Jumat, 30 Desember 2011

Jangan Takut Komen Entry Blogger Lain!

As Salam semua



Ada banyak tunjang utama untuk meletakkan sesebuah blog itu bagus dan berkualiti. Yang biasa orang ukur adalah dari segi bilangan followernya. Sebab itu adalah salah satu ukuran yang jelas dilihat terpampang pada blog selain daripada hits dan page view. Sebenarnya ramai di antara kita yang masuk ke blog orang lain hanya membaca entry dan kemudian pergi. Kita takut untuk memberi komen dan pendapat. Lebih-lebih lagi kalau blogger tersebut adalah blogger hebat letap letup. Kita akan rasa kerdil dan persepsi kita adalah "Alaa...mesti dia tak pandang komen aku ni!"  Tahukah korang, komen pada entry ada banyak kebaikannya?

1. MEMBERIKAN PENDAPAT
- Dah nama pun komen kan, semestinyalah pendapat korang yang dilontarkan. Bila kita habis baca sesuatu entry, mesti punya ada pandangan kita sendiri. Macam mana kita menerima entry tu. Adakah positif atau negatif atau biasa je. But for sure, mesti ada yang terlintas kat kepala kita. Betul tak? Jadi apa kata, luahkannya supaya dapat share sama-sama.

2. BERKONGSI PENGALAMAN
-Kadang-kadang entry yang blogger tu tulis sama macam yang pernah kita lalui. Haa jadi inilah masanya untuk sama-sama share pengalaman korang. Mana tahu, pengalaman korang dapat membantu si blogger dan memberi idea kepadanya. Kata orang, pengalaman itu kan guru dalam hidup!

3. GET NOTICED
- Salah satu cara nak mendapat perhatian adalah melalui komen tau. Lagi-lagi kalau komen-komen yang membina macam INI, lagi tuan blog akan bagi perhatian. 

4. BERMESRA
- Ramai blogger sependapat dengan perkara ni, dari berbalas-balas komen lahirlah kemesraan. Bila dah mesra, mesti kita boleh jadi kawan baik dalam alam maya. Kalau tak percaya, kau boleh baca entry aku yang INI dan INI. Jangan takut, cuba je letak komen kat entry-entry mereka. Insya-Allah mereka mudah mesra.  

5. RASA DIHARGAI
- Kau tau tak macam mana perasaan penulis entry bila lihat ada komen yang dilemparkan pada hasil entry nya? Bangga sangat wei! Siries. Kalau aku lah, aku gembira baca komen berderet-deret apatah lagi kalau satu entry beratus yang bagi respon. Gembira sebab entry kita berjaya disampaikan pada orang lain. Haa tu lah seronoknya! Bangga. Tapi aku belum pernah lagi dapat komen ribu riban cam FL, Irine Nadia, Cik Epal, Yuyu mahupun Nisa Kay. 

6. SUMBER TRAFIK 
- Betul. Lagi-lagi kalau komen korang tu mendapat perhatian dan sangat bernas, silap-silap tuan blog buat entry khas lagi untuk korang sebagai tanda penghargaan. Haaa kan dapat trafik dari situ. Untung..untung..


Sebenarnya aku tak nafikan, memang ada blogger yang pilih bulu. Hanya melayan komen blogger-blogger yang sama taraf dengan dia je, tapi korang jangan lah give up. Ada jugak pendapat yang kata, setiap komen perlu dibalas, well itu terpulang pada tuan blogger. As long as dia publish, thats mean komen tersebut telah dibacanya dan dia acknowledge dengan kewujudan si pengomen. Kalau aku kan, aku akan terjah blog komentator aku tu. Haaa... barulah seronok kunjung mengunjungi sekali! 



p/s: Mulai hari ni, aku pun nak rajinkan diri komen-komen!

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive