lagi. Kering idea dah. Korang join and enjoy yourself lah. Baru tahu dan rasa nikmat blogging tu. Selagi tak join cemana nak tahu kan? 

Dan seandainya......

korang rasa berpeluh, tangan mula laju scroll down, bibir mula tersenyum-senyum... 

TAHNIAH!!! Itu tandanya hati anda dah cair dan tertawan dengan tawaran ini. Apa tunggu lagi! Cepatlah korang emailkan details korang pada Manager kita, Kak Nadia di  : 

 nadiafarahida@gmail.com


Jangan risau, persoalan/confirmation malahan segala kemusykilan akan dijawab segera oleh Kak Nadia.  Baik je kakak ni. Tak garang. Tak makan orang pun. Aku yang baru kenal dia pun dah nampak dah ciri-ciri kepala ting-tong sama macam aku! Kehkehkeh. *sorry kakak!*

So.........kita jumpa kat sana ye sayang-sayang semua! Tak sabarnya!!!! 



p/s: cantik atau tidak bukan pada mata kita. peribadi cantik, molek lah tu! 





Cantiknya Islam Dalam Diri Seorang Muslimah

As Salam semua

Benda ni simple, tapi penuh makna bila aku baca. Hayati.





A British man came to Sheikh and asked:


Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?

The Sheikh said:

Can you shake hands with Queen Elizabeth?

British man said:

Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.

Sheikh replied:

Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

Then the British man asked the Sheikh:

Why do your girls cover up their body and hair?

The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:

If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?

The British replied:

The covered one.

The Sheikh said:

That's how we treat and see our woman.



Jadi, apa pilihan anda pula??? 



p/s: Moga sama-sama kita menuju kebaikan. 



Kamis, 22 November 2012

Spica Lonely English Translation Lyrics

Spica Lonely English Translation Lyrics


In the wavering neon lights, my head hurts like it’s about to break
As if my heart wasn’t enough, my body is about to get ruined
Cost for medicine keeps increasing, I already have twice as much wounds
I’m dizzy, my eyesight is blurry
Bbarababbaba bbarababbabba bbarababbabba
*Again lovely, my feet walk by themselves
Lonely, I can’t even keep my body steady
The place that has everything, the things that I’ve wanted deadly are there
Lonely (I I I I I), it’s not a place I can’t come
Lonely (I I I I I), what is so scary about it
That I couldn’t come, everything is wavering along the lights
The voice that keeps echoing (run run run)
I fall for it again (down down down)
I go back everyday, hang on lady
I wander and wander and don’t know where the places are
I run out of breath, my heart beats fast, my two feet hurt because of the high heels
I tear up, my make up runs
Again lonely, I walk without a destination
Lonely, where my body leads
Why am I crying while everyone is laughing, when I have come this far
Lonely (I I I I I), everyone hasn’t changed
Lonely (I I I I I), why am I struggling so much
Why do I have to be in pain, everything is wavering along the lights
Bbarababbaba bbarababbabba bbarababbabba
The voice that keeps echoing (run run run)
I fall for it again (down down down)
I must be crazy, I think I’m intoxicated off of one gulp of tears
Why do I have to be like this because of a person like you
*Repeat
Bbarababbaba (only u) Bbarababbaba (only u)
Bbarababbaba (only u)
Bbarababbaba Bbarababbaba Bbarababbaba

Rabu, 21 November 2012

Cinta Buku Lagi Pt. 3

As Salam semua

Selesai segala urusan di fakulti, Piqa room mate aku masa second year ajak lunch sama. Memandangkan ada kelas yang batal dan telah diganti sebelum cuti jadi secara harafiahnya, yeay!!! I'm free. Plan punya plan, Mid Valley je lah yang paling hampir. Nak merantau jauh sangat kang nanti fulus keluar macam air paip pulak. Haih! Hidup di KL ni, duitlah jadi musuh utama kan. Grrrrr.....

Proceed. Lepas lunch kat Noodles Station Piqa terpaksa pulang ada kelas. Aku pulak yang tak berapa nak puas meronda Mid *padahal dah boleh hafal setiap ceruk dah* meneruskan niat ke MPH Bookstore.  Aku memang pantang sebenarnya nampak kedai buku. Entah sejak bila. Sebab memang masa kecik lagi, kalau aku nampak kedai buku tak pun kedai stationary, menggeletik aku ni lain macam je. Time tu rasa macam masuk syurga sekejap. 

tiga jam pantas berlalu

Belek punya belek. Dekat tiga jam jugak rupanya aku spent masa kat situ. Kalau pergi sana, aku memang ada port baik punya untuk aku menyorok sikit, bawak lah 3-4 buah buku untuk buat pre-reading. So far Alhamdulillah takde lagi kena halau dengan pekerja MPH ke hape. So kiranya tempat aku tu selamat lah. Walaupun atas kepala je CCTV. 

Empat  buah buku yang setelah melalui proses Pre-Reading aku berkenan sangat-sangat. 

1. CERPEN by NADIA KHAN (Fixi Novel) ---- Harga : RM 18.90


Sejak aku baca Novel Kelabu, Nadia Khan menjadi penulis kegemaran aku selepas Ahadiat Akashah. Dan daripada dia lah aku terus meminati kesemua novel keluaran Fixi yang dah pun ada dalam tangan. Cerpen merupakan buah tangan terbaru Nadia Khan yang sangat epik. Menggabungkan cerpen-cerpen tebaik NK yang pernah memenangi banyak anugerah. Kau bayangkan lah, aku buat pre-reading je kat buku ni tahu-tahu dah dekat 50 helai aku selak satu per satu isinya. Tak sedar pun manusia melintas, tak sedar pun masa ber tik-tok-tik-tok. Punyalah syiokkkkk!!! Cerpen pertama dia je dah memang superb. Dan disusuli dengan banyak cerpen yang memang umph. Kau bacalah sendiri. Lagi-lagi tu... "Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD". 

Rating : 4 / 5 BULAN & BINTANG 




2. BERSYUKUR SAAT DIUJI by MUHD KAMIL IBRAHIM ( Galeri Ilmu ) 
---- Harga : RM 22.00



Motivasi. Yes, unsur yang sangat aku suka. Somehow dalam hidup ni memang kita kena disogok dengan motivasi dan nasihat. Barulah hidup ni tak terlalu menyasar. Prof. Muhd Kamil Ibrahim, aku kenal sejak ayah aku menjadi peminat Travelog Haji, buku pertama beliau lagi. Aku tak pernah baca pun buku tu. Ayah aku memang dikeleknya je buku tu kemana saje. Tapi, yang aku tahu ayah aku cerita Prof adalah  seorang yang sangat humble walaupun berpangkat dan berpendidikan tinggi. To be honest, at first aku nak hadiahkan buku ni pada ayah aku sebab ye lah, semua tahu kan sekarang ni kami sekeluarga sedang diuji. Kira bertepatan sangatlah dengan tajuk buku tu. Tapi masa aku buat pre-reading which is the first time aku baca hasil tulisan Prof, aku tertarik. Beliau gunakan daya pemerhatian yang sangat hebat untuk digest setiap hikmah kejadian. Beliau menghargai setiap benda yang berlaku dalam hidupnya dengan penuh positif dan penyerahan kepada Ya Rabb. Skill itulah yang cuba aku gunakan dalam hidup sekarang ni. Skill memerhati dan belajar daripada orang lain. Terus aku tak fikir panjang. Beli!

RATING : 5/5 BULAN & BINTANG 


3. THE ZAHIR by PAULO COELHO (Harper) ---- Harga : RM 34.90


Sejarah & Konflik dalam perhubungan suami isteri dan perhubungan zaman perang dulu. Aku peminat novel sejarah. Last novel sejarah yang aku suka dan baca adalah 1511. Karya Faisal Tehrani. Superb. Yang ini pulak menarik minat aku masa pre-reading sebab konflik hubungan suami isteri tu yang mana akhirnya kita sedar yang dalam segala masalah ada penyelesaian dan kasih sayanga dalah penyelesaian yang terbaik. Penggunaan perkataan Bahasa Inggerisnya masih lagi aku dapat faham tanpa perlu merujuk kamus, kiranya bukan Queens English lah. Ayat yang direct dan sesuai untuk belajar bahasa Inggeris. 

RATING : 3/5 BINTANG



4. THE FAMILY WAY by TONY PARSONS (Harper) ----- Harga : RM 39.90


Family ladies. Ah-ha. Itu naluri aku. Keluarga paling penting dalam apa juga cara dan masalah. Sebab tu aku sanggup 2 minggu sekali balik Johor semata-mata nak pastikan mak dan ayah aku terjaga. Aku suka novel ni sebabnya aku masih terpengaruh lagi dengan Novel "Teusday With Morrie" yang mana salah satu gist cerita tu mengenai betapa pentingnya family dalam kehidupan. Dan aku terus beli novel ni. Came up dengan konflik antara suami isteri kerana masih belum ada anak, kisah emosi dan konflik seorang perempuan yang sayangkan baby tetapi tak mencintai bapa baby tu dan akhir sekali konflik seorang wanita yang punya segalanya dalam hidup, kerjaya, duit, paras rupa, pendidikan tapi adakah tanpa 'keluarga' dia masih bahagia??? See. Kau nampak tak semuanya cerita yang sama dengan cerita yang kita hadapi setiap hari. That's why aku beli novel ni. ;) 

RATING : 3.5/5 BINTANG 




Melalui pembacaan lah kita dapat timba ilmu. Memang betul, buku itu jambatan ilmu. Ilmu yang bermanfaat akan membawa kita kepada kebahagian dan pastinya ke syurga juga. Insya-Allah. ;)




P/S 1: Bulan & Bintang = SUPER DUPER BEST (recommended)
           Bintang  = SUPER BEST (takde paksaan)

P/S 2 : Untuk Cinta Buku part sebelum-sebelum ni, korang taip je keyword "BUKU" pada ruangan search kat atas tu, maka muncul semuanya.



What Makes Me Confident : Pre-Amble

As Salam semua

Aku dapat idea ni dalam bilik mandi. Apa punya tempat lah. Tapi aku memang pernah dengar orang kata, bilik mandi aka bilik termenung memang tempat mendapat ilham. Ah! Persetankan dimana aku dapat ilham ni. As long as it is idea, i will share it with you guys! ;) Don't worry ok. 

Eh, back to top. Kau baca tajuk entry aku kan? Kau rasa apa yang bakal aku tulis? Siap pre-amble and coming soon berchapter bagai kan... hehehe. Lantak lah. Ok, actually bila aku baca blog-blog perempuan yang lain, mesti ada tips kecantikan, produk review and maybe some tutorials how to make up or whatever yang berkaitan dengan kecantikan. My blog? Naaa... ada 1-2 je. Baru beberapa hari lepas je aku upload pasal tu ubat mata tu. Well definitely, bila baca blog bloggers cantik sapa tak kagum kan. I'm really impressed with their beauty. Seriously! And then yeah for surelah akan ada conflict dalaman dalam diri aku yang kata... "alaaa dorang pakai benda sikit-sikit pun cantik, sebab memang cantik. tak payah nak full-makeover bagai! Aku ni, letak tepung gomak sekilo pun belum tentu cantik!" Haaa...ada tak yang terasa atau terfikir macam tu masa baca entry-entry kecantikan mereka??? Cepat angkat tangan! Hehehehe.... 

Well, my dear lovely friends.... 

Stop to thing like that. Self-reminder too. Sebabnya, ni haa aku belajar dari kawan bilik aku, Qeela. "Fateen, everybody had their own way to be beauty and you must remember, beauty is in the eyes of the beholder!" kata minah Kelate yang cakap dia Masya-Allah super lemah gemalai dan mempesona. 

Aku angguk lah pelan-pelan. Cuba mencerna satu persatu ayat dia. Yerp, betul! Betul! Buat apa nak compare diri kita dengan orang lain. Tak kan lah orang gemuk macam aku sesuai untuk dress up macam orang kurus buat hanya kerana mata kita kata pemakaian dia cantik. Itu cantik di badan dia kan. Vice versa! Dan sayang-sayang semua.... Hello!!!! Tak semua orang kurus tu cantik tau! Sebab apa? Sebabnya kecantikan itu hak milik setiap insan. Hahahahah kan dah keluar tagline Becky M. Leogardo. Pengasas kosmetik BML dulu tu.... 

Dan disebabkan itulah aku beranikan diri untuk came-up dengan entry ni. Tapi tak nak lah  letak tajuk entry as.... "TIPS KECANTIKAN bla-bla-bla" ataupun "PRODUK YANG SAYA PAKAI UNTUK CANTIK bla-bla-bla" atau pun "NAK CANTIK CARA SAYA bla-bla-bla". Secara tersiratnya *ewah* tajuk entry macam tu boleh menyaiko *read as men-psycho* orang lain. Yep, memang niatnya untuk share our produk yang diguna but sometime others will intepret differently. Maybe they think that "KALAU NAK CANTIK, KENA IKUT MACAM SIPOLAN  TU, KENA BELI APA YANG DIA PAKAI, KENA DRESS UP CARA DIA and so on!" . No-no-never! Just be yourself. This is just a suggestion. Maklumlah, paranoid kan dengan kecantikan. Tapi janganlah sampai macam tu. Ikut kemampuan kita. Ukur baju kat badan sendiri. 



Kau cakap dengan aku, perempuan mana yang tak nak cantik? Mana??? Aku yang so-so je cantik ni pun nak jadik cantik. Sebabnya, keacantikan itu membawa kepada banyak benda yang membahagiakan. Membawa kepada personaliti, keyakinan, body language, malahan kepada jodoh juga! But you must think wisely! Don't ever compare yourself with others. It just bring you down! Terima seadanya apa yang diberi ni okey, sayang! 

So, I turn out the title. And hope everybody will get what my message is and let all of you shine, beauty and confident just the way you are! Get it.... ??? 

Ehem-ehem. Confident, confident jugak, tapi jangan sampai jadi riak ye! Nauzubillah! 

Kawan-kawan yang selalu tulis produk review, teruskan ye... sebab saya memang suka baca entry anda. Anda memberi inspirasi pada kami semua, termasuk saya!!! ;)




p/s: Ah-ha... Manusia adalah sebaik-baik penciptaan Allah. Syukur dengan apa yang ada. Kalau kita menyesal, samalah kita menyesal dengan kurniaan siapa??? *bagus....jawab sendiri ye!*





Sabtu, 17 November 2012

Cabaran Blogger-Student 1 : Mata Lesu

As Salam semua

Aku tahu cabaran seorang blogger-student mahupun pelayar internet tegar adalah bersengkang mata. Kalau idea tengah ada, malam buta tengah malam mana pun sanggup menaip mematuk keyboard supaya ilham yang datang entah seminit dua tadi tak dipersia. Student pun begitu. Waktu sepertiga malam tu lah paling syok untuk mentelaah ilmu kalau kau nak tahu. Syahdunya lain macam! Hati dan akal pun tenang takde tapis-tapis. Ilmu terus menyerap. Tapi kan awak, tapi kan awak... perasan tak sebenarnya kita bagi tekanan pada satu nikmat yang tak terhingga nilainya. Cuba teka-cuba teka? Yerp, mata! Mata awak tu sayang.

Kau bersengkang mata tu, sebenarnya kau bagi tekanan yang hebat buat mata kau. Sebab takde rehat. Kau paksa dia terus bekerja. Kesian dia kan? Mesti mata tu letih. Esok pagi, dengan tak cukup tidur kau gagahkan dia lagi untuk ke kelas mahupun ke office. Kau suruh dia bekerja lagi. Urat merah dah mula timbul. Mata hitam mula kelabu. Lagi dasyat kalau dilekapnya contact lense.

Tapi. Don't worry sayang. Aku ada sesuatu yang dapat membantu korang semua. Sesuatu yang dapat fresh-up balik bola mata korang.

Produk : C3 Rohto C Cube
Harga : RM 11.00
Lokasi Dibeli : Classic Optical, Kluang Johor 



Kalau korang nak tahu, masalah yang aku hadapi adalah keadaan mata yang lesu. Aku jenis suka tidur lewat malam. Kalau tak pun, aku tidur sekejap lepas maghrib and then dalam pukul 12 gitu aku stay up. Memang kalau diikutkan cara aku tu salah. Tapi dah time tu je aku rasa paling sesuai dengan aku untuk mentelaah. Nak tak nak, memang matalah terpaksa bersengkang. Tu yang mata aku kelihatan lesu dan penat. 

Sampailah aku jumpa benda ni. Bagus dan praktikal. Kenapa aku kata dia bagus? Ok, firstly... selalunya kalau kita kata eye drop mesti korang akan ingat eye-mo kan. Tapi tahu tak korang yang eye-mo sebenarnya hanya sesuai digunakan untuk mereka yang tidak memakai contact - lense! So, here is the point. C3 Rohto Cube ni bukan sekadar sesuai untuk mereka yang tak pakai cermin mata, malahan yang pakai cermin mata dan yang pakai lense pun boleh guna. Kiranya all-in-one. Dia sesuai dengan semua keadaan. 

cute huh! 

Praktikal pulak sebab bentuk dia sangat unik dan comel gitu. Memang cute. Masuk dalam purse pun boleh. Dia agak nipis dan bentuk cube. Jadi memang mudah untuk dibawa kemana-mana. Tak payah lah bawak botol besar eye-drop tu kan. 

baca sendiri boleh kan?


Selepas aku gunakan, memang rasa cool yang amat pada bola mata kita. Rasa clean and fresh. Memang terasa. Dan menurut optometry tu, kalau digunakan secara berterusan bukan sekadar dapat hilang lesu malahan warna gelap bawah mata akan turut hilang. Harganya pun berpatutan kan, so apa kata korang try jugak! Pakai lense ke, tak pakai ke, semua boleh guna.... 




p/s: Dari mata turun ke hati! 

Jumat, 16 November 2012

Blogger Sihatimerahjambu Yang Baik Hati Lagi Romantik!

As Salam semua

Jika ditanya apa aku dapat dari blogging, salah satu benda yang menjadi jawapan top three aku adalah KAWAN. Jangan sinis lah sahabat. Percayalah, kalau skill public relations kau bagus, celah mana pun kau dicampak sudah pasti kawanlah yang akan kau jumpa. Apatah lagi kalau kau bergelumang dengan dunia blog yang besarnya... entah aku sendiri tak tahu. 

Aku bangga dan bersyukur sebab sepanjang hidup sebagai blogger ni *ecewah, macam blogger besar pulak!* aku dikelilingi kawan-kawan blogger yang bukan calang-calang. Masing-masing ada kekuatan sendiri. Masing-masing ada daya pemikat yang luar biasa hebatnya. Dan kesemua mereka memberi sinar kegembiraan dalam hidup aku. Semua. Yes, semua. Belum lagi aku jumpa kawan blogger yang palat. Belum. Mungkin ini karma. Baik pada orang, baik jugaklah yang kita dapat kan. Agree? 

Azhafizah. Pemilik blog Sihatimerahjambu. Kau dengar nama dia pun kau dah tau kan dia memang peminat pink tegar. Dan semalam, entry aku ada cakap kan... manusia yang suka pink sifatnya adalah apa? Yes, romantis! And you know what?! Hari ni Fizah buat benda romantis wei pada aku. Sweet sangatlah awak ni Fizah!

Dia buatkan aku banner untuk blog wei. Ya Rabbi. Tak ke bagus sangat budak ni. Sesuai ni buat bini. Bukan tu je, tambah lagi manis. Dia buat saje-saje suka-suka sebab dia boring. Hahahahaha. Fizah Fizah. Awak boring gambar kita awak alter ye! Bertuah!

Dan seperti biasalah, hasil kerja Fizah....ada sapa-sapa nak pertikaikan? Kalau ada meh aku cepuk satu dua das!!!



So, apa macam? Comel tak??? Aku siap demand lagi nak ala-ala vintage bagai lah. Fizah layan je aku. Malam ni request, malam ni jugak dia kasi siap. Efisen gila lah Fizah ni. Bagus! Hasilnya, dua kali aku senyum. Dua kali kepuasan beb! ;) 


To my dear Azhafizah, terima kasih daun keladi. Budi baik awak kita kenang dalam hati! 

Kalau korang berminat dengan hasil kerja Fizah yang omey ni, jangan malu jangan segan, tanya Fizah terus. Terjah blog dia. Deal baik punya akan diberikan. Sebut nama aku tiga puluh kali depan Fizah, nanti dapatlah diskaun......AGAKNYA! kehkehkeh. 




p/s: Macam bau nasi minyak kat blog Fizah lah... ehem....