Sabtu, 19 November 2011

Student Benci Fire Drill Kan?

As salam semua


Taklimat pakcik bomba 

Kalau kau jadi pelajar, perkara yang paling kau menyampah adalahh Fire Drill. Memanglah aku tak gemar. Sejak azali lagi aku benci fire drill. Bukan aku tak akui kepentingannya, tapi aku tak suka cara pelaksanaannya. Sebab timing salah! Konon-konon nak buat surprise lah tu! Watder! Kat kolej aku lagi dasyat, siap off kan seluruh electrical link, buat fake kebakaranlah, ketuk pintu macam nak roboh, siap ugut-ugut nak pecahkan pintu bilik kalau ada yang menyorok! *huh!!!* 

Gelap-gelap kena kumpul. *memang aku tidurlah kan*

Sesi check nama

Kau tau, malam tadi, ni haaa dua bijik mata aku terpaksa bersengkang sampai hampir ke subuh gara-gara kekejaman fire drill. Pukul 3 pagi fire hazard mengegar katil aku. Untunglah ada member aku dah dapat tau awal. Jadi aku tidur gaya princess lah jadinya. Get ready dengan seluar track & t-shirt. Tak kan nak pegi court badminton dengan baju kelawar kan? Siap letak tudung elok-elok kat tepi. Senang capai. Walaupun hazard dah bunyi macam kauorang ni pekak badak kuatnya, aku still relax lagi. Pegi toilet dulu, cuci muka, buang hingus sikit, pastu jalan mamai-mamai dalam gerombolan manusia yang jalan macam zombie. *ngantuk* 

Tapi, nasib baiklah tahun ni pakcik-pakcik bomba tu tak buat Fire Show. Kalau macam tahun-tahun sudah, mesti kena panggil sorang dua pelajar untuk diajar cara memadam api. Ada kawan aku tu, siap dah hafal dialog pakcik bomba tu, punyalah nak tunjuk tiap-tiap tahun benda yang sama. *actually since we're in standard 1 kan. 

Bila aku fikir balik, sejauh manakah fire hazard tu orang percaya itu adalah kebakaran sebenar? Aku tengok student dah macam immune dengan bunyi tu. Bila alarm bunyi, orang akan fikir itu adalah fire drill bukan kebakaran sebenar. Sampaikan kawan aku cerita, di fakulti dia bunyi alarm tu lecturer tanya student "Should we go out?" See. Sampai macam tu punya immune. Orang awam teragak-agak. Jadi buat apa nak adakan fake fire drill  atau surprise fire drill sampai 3-4 pagi? Kan lebih elok, kalau diberitahu ada fire drill dan dan buat dalam pukul 8-9 malam. Kan elok. Mata masih segar dan taklah orang jalan macam zombie. Lagi payah, kalau bomba tak puas hati nak ulang sampai doploh lapan kali! Perghhhhh memang kena maki.


But, as student memang ni lah lumrahnya. Kau kena tadah je lah telinga kena bebel dengan pakcik bomba. Yes, basically memang itu penting. Sebab bila ada kebakaran yang sebenar sekurang-kurangnya kau ada knowledge untuk selamatkan nyawa kau. Itu paling penting. Tapi yang lagi penting kalau boleh elakkan lah buat benda-benda bodoh yang boleh sebabkan kebakaran contoh merokok dalam bilik, lupa tutup suis seterika dan jangan biarkan laptop korang on jika diletakkan di atas tilam sebab ada kes yer! 



p.s: Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba....


0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive