Jumat, 30 Desember 2011

Mudah Melenting Bila Ditegur? Janganlah Begitu!

As Salam semua



Biasalah tu, kalau tak iya-iya memang ramai orang melenting bila ditegur. Memang susah untuk kita bukakan hati dan lapangkan dada bila mana kita ditegur. Lagi tambah dasyat kalau orang yang menegur tu mulut makan cili api sekilo. *aku tak tahan pedas*  Bertambahlah tak dapat terimanya tu. Tapi, rileks. Jangan cepat naik angin. Rasional sikit.


Bila orang menegur kita, itu tandanya orang sedar akan kewujudan kita. Orang memerhati kita dan yang paling penting orang sayang dekat kita. Supaya kita tak lalai dan terus melakukan kesalahan. Umur muda adalah waktu terbaik untuk dibentuk. Bukannya memberontak dan marah tak tentu pasal. Iyer, kadang-kadang orang tua pun bukannya betul sangat. Tapi sedarkah korang, wahai orang muda kenapa orang tua membebel menegur itu dan ini? Sebab orang tua tak nak kesalahan atau kealpaan yang mereka lakukan dulu berulang lagi. Mereka dah lalui zaman anda tu... sebab tu mereka dah tau selok belok, pahit maung zaman muda hari ni. Kelak korang jugak yang rugi... 

Aku sendiri menegur dengan cara yang aku rasakan cukup tapisannya. Bukan senang-senang aku nak publish satu entry tu. Fikir baik buruknya. Kesannya pada orang lain. Persepsi dan penerimaan orang lain. Maklumlah, penerimaan kita terhadap satu-satu benda berkait rapat dengan cara dan suasana kita dibesarkan. Namun, manusia mana yang sempurna. Kita tetap memerlukan pandangan, kritikan dan sokongan orang lain untuk menjadikan diri kita at-least-perfect! Malahan untuk pengetahuan kawan-kawan blogger yang lain, entry-entry aku semuanya bersifat fair comment. Iaitu tak menuju spesifik pada mana-mana individu. Aku lebih suka talk it as generally. 

Aku dulu pun susah bila orang kritik kita macam-macam. Tapi time by time, kita akan realize yang apa yang ditegur dulu tu betul. Banyak kebaikkannya bila orang tegur kita. Bukannya orang tu tegur saja-saja kasi sakit hati kau, tapi menegur sebab nak kau jadi manusia. Jadi, rasionalkan diri anda bila ditegur. Mana yang kau boleh terima, kau ambil. Mana yang kau tak suka, kau buang je lah. Yang penting, jadikan diri kita berkualiti luar dan dalam. Baru boleh maju! Maaf lah ye kalau ada yang berkecil hati...


Tambahan: Baca entry balasan DISINI. *Still wondering, entry aku mana satu yang ada bahasa kasar melampau ye sampai Eija takut terpengaruh... hmmm....


p/s: Khas buat adik manis Eija Terima kasih sebab selalu singgah Blog Hanya Dari Mata dan letak link saya di blog anda dan ENTRY INI. Thanks. 

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive